Friday, April 27, 2012

"KATA DIET .....!"

Assalamualaikum ...





"Eh! bukan ke hang diet ke? Apsal tak kurus pun? Buat penat je hang diet .... hilanglah segala nikmat dunia dok pantang-pantang makan!"




Untuk korang yang berdiet kena kuat semangat bila orang cakap dekat korang macam ayat dekat atas! Wajib kuat semangat. Sebab manusia sekeliling kadang ada mulut macam longkang belakang kedai makan. Busuk sangat dengan usaha baik orang lain. So, guys and gurl kat luar sana, kalau terima kata-kata macam nie, please sabar okeh!


Baru diet sebulan tak bermakna korang boleh kurus giler macam Jenifer Lopeh or Cameron Diaaaaz! Ada orang amik masa yang begitu lama untuk turunkan berat badan dia. Tapi percayalah, dengan usaha yang konsisten serta semangat yang gigih pasti korang berjaya.


Kata-kata hangus kat atas kalau korang termakan, maka korang pun sama macam dorang ... nak jadi longkang juga ke? Ingat benda pertama dalam kepala diet dalam erti kata korang kawal corak pemakanan adalah untuk kesihatan. Please set dalam kepala segalanya untuk kesihatan dahulu!


Macam aku, walau baru turun 4.5kg dalam tempoh 3-4 minggu, memang kalau tengok takde kurus pun. Kalau orang yang selalu tengok sure cakap ... "gemmmmuks!" juga. But keringanan badan tu boleh dirasai oleh tuan punya badan. Kalau aku tak timbang pun aku tahu berat dah turun sket. Sebabnya, bila aku berjalan ... paha takdelah berselisih antara satu sama lain. Relaks je jalan. Laju lagi tu tak macam dulu. Kain yang aku pakai pun dah tak ketat dekat pinggang macam dulu.


See, perubahan itu kita yang rasai sendiri. Jangan dok terpengaruh dengan cakap orang lain, teruskan usaha korang berdiet cara sihat dan teratur okeh! Bab bersenam jangan lupa ... buatlah perlahan-lahan kalau tak mampu. Jangan paksa diri melampau sangat. Nanti lama-lama biasalah tu!


Macam aku nie, maybe amik  masa 5-6 bulan untuk capai berat ideal. Takdenya nak diet sebulan boleh turun sampai 10-25kg, drastik sangat tu. Kang datang pula effect lain. Tapi takpelah, kita usaha pelan-pelan! Untuk orang semua yang sedang berdiet atau mula berniat untuk berdiet .... "Teruskan Usaha dan Semoga Berjaya!".




MULAKAN HARI INI, JANGAN BERTANGGUH!






Sekian, cerita di pagi Jumaat! Esok dah cuti ... ye ye ye bolehlah pi jenjalan.






CK : Nak shopping sakan bajet tak mengizinkan ... hu hu, kenalah puasa shopping jawabnya!

3 comments:

  1. sokong ayat CK! kite pun samala...berta turun sikit2 je. memang ambil masa yang agak lama baru boleh turun banyak. lagi bagus macam tu kot daripada turun drastik gitu. tuan punya badan memang dapat rasa ada bezanya. sekarang kalau nani sarung jeans yang dibeli pada tahun 2009, boleh tanggalkan tanpa buka zip & butang dah! semoga kita sentiasa bersemangat!

    ReplyDelete
  2. sy sokong akak..
    biarlah apa org nak kata....yg ptg kita tahu keadaan diri kita..

    diorg jeles kot..:D

    ReplyDelete
  3. Orang berdiet mmg kena banyak sabar. Yang penting tuan punya badan happy. Semangat! Semangat!

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!