Saat kau pergi
Tanpa sebab meninggalkan diri ini sendiri ...
Suatu masa dulu
Tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya hati ini, tetapi aku sentiasa
bangun dan meneruskan langkah yang terbaik utk diri sendiri jalani hidup
ini. Walaupun perit, tiada siapa tahu ... di sebalik senyuman yang aku
mampu berikan pada semua orang di sekeliling, tersimpan sekeping hati yang sedang menderita dan terluka!
Aku tak pernah jemu berdoa, moga bahagia, ketenangan, kelapangan,
kejayaan dan kekayaan menjadi milik aku! Kisah semalam amat menyakitkan,
tetapi keindahannya tetap aku kenang sebagai cahaya untuk menjauhkan
hati aku dari dendam pada insan yang melukai hati aku.
Hanya
Tuhan yang tahu sejauhmana keikhlasan dan ketulusan kasih sayang itu
tertanam dalam diri dan hati sampai hari ini! Ya-Allah kuatkanlah
semangat aku!
Sayang tak pernah hilang dan kasih jua tak pernah padam! Sejatikah cinta yang tersimpan??
CK : Yang terputus boleh disambung semula, tapi yang terluka ... bolehkah sembuh seperti sediakala?
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)
MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!