Aku sambung update pasai Cameron Highland sesambil layan Debat Sinar Pemansuhan PTPTN & Halatuju Pendidikan Tinggi antara YB Khairy Jamaluddin dengan Rafizi Ramli. Rancak dan panas! Aku yang dengar pun panas juga sebab malam nie angin agak kurang, kipas plak slow semacam. keh keh keh!
Aritu cerita pasal tanah runtuh sepanjang jalan nak naik ke Cameron Highlands kat entry sini <---- Berhenti dekat Lata Iskandar jenjalan cuci mata. Malam nie sambunglah sket gambar dekat Lata Iskandar nie. Jumpa itik comey. Rasa nak beli ... tapi dok pikiaq nak letak manakan. Almari display pun non hado. Bye-byelah itik oi!
Comeykan itik nie ... ada jodoh kita bersama! he he he
Sambung lagi perjalanan .... kalau naik ikut Tapah, sebelah kanan dan kiri adalah jumpa rumah orang asli!
Cameron Valley ... Bharat! Tak singgah pun ... sebab dah selalu sangat. Tapi kalau plan nak tidur Cameron sure aku singgah lagi. Setakat nie belum jemu lagi jenguk ladang teh .... jiwa tenang tengok hijau hijau yang menawan.
Dah nampak papan tanda ... Brinchang .... Tanah Rata! Yeeee dah sampai.
Iris Hotel ... aku pernah tidur kat hotel nie dulu. Best juga. Tilam empuk. Sesuailah untuk golongan pendapatan sederhana cam aku nie ...
KEA FARM! Sebabkan dah petang ... orang pun dah tak ramai. Sayur pun tak banyak dah.
Buah limau nie manis tau. Tapi aritu aku tak beli pun. Tak rasa nak makan limau that day. Cumanya, aku perasan harga sayuran dah mahal kat sana. Kalau ada yang harga sama tapi kuantiti dah kurang dan kualiti mengecewakan! Sebelum ini harga sayur dan buah berpatutan dengan kuantiti serta kualiti. Dah ramai Indon yang jadi pekerja. Lepas tu bukan main tak mesranya layan customer. Eeeey tak suke hokey!
Kalau korang nak beli sayur, buah atau jagung cameron ... better beli dekat depan jalan nak masuk ke Sungai Palas. Dekat situ harga lebih murah, segar dan kuantiti pun banyak. Aku rasa barang-barang dekat KEA FARM nie mahal sebab terlalu jadi tumpuan sampai jammed jalan tu. Belum cuti sekolah lagi, kalau cuti sekolah memang susahlah nak parking kat jalan depan tu. Nasiblah!
Jagung Cameron! Sedap nie ... manis!
So, apalagi ... belilah satu! Hancur diet atkins aku aritu sebabnya jagungkan tinggi karbo :=)
Aku takdalah nak snap gambar beriya masa dekat Cameron aritu. Mengejar masa untuk sampai ke Kedah. Itupun sampai Alor Staq dah lewat malam .... mana taknya, dari Cameron turun ikut Simpang Pulai sampai dekat tol nak keluar dari Simpang Pulai pun dah kul 7pm. Lewatlah sangat.
Senja!!
Nanti sambung cerita dekat kampung plak .... layan debat KJ sampai habis! Ilmu nie ....
CK : Aku dah tahu kenapa berat aku tak turun dalam tempoh 2 minggu nie, salah amalkan menu sepatutnya. hu hu
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)
MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!