Friday, April 27, 2012

ESOK BERSIH 3.0 ! JOM JOIN TAPI BUKAN 3.0 LAH, 10.0 PUNYA BERSIH!

Assalamualaikum ...






Aku rasa semua orang dah tahu esok ada Perhimpunan Bersih 3.0 yang ntah pape ntah! Aku pun ada juga buat perhimpunan Bersih nie, tapi bukan 3.0 rasanya 10.0 kot! Aku tak buatlah dekat Dataran Merdeka dengan duduk dan bantah tu, aku rasa merugikan masa je setakat duduk dan bantah dengan panas lagi dengan ramai orang lagi. Cam orang bodoh je rasanya! 


Kalau nak protes Kerajaan Malaysia pun aku rasa, ada cara yang lebih baik dan saluran yang betul daripada buat perhimpunan Bersih yang macam hape ntah. Buang masa dah satu hal, menyusahkan pihak lain dah berhal-hal! Nanti pi berhimpun ada yang cedera sebab berasak beramai-ramai mulalah buat tohmahan salahkan Polis Malaysia pukul bagai ... piiiiiiiiiiiiirah! Sedangkan diri sendiri yang cari sakit.


Sapa yang nak join sama perhimpunan bersih aku esok bolehlah, kita sama-sama berhimpun kat rumah masing-masing ... pastu bersihkan rumah, bersihkan baju, kemas dapur .... sapu laman rumah dan yang seangkatan dengannya. Habis berkemas kita memasak dan makan berjemaah. Solat Zohor berjemaah dan lepas tu duduk depan tv layan dvd ke Astro Oasis ke, bergurau senda dengan family aku rasa itu lagi afdal kot! Daripada dok terkinja-kinja dekat Dataran Merdeka tuh. Buang masa ... buang masa ...


Aku mengikuti cerita perhimpunan Bersih nie dari yang mula sampailah skang nie. Aku pun tak faham pun apa yang dorang minta. Aku pernah dikutuk sebab kononnya aku nie buta perlembagaan Malaysia. Aku rasa yang kutuk aku pasal Perlembagaan Malaysia tu lagi buta hati dari aku. Korang tau tak wahai rakyat Malaysia, korang nie sibuk nak buat perhimpunan kerana hasutan yang bukan-bukan kenapa? Kenapa korang tak nak sepakat? Sepakat membawa berkat, dah lupa ke? Sekolah dulu belajaqkan?


Korang sibuk berhimpun bagai ... meh sini aku nak cakap, "mana ada perhimpunan aman yang aman!!". Sure ada rusuhan ... sure korang kena sembur air punyalah ... sure korang akan merosakkan harta benda awam .. sure korang akan merugikan pihak lain cam peniaga, pemandu teksi (dorang nak cari makan, nak bagi anak bini, tapi korang sibuk berhimpun yang konon aman ... tapi melingkupkan!). Tengoklah perhimpunan Bersih yang sebelum ni, "apa yang korang dah buat? berapa banyak orang yang korang dah susahkan?".


Bersyukurlah duduk dekat bumi Malaysia nie, Malaysia nie aman, kaya, dihormati ... kalau Kerajaan Malaysia nie salah sangat kat mata korang cara pentadbiran dan pengurusannya, korang boleh menegur guna cara yang betul. Ada prosedurnya! Korang pun ada wakil masuk Parlimen bagaikan? So, cakaplah dekat wakil Parlimen korang untuk usulkan apa yang patut. Sonang aih! Korang je saja nak menyusahkan orang lain. 


Korang tau tak, yang join Bersih nie aku tengok ramai yang muda-muda dan ramai Melayu. Bila Melayu sure Islamkan? Nak aku habaq kat hangpa, "hangpa nie ibarat antan sama antan berlaga, ayam atas pokok yang konyang!". Hah! korang pikiaqlah apa yang aku tulis nie. Korang dok berlaga sesama sendiri, dengan perhimpunanlah hapelah, bangsa lain yang rebut kekayaan dan kesenang kat Malaysia nie. Orang lain tepuk tanganlah kalau kita berlaga sesama sendiri sebab depa akan dapat untungnye!


