Aku tinggalkan blog nie seharian hari ini, sebab aku ada program mereleasekan tension dan menambahkan ilmu. Jadi untuk aktiviti berblog, terpaksalah aku diamkan buat seketika. Alah, kejap je pun. Walaupun kawang-kawan blogger lain sibuk update blog, tapi aku baru nak muncul update di malam hari! Ada yg rindu entry aku dooook?? chissss poyos nau tanya camtu ar ... keh keh keh
Alhamdulillah, hari ini aku dapat ilmu dan pengalaman yang bermakna dan akan lebih bermakna jika aku bertindak melakukan dan mengamalkan apa yang telah dipelajari setengah hari nie. Apa dia?? Yang nie aku cerita kemudian, Insya-Allah pasti aku akan kongsi dengan korang semua.
Sekarang nie, aku nak cerita pasal diet. Hari nie cheat day aku! Setelah masuk minggu ke-5 yang berakhir hari nie, Alhamdulillah ... aku telah capai berat 60kg dari 65kg! Yeee yeee ... tepuk tangan sket. Aku dah turun 5kg dan ia satu pencapaian yang agak besar buat diri sendiri setelah nekad untuk diet dgn bersungguh-sungguh. Selama nie, kalau aku azam nak berdiet ... memang tak pernah serius pun!! Pantang nampak makanan, terus ngap dengan Bismillah je!
So, bagi meraikan kesungguhan diri sendiri, apa salahnye selepas 5 minggu induction aku ponteng diet sehari. Actually induction aku belum pun lagi berakhir ye, aku target nak buat induction sehingga akhir bulan Jun 2012. Fasa pertama dah berakhir dan fasa kedua akan bermula esok dengan target akan turun lagi 5kg! Aku mesti kuat semangat, mesti konsisten dan bersungguh-sungguh kali nie!!
Okeh, cerita sket pengalaman selama 5 minggu dengan korang, he he he ... ada yg sudi baca sampai habis ke ... aku share sket je kot. Takmolah korang bosan. Kot nanti ada yang cakap ... "eleh baru turun 5kg dah mau kecoh satu Malaya .... orang lain berkilo-kilo relax je beb!". Tutup muke dengan bantal le kalau ada yang sudi cakap camnie tau. But, aku tetap nak kongsi kepada mereka yang berfikiran positif dengan kejayaan orang lain ... aku tahu yang baca blog aku nie semua positifkan dengan story aku kan ... kan kan??? Ada aku kesah pada kata-kata sumbang!! Non-hado laa ...
Cerita dia camnie ....
Pada yang tidak tahu, aku start Atkins Diet pada 2 April yang lalu. That's mean dah sebulan lebih dah. Pada perancangan awal, aku sepatutnya start atkins pada Januari 2012, setelah setahun lebih aku mentelaah blog taknakgemuk.com. Aku baca blog tu ... baca dan baca serta siap print intipati blog dengan jayanya! But, aku tetap tak buat apa-apa. Masih teruja melihat makanan. Masih rasa gelora nafsu bila terpandang nasi putih dengan sambal petai udang, tempoyak, ikan kembung bakar ... mee goreng mamak, spaghetti, laksa kedah, roti jala, ais conetto dan semua jenis makanan yang tinggi karbohidrat serta bergula!!
Dari Jan sampai Februari 2012, aku still tak buat pape ... lemak kiri kanan pinggang dah jadi spare tyre dah tanpa rela tuan punya badan. Sampailah masuk bulan April, pada 1 April ... aku rasa kaki aku sakit sangat. Berdiri nak masak ... rasa tumit tu sengal mengal. Naik tangga turun tangga rasa mengah giler. Then, aku cakap pada diri sendiri, "sampai bila nak macam nie?? buat apa nak seksa diri sendiri .... dah 30 tahun lebih dah makan sedap-sedap, then apa salahnye buat sesuatu untuk tempoh setahun atau 2 tahun kemudian maintainkan berat badan yang selesa dan ideal utk kebaikan diri sendiri, diet je pun bukannya tak makan langsung!"
