Minggu nie, masuk minggu ke-4 aku gigih dengan atkins diet. Gigih terlampau aku rasa. Boleh lupa pasal karbo dan yang seangkatan dengannya. Aku rasa tak pernah aku segigih nie. But semalam, aku anggap sebagai cheat day untuk aku. Sehari selepas 3 minggu berlalu dengan sabar dan penuh disiplin!
Walaupun cheat day, tapi aku tak beriya sangat pun makan benda-benda karbo nie. Semalam, aku habiskan aktiviti dengan melawat anak-anak buah aku. Mulanya aku pergi rumah adik aku di hujung Putrajaya sana. Anak adik aku demam, kena jangkitan kuman dan tu asma pulak. Kesian sangat. Baru 6 bulan tapi macam-macam penyakit dah dapat. Adik aku cakap, seminggu sekali mesti tak sihat. But, badan dia still bam-bam. Tambah pula adik aku sendiri pun tak berapa nak sihat sangat, dia sendiri pun demam jaga anak punya pasal.
Lama juga aku lepak kat rumah adik aku, tolong jaga anak dia kejap. Siap tolong baringkan dan susu botolkan anak dia. Biasalah orang takda anak, tangan gian je nak pegang anak orang. Amek berkat orang cakap. he he he. Aku riba dan bagi dia susu botol sampai dia tertido kat ribaan aku beberapa kali. Memandangkan dia asma, so asyik terjaga ... dan keadaan badan dia juga amatlah panas! Itu baru jaga anak orang air mata dah bergenang, kalau jaga anak sendiri tataulah .... meraung gamaknya kalau tengok anak sakit.
Inilah simanja comel bam bam saya yang tak sihat sangat! Saya mohon pembaca semua .... DOAKAN ANAK BUAH SAYA SEMOGA KESIHATANNYA BERTAMBAH BAIK! Terima kasih ... |
Sambil meriba anak buah aku, sambil borak dengan adik aku. Dia hidanng air manis, epal ... pastu nak offer aku bihun sup lagi. Aku terpaksalah tolak dengan baik. Aku cakap aku tengah diet, lagipun aku dah makan kat rumah. Masa kat rumah adik aku memang aku boleh tahan lagi sebab perut tak lapar. Aku just jamah air suam je nak bagi cukup air dalam badan. Entah berapa kali aku ulang minum air suam. 3 jam jugalah aku lepak dekat rumah adik aku then bila anak dia pun dah sedap tidur, aku minta diri.
Minta diri nak pergi tengok anak-anak abang aku pula kat Angkasa Indah plak. Memang semalam aku amek keputusan untuk taknak pergi kerja. Aku dah plan nak lawat anak-anak buah aku. Kiranya hari untuk familylah walaupun aku terpaksa pergi dari satu rumah ke satu rumah. hu hu hu, hidup bujang ... macam inilah gayanye!
Pergi umah abang aku, tapi abang takda. Yang ada pun my SIL dengan anak-anak buah je. Sampai je aku just layan anak-anak buah aku, baca suratkhabar then SIL dok masak spaghetti. Dah siap masak, dia ajak makan. Time tu aku ok lagilah perut tak lapaq. Asal pi dapur ulang minum air suam! ha ha ha ... giler kental. Tapi bila dah sepetang, perut aku mulalah melapar. Akhirnya kalah juga semalam. Dalam kalah semalam pun aku tak makan banyak pun spaghetthi tu. Setakat 3 sudu kasi hilang lapar cukup! Walaupun dah langgar pantang, tapi aku tak adalah nak over makan sampai sepinggan. Beringat sangat! Aku tak nak usaha aku sia-sia. Dah lepak sekian waktu, kul 5.00pm aku pun balik Putrajaya! Memang seharianlah aku jenjalan semalam.
Sampai rumah, Si MB pulak sms suruh aku jemput dia dekat TTJ, Seremban! Aiyaaaak ... jauh benor. Kang aku tak jemput camno plak dia nak balik. Sebab hari Sabtu dia pi Seremban aku yang hantaq. Relax kejap, then dalam 6.50pm gerak pi TTJ. Tunggu Si MB habis meeting bagai ... dekat kul 12am baru gerak balik Putrajaya. Kul 12.40am dia hantar aku balik rumah. Biar dia plak bawa balik kereta. Tak kuasa aku nak bawa balik kete memalam nie. Leceh!
Penatlah sangat semalam, seharian yang penuh dengan bermakna sebab dapat jumpa anak-anak buah aku! Puashati rasanya! Even diet aku hancur sket semalam, but aku still rasa happy. Demi jumpa anak-anak buah, diet terganggu sikit pun takpelah. But after this, aku kena pastikan yang aku bawa bekal...hehehehe!
Okeylah ... malam kang kalau aku rajin kita sambung! Ingat nak share recipe murtabak cream cracker dengan korang malam nie. But semuanya bergantung kepada keadaan! he he he ...
CK : Hari nie semua sibuk tengok slip gaji! Maklumlah dah dapat pelarasan ... Alhamdulillah.
gile kental la mcm tu..hihih...kite cheat day macam setiap minggu! hahah..pastu mulalah gigih menahan balik 2 minggu baru dapat balik berat asal.
ReplyDelete@Nuwairani Ismail Nani dah lama mula, dah dapat berat yg nk cpai. CK baru mula, berat nk capai belum dapat lagi. Itu yg gigih semacam
ReplyDeletewowww hehehe tp jaga jgk kshtan tu ye :) mcm sy pun baru kuar hospital heee mmm comel nye anak buah tu mcm sy :P
ReplyDelete