Saturday, April 14, 2012

SAYUR BAYAM PASIR!

Assalamualaikum ...




Happy weekend pembaca tersayang! Pagi nie memang nyaman dekat Putrajaya. Ikut hati mahu je sambung tidur. Bestnye! Tapi orang tua-tua dah pesan, tak elok bangun pagi dan tidur after subuh, habis lari semua rezeki yang nak datang. So, kalau nak rasa tidur juga, kena tunggu after zohor ... jangan tidur selepas asar sudahlah!


Aku nak cerita pasal semalam. Pasal apa yang aku makan sempena diet. But, menu yang aku ambil nie amat-amatlah mengecewakan aku. Disebabkan semalam Jumaat, so taknaklah marah-marah. hu hu. Apa kena mengena plakkan. Macam baiklah pulak!


Lunch semalam aku tapau je dari cafe office. Senang. Aku turun pun awal, 12.00pm dah turun pi beli makanan. Tengok orang lain beratur panjang dekat area nasi beriani, sangatlah teringin. Disebabkan aku diet, maka aku batalkan hasrat bab nasi beriani tu. Bukannya tak pernah makan sebelum nie ... so, buat-buat tak nampak dan buat-buat seolah tak ambil pun bau beriani yang best giler tu! Terus aku berjalan ke rak lauk pauk yang ada.


Tengok ada ikan cencaru bakar, terus aku ambil. Letak tofu telur dan sayur bayam lepas tu plus sket dengan air asam untuk buat cecah cencaru bakar! Excited nak makan nie, maka aku pun cepat-cepat pergi bayar. Terus naik kat office. Makan kat office je, memandangkan semalam kan rehat panjang. So, lepak office boleh juga layan internet ke hape ... kalau malas boleh letak kepala kat meja plak ... he he he!



Sampai je kat meja, terus capai sudu garfu yang ada. Aku nie memnag jenis siap sudu garfu kat meja terus. Senang! Bila nak makan je terus capai. Disebabkan mood excite nak makan ..... terus buka makanan yang aku tapau tu.



Rasa ikan dulu! Okeh lulus .... sedap. Rasa tofu telur pulak....okeh juga. Last sekali rasa plak sayur bayam!! Rasa macam tak okeh ... krupp krappp ... apakah?? Rasa sekali lagi dalam kauntiti yang sedikit plak, eh samalah bunyi macam sayur bayam tu berpasir! Perghhhh ergggghhhhhh .... apakah??? Terus aku letak sebelah, uweeeeeeek tak lalu nak makan hokeh sayur tu. Ada ke pulak sayur berpasir camtu dijualnye! Inilah salah satu sebab aku tak suka makan sayur dimasak yang dijual. Bangsa pemalas nak basuh betul-betul. Apa salahnya kau rendam dulu sayur-sayur tu kasi pasir-pasir or tanah tu keluar. Lama sangat ke nak merendam sayur tu? Susah sangat ke? Kalau kau buat elok-elok, berkat tau kau meniaga.


Inilah sikap kebanyakan peniaga kita yang meniaga makanan. Kalau bab sayur tu, takdanye dia nak basuh bersih. Ikan ke ayam ke kadang hanyir! Dorang tatau ke buat bersih-bersih, meniaga nak ... tapi cara penyediaan makanan tu manjang je tak betul terutama dari segi kebersihan! Huuuu menyengat hati nie!!



Menu semalam ..... yang sedap cuma ikan bakar dan tofu telur. Yang sayur bayam tu hancur!! Berpasir ..... berpasir! Uweeeeeek! Itu sebelum aku makan, so tatau lagi berpasir ke idak. Tapi selepas aku makan, terus aku campak ke sebelah!



Haaaa, dah aku longgok kat sebelah! Sakit hati aku. So, semalam dok sorang-sorang menyabarkan hati sendiri. Dah takde rezeki. huk huk huk!





Itu je aku nak share dengan korang. Pasal sayur bayam berpasir. Ia bukan sejenis nama sayur bayam. Tapi sayur bayam tumis dengan pasir-pasirnye sekali. Menu baru gamaknya!! he he he







CK : Bangun awal then siapkan sosej roll untuk anak buah aku. Nanti dah siap aku upload.

6 comments:

  1. hishhh..ada ke jual sayur macam tu..teruknya..

    ReplyDelete
  2. dulu masa kecik-kecik selalu main masak2 letak pasir. hehe

    ReplyDelete
  3. @Maii main masak2 letak pasir je dulu, tp x makan pasirkan...hehehhe

    ReplyDelete
  4. bayam tu mungkin tak cuci dengan bersih kot

    ReplyDelete
  5. @Telor Power itulah penyebabnya...pemalas nk cuci bersih la tuh

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!