Dari situlah, 2 April aku nekad memulakan atkins diet. Mula tu, aku dapat bantahan juga dari Si MB. Dia risau aku sakit. Yup, memang minggu pertama aku agak lembik, loya, mual dan pening kepala. Cuma minggu pertama. Mungkin tengah ambil masa untuk serasi. Berakhirnya minggu pertama aku kecewa, sebab tak turun pun berat aku macam mana yang aku baca! Masa tu rasa, "aaaaaaaaaahhh, penat je diet tak makan nasi bagai, tak jadi papepun!!". Syaitoooooooooooonirrajim semua tu nak hasut aku tinggalkan diet nie la. Nak suruh aku gemuk lagi lah tu .... Oh! jangan .... aku tetap lawan hasutan! keh keh keh ....
Aku cabar diri aku untuk cuba lagi dalam minggu kedua. Yes! minggu kedua kesihatan aku kembali aku. Takde loya, pening, mual .... semua takde! Masa aku buat atkins diet nie, aku tak cakap pun dekat kengkawan. Malu beb, kang tak turun plak berat aku dah kena ejek. But, masuk minggu ke-4 aku positif ... ceritalah dekat BFF aku, June ... dia bagi aku semangat! Aku suka sangat.
Si MB skang pun turut bagi aku semangat. Dia akan tegur aku bila aku ambil makanan yang tak sepatutnya. Aku ingat lagi, masa pergi majlis kahwin minggu lepas, aku ambil setengah senduk nasi dan 2 ketul ayam goreng serta 3 ketul daging. Bila Si MB tengok ada nasi dalam pinggan aku, terus dia cakap, "awak jangan nak makan nasi ... awak tgh diet sekarang. jangan makan!". Time tu aku cakap, "alah sket je pun ... nak rasa je. nie nasi beriani ... please!". Aku time tu memang rasa bernafsu je amik nasi. Nampak sedap sangat. Ingat last weeklah nak cheatdaynye. Tapi dah kena sound tepek terus tak jadi. ha ha ha ha. Bila dia cakap tak boleh juga, aku pun terus makan ayam dgn daging je. Nasi tu kasi dekat dia ajelah. hu hu. Adik aku pun dah faham diet aku. So, takdalah dia nak offer aku makan bukan-bukan lagi.
Untuk minggu kedua baru aku berjaya turun sebanyak 2kg terus! dari 65kg kepada 63kg. Masa tu, suka sangat! Baru aku faham, diet nie korang kena minum banyak air suam, kalau boleh biar melebihi 3liter sehari.
Minggu ke-3 aku cuma turun sekilo je. Jadilah 62kg! Untuk minggu ke-3, bila aku check diary diet aku ... aku kurang minum air. Sehari cuma 2liter. Maybe aku sibuk kot kat office, banyak jumpa orang. So, tak sempat nak teguk air putih. Minggu ke-4 dah jadi 61kg .... dan akhir minggu ke-4 dah 60.5kg! Then berakhirnya minggu ke-5 .... jadilah 60kg!! Hujung-hujung, memang lambat sangat turun, puncanya adalah aku kurang minum air putih seperti sepatutnya. Dan ada hari yang aku makan caramel cake dan juga seketul kuih dekat office. Memang semua tu aku ambil kira sebagai kegagalan berat aku turun dengan lebih banyak.
Yang aku kesalkan dengan diri sendiri adalah macam aku selalu war-warkan dekat blog nie, aku tak mampu nak konsisten bersenam!!! Serius kesal sangat. Ade je hal lain yang aku buat. Kadang balik kerja dah penat. Paling konsisten pun aku buat setakat angkat kaki kiri kanan masa dok tengok tv. Skipping dan sit up yang pernah jadi kesukaan aku sebelum nie, belum aku mulakan pun lagi. Sedih untuk diri sendiri! Sangat sedih.
