Respon yang baik aku terima daripada beberapa pembaca untuk entry berkenaan diet. Ada yang suruh share cara nak turunkan berat. Aku bukan taknak share lagi buat masa sekarang nie, aku nak capai target turunkan sampai 5kg tu. Insya-Allah aku akan usaha sampai hujung bulan nie agar dapat turunkan sebanyak 5kg. Lepas tu, aku akan share cara diet berkenaan.
Aku nasihatkan korang untuk cari banyak knowledge tentang nak diet dan bersenam cara sihat. Kita tak boleh buat terus macam itu sahaja. Yang penting semangat mesti kuat. Aku baru cecah 10hari je pun, untuk 10 hari nie memang kuat sangat dan aku harap ia berterusan sehingga tercapai target sebenar dan dapat dimaintainkan berat yang aku nak tu!
Usaha tangga kejayaankan??
Aku nak rasai benefit bila badan dah kurus nie dalam artikel yang aku dah share dengan korang. But, jangan set untuk kurus sangat, set dalam kepala untuk sihat pada hari ini dan hari tua. Healthy lifelah kiranya.
Bila korang dah mula set dalam kepala nak diet untuk sihat, pasti akan ada suara sumbang memerli dekat korang! Time tu, please bersabar .... kuat semangat. Jangan cepat goyah iman. 10 hari aku lalui juga benda tu, tapi bila dorang cakap je kata-kata perli semacam, time tu aku pekakkan telinga dan tutup hati terus dgn apa dorang cakap. Ini dugaan paling dasyat tau.
Okeh, nanti ada keizinan kita berkongsi ye!! Please doakan aku dan berikan aku semangat untuk sihat dan fit jugak!!
#lemak kiri kanan pinggang nie entah bila nak cair?? hu hu hu
CK : Alone lagi ...
lemak di pinggang atau belly fat kena buat senaman sit up dan side side up la sis
ReplyDeleteharap CK berjaya.. nanti sharelah ceritanya!
ReplyDelete