Tuesday, April 17, 2012

TERKANTOI DENGAN CENDAWAN GORENG TEPUNG!

Assalamualaikum ...




Petang semalam, habis kerja dalam 6.30pm. Si MB ajak aku pergi pasar malam dekat Serdang yang dekat area Perodua tempat aku selalu servis mybee aku tu. Dia cakap nak beli ikan sket. Okeh, fine ... aku just follow je. Dia nie kalau pi pasar malam je, sure sibuk nak tengok ikan air tawar ... ikan belida dengan sepat ronggeng! Aku nie kurang sket makan ikan air tawar, kecuali ikan keli. Ikan lain macam haruan, lampan, puyu atau seumpamanya aku akan makan bila dah dipekasamkan atau dikeringkan! Kalau buat kari ke ... masak lemak cili api ke ... goreng sambal ke, memang aku tak  berapa nak makan, setakat jamah amik hati ajelah!


Bila dia sibuk beli ikan, aku pula sibuk nak cari ikan kembung dan sayur-mayur untuk menu diet aku minggu nie. Sayur dalam fridge semuanya dah habis aku masak. So, petang semalam aku beli bayam, kubis dan colliflower. Sayur nie je pun yang aku boleh makan ratah camtu. Kalau sayur lain nak kena makan dengan nasilah pulak. Tak boleh ... tak boleh, hancur atkins diet aku nanti. he he he


Tapi semalam, aku terkantoi sketlah. But aku harap karbo yang masuk badan aku cuma 20gm je lah. ha ha ha. Masa jenjalan kat pasar malam tu, Si MB dok syok je tengok cendawan goreng tepung. Dia macam terliur je, so aku pun belikanlah buat bekalan makan dalam kereta untuk dia. Then belikan cendol ais. Bila dia dah makan, aku pun cam teringinlah, sekali aku pun amek masuk mulut juga. Mak aih, sedap sangat cendawan goreng tepung tu .... memang sedaplah, dengan ranggupnye! Tak pernahlah jumpa orang jual cendawan goreng tepung yang sedap camtu. Apa lagi dah sekali rasa sedap, mesti nak lagi kan? Aku pun ambillah kali kedua dan ketiga, cuma aku pilih saiz kecik-kecik je. Yang berlambak lebih tu, si MB lah habiskan. Punyalah kuat semangat aku time tu .... but after that rasa bersalah pada diri. Rasa aku dah terkantoi sket diet nie. Agak-agak ketosis aku menjadi ke? Aku ambil pun 3 ketul kecik je cendawan goreng tepung tu! Huuuuu risaulah pulak aku. 



Nasib baik part cendol tu aku kuat semangat. Sikit pun aku tak rasa! Dalam kereta dah ada siap air mineral 1 liter, haaaaa aku teguk ajelah yang tu! Balik rumah pulak, adik aku beli ayam goreng tepung. Huh! Tension je tengok ayam tu, aku merasa juga akhirnya. Sebelum merasa tu, seksa jugalah nak tanggalkan tepung-tepung yang selaputi ayam tu! Gigih aku menanggalkan sebelum nak ngap. Betullan kawan office aku cakap tadi, "diet nie kena kuat semangat dan banyak pengorbanan kena buat!". 



Jom check menu aku hari nie untuk atkins diet;



Breakfast : Sup sayur dengan 2 biji telur (aku makan telur putih je) + air suam 500ml

Lunch : Sayur bayam goreng semangkuk kecil, sayur campur goreng dgn ayam dan ikan keli masak lemak cili api + air suam segelas

Dinner : Cendawan goreng celup tepung 3 ketul kecik (korang jgn makan tau, aku kantoi part nie sket), ayam goreng secucuk (adik aku beli dekat Jusco) + air suam 1 liter




So far, Alhamdulillah ... aku masih bersemangat melalui diet nie dengan baik! Dah masuk minggu ke-3, kali nie aku terkantoi dengan cendawan goreng tepung tu. Sket ajelah. Dahlah arini aku kurang minum air. Sepatutnya sehari 3 liter kena masuk dalam badan. Agak-agak ok tak pasang tiub je masuk air, senang sket kot. he he he he



#Lupa nak cakap, aku beli 4 biji limau nipis harga dia RM2.00 ... mahalnye! Bukan buah besaq pun. Kira sebiji dan jatuh RM0.50. Buah dahlah takda air sangat pun. Kemetot plak tu. Sebab satu tempat je jual, mahal nau rasanya!




Okehlah korang, jom sambung kerja. Thanks for reading ya!





CK : Penat siang ikan belida, susah giler nk tanggalkan sisik dia. hu hu

8 comments:

  1. benda bergoreng tak bagus buat utk diet, sis.

    ReplyDelete
  2. fuh.. kentalnya berdiet. keep it up ok.

    berblog walking katumah kamuuuuu

    ReplyDelete
  3. aisey...baru je komen, dh hilang pulak. hmm...kite kalo terkantoi konfem dah tak mkn benda2 yg ada carbs lagi dah. minum air byk2 nak suruh makanan cepat cerna. huhuh...rasa bersalah punya pasal.

    ReplyDelete
  4. memang teraturlah diet CK.. lepas bersalin nanti akak kena ikut cara CK lah!

    ReplyDelete
  5. @Telor Power Yup, tahu ... tgh belajar mengurangkan nie...hehehe

    ReplyDelete
  6. @wantie Tengah usaha .... baru pelan2 kayuh la dik

    ReplyDelete
  7. @Nuwairani Ismail Itulah pasal Nani, mcm menyesal lak. Wpun sikit ... harap tak lebih 20gm carbs la

    ReplyDelete
  8. @mas saari Okeh, Mas cuba after bersalin nanti....usaha tangga kejayaan.

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!