Hye semua! Baru aku dapat menjengoi dengan entry hari nie. Sibuk bebenor tak sempat nak update hari nie. Sorry morry pada yang datang tapi tiada entry baru. Keh keh keh, aku bajet hot je macam ramai datang baca blog aku.
Nak cerita pasai ikan belida dan ikan sepat ronggeng yang aku beli aritu. Macam aku cakap kat korang yang aku tak pernah rasa nk try ikan nie kalau tak dipekasamkan atau dikeringkan. Tapi entah macam mana hari nie aku galak pulak nak try belida goreng.
Aku siap goreng garing2 pagi tadi seperti yang diorder oleh Si MB. Try la cubit sket. Mak aih, sodap jugak isi ikan nie. Rasa manis-manis gitu. Luluslah! Pasnie bolehlah beli lagi ikan nie buat masak sambal. Kalau goreeeeeng pun sooooooooodap, kalau buat masak sambal sure lagi sodap aku rasa! nyum nyum ... he he he
Gambar yang siap dimasak takde, dah selamat masuk perut dah. Sedap punya pasai kot tu yang tak sempat nak snap gambar papepun. Aku cuma tunjuk rupa ikan yang masih fresh ajelah kat korang. Cuma lecehnya ikan belida nie amatlah susah nk buang sisik dia jika nk dibandingkan dengan ikan sepat ronggeng sebelah dia. Sebab susah tu yang sodap kot ... he he he
Jom review menu diet aku hari nie! Agak-agak aku makan apa? Meh jenguk ....
Breakfast : Coleslow + 2 batang sosej digrill + air suam 500ml
Lunch : Ayam goreng seketul + coleslow + sayur bayam semangkuk + 1.5 liter air suam
Dinner : Telur sambal + 1 liter air suam
Hari nie aku agak stress sket, so selera makan tak ada bila petang. Harap makan telur sambal pun dah rasa kenyang! Mood aku dah banyak ke laut 2-3 hari nie ... hu hu
Pada yang berdiet, sila disiplin! Aku skang cuma tengah usaha nak bersenam dengan giat je .... entah bilalah nak start sungguh2!
Okeylah, aku nak cau cin cau kejap. Dok rumah sorang2 layan tv ajelah .... hu hu hu
CK : Tahu apa rasa sakit hati???
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)
MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!