Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada
keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan
dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan
akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.
Cara untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah.
1. Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah.
2. Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh Allah.
3. Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal
4. Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat
kepada orang miskin dan anak yatim.
5. Bersedekah kepada anak yatim/miskin kalau boleh setiap hari. (cari anak-anak yatim untuk diberikan). Insyallah akan diganti oleh Allah tanpa kita sedari.
6. Ikhlaskan pemberian/sedekah hanya kepada Allah bukan mengharapkan pujian dan sebagainya. (Pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri). Sedekah mulakan dengan keluarga sendiri dahulu selepas itu barulah kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian itu hak kita sebenarnya dalam harta kita ada hak mereka.
7. Hulurkan pemberian sunat secara rahsia – tetapi pemberian wajib (zakat) perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.
8. Konsep sedekah : berikan sesuatu yang kita sayangi. Ini jelas dalam ayat Quran Ali Imran ayat 92 .
9. Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untuk akhirat – bukan dunia untuk dunia)
10. Menurut Nabi 9/10 (90%) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. Makan gaji mungkin 1/10 sahaja (10%). Nabi Muhammad sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan yang jujur, cekap dan amanah. Peniaga yang amanah akan dibangkitkan bersama para nabi dan rasul di akhirat kelak. Perniagaan merupakan amalan fardu kifayah. Barang makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan sendiri oleh orang Islam. Kalau tidak ada menjalankan aktiviti ini, seluruh umat Islam berdosa.
10. Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami.
Dalam satu hadith, Nabi menerangkan
setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru
kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru ‘Ya Tuhanku, kurniakanlah
ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah. Yang satu
lagi menyeru ‘Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek)’
Orang yang bakhil tidak manfaatkan
hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan (Belanjakan) harta
adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka. Dalam hadith lain,
nabi bersabda takutilah api neraka walaupun dengan sebelah biji tamar.
Dan sabdanya lagi Sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam
api.
Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. Dan
digalakkan memberi sedekah pada awal pagi. Sekiranya dapat diamalkan
perkara-perkara di atas, insyallah rezeki yang dikurniakan oleh Allah
akan kekal walaupun telah digunakan. Allah akan membalas atau
menggantikan apa yang telah dibelanjakan. Amalkan ilmu yang ada, nanti
Allah akan menambahkan ilmu lagi. Begitu juga harta – belanjakan harta
yang ada, Allah akantambahkan lagi dari sumber yang kita tidak ketahui.
Sekian, wallahualam. Semoga yang baik
datang daripada Allah dan yang buruk dari kesilapan sendiri. (Di pinjam
dari www.amalansedekah.blogspot.com)
sumber : sehelaibaju.com
CK : Untuk panduan kita bersama
terima kasih atas ilmu share ni :)
ReplyDeleteamin....aku berharap aku sentiasa bersyukur selalu. kadang2 miss gak.(terlupa)
ReplyDelete