Itu pengalaman aku, aku tak tahulah pengalaman korang yang cuba atkins diet nie macam mana. Memandangkan berat aku nie susah nak turun, so aku decide untuk meneruskan induction sehingga akhir June 2012. Aku nak tengok result dulu macam mana. If tak juga capai target aku bagi fasa 2 kepada 55kg, mungkin tempoh induction akan dipanjangkan lagi. Bergantung kepada tahap kesihatan aku juga macam mana nanti. Aku juga akan buat pemeriksaan kesihatan, Insya-Allah dalam tempoh terdekat nie. Tak mahulah diet nie memberikan effect kesihatan yang bukan-bukan, sebabnya aku memilih diet ini untul lebih sihat dan fit!! So, aku terfikir ada baiknya aku buat pemeriksaan kesihatan. Lagipun umur aku pun dah 30-an dah. Memang wajarlah, jaga kesihatan sebaik mungkin! Dan aku juga faham bahawa wanita yang umurnya berada pada era 30-an memang agak susah berat badan nak turun. Jika konsisten ... Insya-Allah BOLEH!!
Untuk cheat day sempena aku berjaya capai target dalam fasa 1 kepada 60kg, siang tadi aku makan chicken pie (seketul kecik), tuna puff dan 2 ketul ayam kfc yang spicy tu (takde buang tepung dah, semua aku telan siap cicah sos lagi). Dan untuk malam nie, aku makan aiskrim dan keropok lekor .... giler rindu dekat keropok lekor nie. Menahan nafsu je bila pandang. Untuk cheat day pertama kali nie, aku belum berhasrat nak makan nasi atau mee goreng atau bihun goreng atau laksa atau spaghetti (pebereeeeeeeeeeeeet) lagi. Cukuplah dengan cheat dengan makanan yang simple tapi aku dah rindu sekian lama. keh keh keh.
Aku harap, segala usaha ini akan mengembalikan aku kepada keadaan sediakala ....
.
.
.
.
.
.
.
.
V
Gambar kat atas nie, hari-hari aku tengok sambil cakap kat diri sendiri, "moga kembali kepada keadaan 6 tahun lepas! semangat semangat".
Korang semua, please doakan aku ye! Doakan agar aku lebih konsisten, bersemangat dan bersungguh-sungguh diet untuk sihat dan lebih fit. Terima kasih korang .... sayang korang ketat-ketat!! Terima kasih baca entry aku yang panjang lebar malam nie ... :)
CK : Kena ubah diri sendiri dulu, baru boleh ubah orang lain. Mangsa pertama saya nanti adalah si dia bila saya dah capai berat ideal nanti. Insya-Allah!!
alaaa...rilex ar..xpe gemuk cket..hehe..comel ape..hehe
ReplyDelete@NIA SI DRUMSTICK he he he, memang gemuk tu comey tapi jadi tak comey bila gemuk akan mendatangkan penyakit! sakit kaki ... mengah, kolestrol pun boleh tinggi, kena keluarkan duit lebih beli baju baru lagi ... Jadi lebih baik berdiet utk dptkan kesihatan yg lebih baik utk diri sendiri, kan kan kan ...
ReplyDeletepanjang lebor ceritanya. tapi tetap jugak kite baca sampai habis. target kite biar hujung tahun boleh dapat 45kg. ada 10 kilo lagi. huhuh...cheat day pulak setiap minggu. jahanam atkins diet. tapi air putih tetap 3 liter. kalau pose cepat aje turun. pasni nak pose direct 4 hari.
ReplyDelete@Nuwairani Ismail ha ha ha, itulah pasal nani. Akk ingat pendek je cerita. dah sedap menaip lupa diri plak.
ReplyDeleteAkak belum start puasa lagi. Insya-Allah bulan Rejab nie startlah puasa. Harap2 berjayalah capai berat ideal nanti.
Sama2lah kita usaha
Bestnya da kurus...
ReplyDeleteAkk..kite pon baru nk mule atkin ni..brubpe hari induction.doakn kak..berat sy sme cm akk aslnye...
ReplyDeletebest-best..sy pon tgh cuba DA ni..ade jugak cheat sikit2..sofar dh turun 4kg utk 2 minggu
ReplyDeletebaru hari pertama atkins diet,,,nak tumbang rasa..ha.ha
ReplyDeletesaya baru hari pertama atkins diet...nak tumbang rasa..ha.ha
ReplyDeleteKUat semangat!! Insya Allah boleh
ReplyDelete