Tidak dinafikan menjalani satu-satu program diet (tidak kiralah untuk
menaikkan berat badan atau menurunkan berat badan) pastinya akan
mendatangkan tekanan kepada mental untuk jangka masa panjang.
Tekanan ini pula, apabila tidak dibendung akan menganggu fokus anda
sekaligus akan merosakkan diet itu sendiri. Pada ketika ini, apa yang
anda perlukan anda motivasi supaya terus berusaha sehingga matlamat
program tercapai. Motivasi? Motivasi yang macam mana tu?
‘Kata-kata perangsang’ dari teman dan keluarga
Kata-kata perangsang bukan sahaja bermaksud ‘selamat berjaya’, ‘anda
boleh’, atau ‘tiada perkara yang mustahil’, tetapi ia termasuklah juga
ayat-ayat yang menggunakan kata-kata perli seperti ‘bila kau nak kurus
wahai si gemuk’, ‘boroi’, ‘tulang bergerak’ atau ‘cicak kobeng’.
Kata-kata perangsang juga boleh jadi hadir daripada doktor yang merawat
atau memantau pencapaian kesihatan anda.
Pelaburan untuk kesihatan (gym)
Adakalanya
wang itu amat berharga. Memandangkan minda anda sudah berfikir
demikian, maka apa kata jika anda laburkan sahaja beberapa ratus
ringgit (atau ribuan ringgit) untuk membayar yuran gym sepanjang 12
bulan ke hadapan? Rugi? Tidak rugi pun, melainkan jika anda mengelat
dan tidak pergi ke gym langsung sepanjang minggu itu, maka itu baru
boleh dikatakan rugi.
Secret admirer
Punya teman-teman wanita? Buat
si perempuan pula, ada tak lelaki yang anda suka? Jadikan mereka
sebagai pembakar semangat anda yang nombor satu. Anggap saja anda akan
mampu ‘menawan’ hati mereka setelah anda memiliki bentuk badan yang
mantap (meskipun anda tahu yang lamaran anda kelak akan ditolak
mentah-mentah, terutamanya jika wanita pembakar semangat anda adalah
artis seperti Lisa Surihani).
Baju-baju idaman
Siapa cakap baju-baju zaman
‘muda’ itu hanya tinggal sejarah? Inilah masanya untuk anda
menghidupkan kembali era kegemilangan anda dengan mengenakan
pakaian-pakaian tersebut. Selain itu, jika anda berhajat untuk membeli
baju baru, belilah baju yang ‘menggambarkan’ diri anda selepas
tercapainya matlamat. Sebagai contoh, jika anda sedang dalam usaha
untuk menurunkan berat badan, belilah baju yang bersaiz M, meskipun
anda tahu saiz semasa korang adalah XXXL.
Model-model
Buat lelaki, sila tampal poster
John Cenna atau Christiano Ronaldo yang tidak berbaju pada dinding
bilik. Buat yang perempuan pula, boleh tampal poster pin-up Miranda
Kerr atau Diana Danielle yang diambil dari majalah. Tataplah poster
model-model ni setiap hari tanpa rasa jemu!
…one of Kevin’s pictures when he was still modeling, oh so long time ago
Kawan baru
Tidak dinafikan, pergaulan bersama
mereka yang mempunyai gaya hidup berorientasikan gaya hidup sihat amat
membantu dalam mengekalkan motivasi anda sepanjang menjalani program
diet yang berkenaan. Mereka yang tergolong dalam komuniti ini pasti ada
sahaja perkara atau aktiviti ‘outdoor’ baru yang akan dibuat pada
setiap hujung minggu. Dengan menyertai gym, peluang anda untuk bertemu
kawan baru dan masuk ke dalam komuniti seperti ini akan menjadi semakin
cerah.
Pencapaian anda sendiri
Tiada apa yang mampu
mengembirakan anda melainkan apabila bacaan jarum penimbang itu berubah
dari kedudukan asal dan menghampiri ke angka berat yang diingini. Ini
pasti akan membuatkan diri anda lebih bersemangat untuk meneruskan
program diet.
Bayangan masa hadapan
Lihat diri anda di
hadapan cermin, dan ambil gambar seminggu sekali. Setelah beberapa
minggu, bandingkan diri anda dari minggu pertama hingga minggu yang
terkini. Ada perubahan? lebih bersemangat? dapat lebih motivasi?
Kemudian, dengan imaginasi yang tak seberapa, buatlah bayangan rupa
anda setelah matlamat anda akan tercapai kelak. Ada seperti Hrithik
Roshan atau Salman Khan tak?
‘Self-Reward Day’ atau ‘Cheat day’
Tak salah
kalau dalam tempoh 2 minggu, anda sediakan SATU HARI yang dikenali
sebagai ‘self-reward day’ atau ‘cheating day’ – yakni anda boleh makan
apa sahaja yang anda nak, dengan syarat jangan menyeksa diri sehingga
rasa kenyang yang melampau. Nikmat makan aiskrim, KFC, pizza, char kuey
teow, buntut ayam panggang, dan segala jenis makanan yang berkalori
tinggi, 2 minggu sekali, adalah sangat LUAR BIASA berbanding dimakan
hari-hari.
Berasa semakin sihat
Pasti terdapat banyak perbezaan setelah berat badan
anda berada di tahap idle/normal, berbanding ketika anda memiliki berat
badan sebelumnya, terutama dari segi kepantasan pergerakan, kelincahan
dan stamina. Berada pada tahap normal bererti badan anda akan lebih
dinamik ketika bergerak, tanpa sebarang halangan dalaman seperti semput
atau mengah. Ini lah yang dimaksudkan dengan sihat.
Sumber : Iluvislam
mai nk diet letak gmbr girls generation kt desktop..hehe
ReplyDelete:)
ReplyDeletesuka betul entri ni...mcm pakar motivasi pun ada.
@Mysara Ab Rahman akk baru tgh cari pic sape yg sesuai nk diletakkan nie
ReplyDelete@Telor Power ini entry copies paste la dik ooi ...tgk siap ada sumber dr mana dapat..heheheh
ReplyDeleteApabila mula diet dan melakukan senaman yang baik(dilakukan secara disiplin dan teratur), akan terasa badan menjadi semakin baik dalam menguruskan kerja-kerja harian.
ReplyDeleteNice tips
ni entry copy n panjang2 kan info ye :) nice3 ;)
ReplyDelete