Setelah dikira, rasanya dah masuk 2 minggu aku gigih berdiet. So, arini aku cerita sketlah pasal diet aku kat korang ye walaupun di peringkat amat permulaan sangat. Azam aku, harap dapat sampai hujung tahun nie untuk lihat "ada perubahan ke tidak?"! Bila aku mula pasang tekad nak diet, baru aku rasa macam susah sangat. Oh! sebelum tu, aku nak bagitau korang yang aku try Atkins Diet! Rasanya semua pernah baca kot pasal atkins diet nie? Dan blog inilah yang menjadi inspirasi aku ... dia pun dah femes skang! Kalau korang tengok dia, memang kurus. Dan untuk usaha diet ini, aku juga melabur dengan membeli e-book yang dikeluarkan oleh beliau!
Kalau korang nak tahu, aku jumpa blog si Dzul nie awal tahun 2011, selama setahun aku dok baca blog tu tanpa terbuka hati walau sedikit pun nak cuba atkins diet. Tak sampai seru lagi gamaknye kot! Ataupun aku lupa dan tiada kesedaran malah makan tanpa ingat soal sakit, kesihatan dan sebagainya! Hujung tahun 2011, ada tergerak hati nak cuba. Bila aku nak start je, esok tu ada pulak makan-makan! Sapa nak tolak rezeki?? Asal aku nak mula je, dah ada ajak pi makan kari kepala ikan la, steamboat la, ikan bakaq la ... kalau dah makan ikan bakaq takkan tak makan nasi kot. Mana best! Nama pun typical Malay kan .... nasi tak dapat dipisahkan! Itu kita yang cakap, sebenarnya kita dah perlu ubah cara pemakanan kita kepada yang lebih sihat. Tapi tak bermakna tak boleh makan nasi langsung, tunggu pada masa dan ketikanya bila kita dah capai berat yang ideal. Jangan makan banyak sangat, cukuplah setakat menyatakan kita nie Melayu, jamah sudahlah!
That's mean time tu memang aku takda kesedaran langsung beb pasal kesihatan, makanan sihat dan yang seumpamanya. Yang aku tahu menambah KG tanpa aku sedar dengan lemak di pinggang meliputi kiri dan kanan. Sampai kain baju kurung pun dah ketat. Asal jumpa my tailor je, mesti suruh besarkan sampai seinci. Kalau setiap kali besarkan, dah berapa inci gamaknya! Itupun masih tak sedaq sedaq lagi, syok dok lena dalam empuknya lemakku! Eaaaaauwwwwwwwww ...
Sekarang nie, aku tak tahu sejauh mana kekuatan aku nak berdiet. Kuat semangat ke tidak? Musuh paling dekat adalah nafsu pada diri sendiri. Itu yang aku takut! Risau berkobar 2 minggu je, lepas tu hampas kelapa tua. Harap tu tidaklah! Aku cuba bertahan nafsu aku dalam bab makan nie, aku cuba belajar sikit-sikit dengan membaca perihal diet dan mencari blog yang sesuai untuk dijadikan semangat. Kita tak boleh buat sorang-sorang, takut hilang semangat! Dan selain itu, aku juga perlukan semangat dari orang-orang sekeliling! Family dan kawan-kawan yang memahami!
Korang nak tahu, dalam tempoh 2 minggu nie ada jugalah aku terduga. Macam minggu lepas, si MB buat permintaan suruh aku masak. Macam biasa aku masakkan apa yang dia suka. Nasi, sambal sardin dgn kentang, sup sayur dan ayam dan ikan terubuk masin goreng. Dia makan nasi dan semua lauk yang ada, aku cuma jamah sup sayur dan ayam. Untuk permulaan atkins diet nie iaitu dalam proses induction korang tak boleh makan karbohidrat lebih daripada 20gm sehari. Time dia makan aku sikit pun tak terasa teringin nak makan nasi. Sebabnya aku dah lalui tempoh seminggu yang mencabar sebelum tu. Dia asyik offer aku makan nasi sikit, aku cakap takpe ...! Sedangkan dia dah tahu aku nie tengah dok diet nie! Bila ada nasi lebih, dia suruh aku bawa balik dan makan dekat rumah. Pastu dia boleh cakap, "kalau makan nasi nie kat rumah bukan sapa nampak pun!". Boleh sengih sengih lagi kat aku. Aku tau dia sahaja nak tengok aku nie kuat semangat ke idak! Sabaq ajelah.
