Monday, May 21, 2012

SAMBUNG CERITA PASAL PAMERAN RAJA KITA LAGI :)

Assalamualaikum ...





Cerita pasai Pameran Raja Kita dekat Istana Negara Lama, Jalan Istana belum pun habis aku cerita. Bukan cerita sangat, lebih kepada nak tayang gambaq je dekat hangpa. Kalau yang aritu punya korang tak baca lagi, meh jenguk tang sini <----- Sorrylah, amek masa sikit nak sambung balik, bukan apa ... kadang nak update ni main ingat apa yang datang dulu je. Tak menyempat ikut aturan dah. he he he


Aku takmolah celoteh banyak-banyak sangat, nak ajak korang tengok gambaq je hari nie. Layan gambaq sudah. Bab nak cerita kita simpan untuk malam kalau sempat. he he he! 




Aku suka dengan lampu nie .... masih cantik!


Salah satu alat muzik kebesaran diraja... Nobat


Tengkolok! Dapat juga tengok dari dekat ... 


Masa aku sampai nie belum lagi ada budak sekolah datang, dah habis pusing ... sekali masuk budak sekolah 1 bas dalam ruang pameran nie. Segala pelusuk ruang dorang terjah. Tempat yang tak boleh masuk pun dimasuknya juga. Kesian dekat penjaga pameran nie nak kena larang itu ini .... cikgu-cikgunye mana menghilang aku pun tak pasti.


Budak sekolah sekarang nie beruntung sangat, pergi tengok pameran siap boleh amik gambar. Siap bawa keluar hp canggih dengan camera memasing amek gambar. Time aku dulu ... ermmmm jangan haraplah! Dorang punya hp n camera pun kalah aku punya yang dah kerja.



Cokmar agama! Ada dua jenis cokmar ... satu lagi cokmar alam.


Aku memang tunggu nak amek pc jubah UUM nie, teringat zaman konvo dulu. Tapi disebabkan bukan dapat 1st class, tak merasalah terima scroll dari canselor. ermmmmm


Tempat duduk Agong dan Permaisuri semasa majlis rasmi


Aku sukakan pintu nie. Memang antik. Kalau nak tahu istana negara lama ini asalnya adalah sebuah banglo yang berdiri teguh di kawasan seluas 11.34 hektar di tepi Bukit Petaling. Banglo ini yang dibina pada tahun 1928 dengan kos RM150,000 yang menjadi kediaman seorang jutawan dari China, Chan Wing.

Kalau korang pergi dekat, lihatlah betapa tuanya istana ini. Memang cantik ... cukup berseni pada mata aku. Bila aku perhatikan sekeliling walaupun bukan semua dapat tengok, memang layaklah istana ini diganti dengan yang baru. Tak salahkan?



Tengoklah tombol pintu nie, macam zaman British dulu. Tua dan uzur! Aku kadang tak faham dengan sesetengah individu ... yang komplen itu ini bila kerajaan buat sesuatu. Contoh bila Kerajaan ambil keputusan bina Istana Negara baru yang menelan kos RM800j, masing-masing membising! Duit rakyat! duit rakyat! Member-member aku pun cakap macam-macam ... tapi aku memilih untuk diam. Bukan apenye ... sibuk cakap pasai duit rakyat, sedangkan diri yang komplen bagai tu bukan dia bayaq cukai pendapatan pun! Gaji yang diterima setiap bulan pun belum melayakkan diri bayaq cukai ... so, apa nak kecoh sangat. 


Komplen pasal Kerajaan macam-macam, tapi bila Kerajaan bagi BR1M ... awal lagi hangpa beratuq! Tang Kerajaan nak bagi duit ka, bonus ka, projek ka ... tak fikir plak. Nampak Kerajaan salah bila bantuan tu hang tak terima kan? Bila hang dapat bantuan dari Kerajaan ... sengih sampai ke telinga! Dan dan tu Kerajaan betul. Bila Kerajaan tak bagi bonus terus cakap, "pas nie pangkah yang lain plak la!". Wah ... ikut hangpalah. Dah besaq semua. Ada akal fikirlah mana baik dan buruk.

Okeh, sorry teremo plak ... cerita pasal Istana dah melalut ke lain plak. keh keh keh. 



Sebelum masuk ruang pameran, ada orang juai ayaq. So, blehlah beli kalau dahaga. Cuaca agak panas hari tu. Aku nasihatkan sementara masih awa waktu nak melawat nie, pergilah pagi. Kalau dapat pergi hari kerja lagi bagus coz weekend ramai sangat orang .... susah nak dapat parking!



Dekat luar pagar perkarangan Istana pun ada orang meniaga. Ada ayaq ... buah potong dan aiskrim. Macam car boot sale pun ada aku tengok. Aku, Si MB and family adik dia pun layan makan aiskrim gak aritu. Panas weh....tak menahan dahaganya. Nasib baik aku dah spare air mineral untuk diri sendiri.



Aiskrim roti. Nampak sedap! Tapi memandang aku nie diet ... takdenyalah nak makan aiskrim roti nie. Memandang ajelah. Adik ipar Si MB yang makan ... aku siap suruh dia tayang tuk amek gambar. Nasib baik adik ipaq dia sempoi gak orangnya. Kira bleh ngam jugalah dengan aku nak sembang. Takdalah diam membantu je ... coz aku nie kadang2 tak peramah sangat pun! he he he


Yang nie Si MB punya, aku rasa juga. Tapi takdelah banyak ... asal nak masuk mulut je dah kena tegur. Aipssss jangan makan ais. Manis tu! Terus stooooooooop makan! ermmmmmm


Lepas melawat Istana Lama nie, kami semua gerak pi lunch dekat Ikan Bakaq Jalan Bellamay belakang istana. Yang nie aku cerita kemudian apa menu yang best. Lepas lunch je .... perut pun dah kenyang. Makanya gerak plak ke Istana Baru, Jalan Duta ... family si MB tak pernah pergi lagi. Habis melawat Istana Baru, aku ajak pi IKEA! Akai nak makan karipap IKEA. SO, hari tu atkins diet aku lari dari landasan sebab dah makan karipap IKEA! ha ha ha ...



Letih nak update entry nie ... dengan gambaqnye. Harap korang sukelah ye, he he he. Thanks for reading!




CK :Lepas nie kena rajin sket update. Camne pun nak kena cari time lebih sket.

6 comments:

  1. gambar no 1 dan no.5 sgt menarik.
    juga gambar ekrem roti tu....

    baru tahu keadaan istana negara yg dulu sgt uzur dan usianya juga sudah lama..memang patut kerajaan bina 1 yg baru untuk ketua pemerintah negara kita

    ReplyDelete
  2. wah bestnya pergi sini. and gambar2 semua cantik. terang gila :D

    ReplyDelete
  3. @Telor Power Terima kasih ckp menarik ... he he he, tapi akak takleh lawan awak lagi. Gambaq yg awak amek lagi cantik.

    ReplyDelete
  4. cantik2nye gmbaaa..suke2..btw,tak pnh smpi lagi..mcm best je..

    ReplyDelete
  5. @zuhaida haaa terima kasih! susah payah amek gambar rasa berbunga bila dipuji heheheh

    ReplyDelete
  6. @♥ farhana ♥ Datanglah, tamat 16 June nie ... ada masa lagi

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!