Wednesday, May 23, 2012

MENAPAK SEPANJANG HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012 PUTRAJAYA

Assalamualaikum ...





Bagi mereka yang tidak tahu, sekarang nie sedang berlangsung HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012 DI PUTRAJAYA bermula 23 Mei hingga 27 Mei 2012! Event nie dah 3 tahun dianjurkan di Putrajaya secara besar-besaran sampai hiruk piruk Putrajaya. Bab vandalisme yang aku tak menahan sangat ... belia-belia please jaga attitude korang ye! Jaga kebersihan Putrajaya .... paling utama!! 


Petang tadi aku ambil kesempatan jenjalan di setiap booth yang ada dan setakat yang mampu menapakkan kaki kecil ini. Jalan punya jalan tak sedar dah sampai ke Kastam dekat Presint 2. Dan perjalanan bermula dari Presint 3 depan Istana Keadilan! Kalau hari biasa sesaje nak jenjalan memang idaklah jawabnya!


Hari nie baru permulaan ... so orang tak meramai sangat serta booth juga masih ada yang kosong. Cuma sesak dijalan raya kerana jalan banyak yang tutup. Aku rasa Sabtu Ahad nie pastinya akan ramai orang! Insya-Allah Sabtu aku akan turun ...! Sebelum aku share gambar yang aku ambil, nak bagi sedikit tips kepada mereka yang akan datang ke Himpunan Jutaan Belia nie ... sila bawa;


  • Payung ... cuaca tak menentu, kejap hujan kejap panas!
  • Air mineral secukupnya - nak berjalan jauh nanti haus. Nak beli pun sure mahal time event.
  • Pakai kasut yang selesa - sport shoes ke
  • Pakai sunblock ... mana tahu weekend nie panas menerik, habis hitam korang!
  • Dapatkan jadual pengisian event dan tapak layout - boleh rujuk sini <-----
  • Kalau ibu bapa yang nak bawa anak-anak kecil, better bawa pagi. Mungkin lebih selesa.

Kemudahan yang disediakan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan sepanjang event ini adalah;

  • Pengangkutan Tram (percuma) - ada hentian naik dan hentian turun. jangan salah hentian ya!!
  • Kemudahan tandas bergerak (toi toi)
  • Papan tanda tunjuk arah gerai (tahun sebelum nie tak ada)
  • Lain-lain aku belum dapat kenalpasti lagi ...

Jom layan gambar yang aku ambil petang tadi. Setakat cuci mata ajelah. Aku pun jenjalan tak habis pun. Penatlah! Tengoklah esok macam mana sama ada aku mampu sambung jenjalan lagi atau pun tak ... he he he

 

Himpunan Jutaan Belia 2012!

Menguji minda!!


My peberet car ... and color jugak!!


Cantiklah!!


Kemudahan tandas bergerak .... lawalah pulak toilet nie .. he he he warna warni lagi!


 Kemudahan tram percuma disediakan.



Siang tadi, banyak juga gambaq yang aku ambil ... tapi yang biasa-biasa je. Tapi aku malas nak edit semua. Mata dah mengantuk nie ... kaki pun sakit penat jenjalan. Nantilah update gambar yang lagi cun (kalau ada) weekend nie. 


Okeylah aku nak masuk tidur. Mata tak menahan mengantuk dah nie. Selamat malam semua. Mimpi indah!!







CK : Atkins hari ini berjaya dengan menu 0 karbo!!! yeaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhh

1 comment:

  1. wah awal2 lg dh ke sna yer...tntu penat bjln tu...QH dh penah pegi jugak thn lps...serik dh nk g tahun ni...hihi...sgt penatkan..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!