Sekarang nie, orang Bangladesh pun dah boleh buka restoran dekat Malaysia. Tengok! Kita ni sibuk nak berhimpun, orang negara luaq sibuk dok rebut peluang rezeki dekat negara kita. Dulu, depa mai Malaysia setakat kerja dekat petrol pump je .."hijau ka ... kuning ka ...!". Sekarang nie siap ada kedai perabot ... siap ada restoran bagai. Ini bukan cerita bohong sebab aku dah pi dekat kedai perabot Bangladesh nie. Dia bukan kerja di situ, tapi dia tuan punya kedai perabot dan buka sebuah restoran. Malu weh aku! Korang apa ada? Susah minta tolong Kerajaan, sonang sket dah hentam Kerajaan! Baguihkan hangpa nie!


Aku pernah berborak dengan sorang supervisor cleaner Bangladesh yang dipantau oleh aku sendiri. Bangla nie memang rajin kerja, dia pernah cakap dekat aku ... "Rakyat Malaysia untung, nak apa pun kebanyakannya Kerajaan Malaysia bantu. Ada bagi bantuan RM500. Nak rumah pun ada Skim Rumah Pertamaku. Dekat Bangladesh sana, semua kena cari sendiri ... Kerajaan tak tolong pun! Saya hidup sini senang, Malaysia aman".


Jadi, korang rakyat Malaysia .... bijak-bijaklah berfikir! Aku nie kerja ada masanya berurusan dengan warga asing yang bekerja di Malaysia. Jadi aku akan tanya tentang kehidupan mereka di negara sendiri dan pendapat mereka tentang Malaysia! Kalau korang tak mampu fikir lagi tentang betapa orang bukan warganegara Malaysia bersyukur kerja dan tinggal di Malaysia, kita nie tak taulah bijak bersyukur ke idak?


Malaysia adalah negara membangun yang sedang menuju ke arah negara maju. Jadi, janganlah minta semuanya percuma sampai PTPTN pun korang minta mansuh! PTPTN tu kan pinjaman, bila korang pinjam maknanye hutang. Bila hutang, mak aku cakap kita wajib bayar! Bab interest kereta ... interest rumah yang bank kenakan ntah hape-hape korang sikit pun tak kisah. Tapi bab PTPTN bukan main lagi korang cakap bab riba bagai. Tang loan study pandai bercakap bab riba. Mana aci camnie! Lepas tu, mahasiswa/i yang belajaq pun belum habis sibuk dok berhimpun nak mansuhkan PTPTN ... hape nie? Belajaqlah dulu bagi habis. Kalau nak sangat free belajaq, pulunlah bagi dapat pointer 4.0, kot-kot PTPTN boleh ubah pinjaman korang kepada biasisiwa. Senangkan? Itupun tak reti pikiaq ke?? Belajaqlah bersungguh-sungguh, jangan hampakan harapan mak ayah dengan menyertai perhimpunan yang akan merugikan diri dan masa depan sendiri. Korang ingat bila korang join perhimpunan macam nie, dorang akan bagi jaminan korang dapat kerja baik lepas habis study! Belum tentulah!



Apapun, bijak-bijaklah berfikir wahai rakyat Malaysia. Aku memang sayangkan Malaysia. Aku bersyukur aku dilahirkan di sebuah negara yang aman macam nie. Bebas nak ke mana pun dan sebenarnya kita juga bebas untuk bersuara dengan menggunakan saluran yang betul.


Jujur aku cakap, aku dari dulu sentiasa mendoakan UMNO dan PAS bersatu mentadbir dan menguruskan negara Malaysia nie. Itu lebih baik. Insya-Allah kita boleh seimbangkan dunia akhirat kita. Bila Islam dan Melayu bersatu dan menjadi kuat, Insya-Allah satu dunia akan hormati kita. Tapi sayang, aku tak faham kenapa PAS nak bersepakat dengan DAP. Dan aku memang tak suka PKR! Bagi aku PKR hanya akan memecahbelahkan orang Melayu. Itu pendapat aku. Sedih aku!


Ermmm ... makin hari aku makin kecewa dengan politik di Malaysia nie. Esok pula ada Perhimpunan Bersih 3.0 ... ntahlah! Aku harap dan doa Malaysia akan selamat hendakNya dan berada di bawah lindungan Allah swt. Amin ....




Buatlah sesuatu yang baik dan tidak menyusahkan pihak lain untuk agama, bangsa dan negara!

ILOVEU MALAYSIA!








CK : Kadang yang pergi berhimpun tu, dia sendiri pun tak tahu apa matlamat serta tujuan sebenar! Lebih kepada nak ikut telunjuk orang. Matlamat diri sendiri pun hancur inikan pula nak faham matlamat perhimpunan macam nie ... BERSIHKAN HATI SENDIRILAH, ITU LEBIH AFDAL!

1 comment:

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!