Sekarang nie, aku cari blog yang cerita pasal kejayaan mereka dalam menjalani hidup sihat dan fit ... lepas tu fikirlah tentang kurus! Blog-blog ini aku sentiasa menjadi ia sebagai rujukan dan sumber inspirasi. Dorang pun ambil masa hampir setahun untuk mendapat berat badan yang ideal malah sekarang mereka turut mengamalkan gaya hidup sihat. Kalau korang nak semangat dorang, boleh refer dekat blog - blog nie, aku masih dalam tempoh mengkhatam blog mereka. KEVIN ZAHRI, WOLRD OF DIANE, CIK ADIK MANES DAN SUSU SEJAT!
Terpulanglah pada korang untuk mula di mana dan sampai tahap mana. Bergantung kepada keupayaan masing-masing. Tak salah kalau kita melakukan sesuatu untuk kebaikan diri dan menjadikan diri kita lebih sihat. Dulu aku tak kisah tentang gemuk. Aku selalu berfikiran, "alah takpa gemuk pun asal happy!". Sapa kata happy? Bila dah sakit itu yang susah. Sakit kakilah, sakit tumitlah, tak boleh berjalan lamalah ... takda staminalah! Aku nie, kalau naik tangga sure mengah giler. Rasa hilang nyawa pun ada. Semput beb! Itu belum mulut keji orang lain yang mengutuk, macam minggu lepas aku kena kutuk dengan mamat office aku ... "eeeeee lift nie tak larat naiklah ... gemuks!!". Rasa nak maki je time tu, tapi aku diam je. Malas nak layan orang bermulut longkang camtuh! Yelah, sebab aku dengan dia dah tak baik macam mula-mula kenal dulu sebab ada kes sket! Sape suruh cari pasal dgn aku kan .... Nak full stop citer pasal aku baik ngan dia dulu.
Apapun diet sahaja tidak cukup, korang harus juga bersenam .... bagi menggerakkan segala tubuh badan korang dan menambahbaikkan proses diet berkenaan. Barulah fit beb!! Insya-Allah, lepas nie aku akan start jogging. Gym? Yang nie aku belum fikirkan lagi. Sebab aku tak pandai bab bab alatan gym sebenarnya. Setakat berlari dekat treadmill pandailah. But, one day ... aku akan jadikan gym ada dalam rutin kehidupan aku. Bila?? Tak pasti lagi.
Kalau korang dah start berdiet, dietlah betul-betul. Walau "bukan sapa nampak pun", korang kena fikir juga soal diri sendiri. Bukan untuk sesiapa, tapi untuk kebaikan diri sendiri. Lagi satu, jangan fikir sangat diet untuk kurus, tapi lebih fikir ke arah kesihatan yang baik dan fit .... kurus tu datang kemudian. Aku pun bila dah start atkins nie, mula tu lemah juga ... rasa mual dan cepat letih. Bila masuk minggu kedua semua akan jadi biasa. Yang penting atkins nie korang tak perlu berlapar sebab ini bukan diet kira kalori, ia adalah diet high protein.
Jom kita amalkan gaya hidup sihat! Jaga diri dan jaga kesihatan korang ... biar lambat asalkan kita bermula hari ini dengan konsisten. Kalau tak turun berat sekalipun, janganlah berat itu semakin bertambah pula. But, aku yakin kalau korang dah amalkan diet sihat dan bersenam, Insya-Allah .... akan lebih sihat, fit dan kurus juga!!
Apa lagi .... jomlah mulakan diet korang hari ini!! Dan doakan aku terus kuat semangat untuk meneruskan diet ini dengan baik!
Thanks for reading!!
CK : sama-samalah kita beri semangat sesama sendiri ya!
chaiyok akak..
ReplyDeleteDah agak dah! Mesti atkiner's jugak! kite pun semangat sejak2 baca blog budak dzul tu. sebelum byk duit habis beli mcm2jenis produk. tapi, boleh trun berapa kilo je. kemudian, tak mo turun dah...terus tukar kepada atkin's . alhamdulillah tahun ni dah 4kg turun. memang kite susah nk turun berat badan. tapi kene buat slow dan tidak putus asa. kalau ada geng ni trasa semangat sikit! jom! mulakan hidup yg sihat!
ReplyDelete@mizzkechique Tq dear
ReplyDelete@Nuwairani Ismail Nani jom sama2 diet, pasnie tgk perkembangan camne
ReplyDeleteselamat ber diet
ReplyDeleteok diet itu perlu utk mengekalkan bentuk tubuh yg di idamkan, berdiet lah demi kesihatan
ReplyDeletesis semoga berjaya.