Friday, May 18, 2012

10 TIPS UNTUK KEMPISKAN PERUT!

Assalamualaikum ....



Minggu ke-7 atkins akan berakhir pada hari Ahad ini. Tapi sorrylah, dalam minggu 7 nie aku memang tak serius diet sebab balik kampung. Aku tak jamah nasi dan pelbagai jenis mee termasuk air yang bergula, tapi sehari aku makan 2 ketul karipap yang mak aku buat. Mana tahan beb, dari kecik membesar dengan kuih karipap yang mak buat ... kesedapan karipap tu tak terjual di mana-mana. Dalam dunia nie masakan ibulah yang paling sedapkan?? Walau ibu masak main campak-campak je, tapi dia campak keikhlasan dan kasih sayang sekali sebab tu sedap!


Berat aku maintain kepada 60kg. Awal minggu aritu 59.5kg, tapi naik balik 0.5kg maka jadilah 60kg semula! Ha ha ha padan muka sendiri. Dah capai angka 5 dekat depan tapi still taknak disiplin dengan ketat. Cakap je nak disiplin, nampak karipap dan lepat sagu yang mak buat terus hidup terumbang ambing dan goyah nafsu makan. Teruk aku nie! he he he


Walaupun dah 2 minggu kekal pada angka 60kg, tapi dah ada yang tegur aku kurus. Okeh, terima kasihlah ... semangat untuk aku tu bagi turun 5kg lagi penghujung June akan datang. Orang cakap aku dah kurus sket, tapi aku masih merasai aku gemuk ... dan lemak masih ada dengan banyak dibadan walau aku dah tak sakit kaki, berjalan pun selesa, nak solat pun takde masalah duduk lagi dah ... bak kata takde sakit-sakit cam dulu! Bestkan??


Setelah aku selidiki diri sendiri, part paling susah nak turun adalah tang PERUT!! Berlipat la perut aku nie, masih membuncit dengan nyatanye ... malu okeh! I takdelah terfikir nak dapat 6 petak ke hape ... janji kempis dan langsing pun dah okeh. Oleh kerana itu, dengan kesungguhan yang ada, aku pun google tips kempiskan perut .... meh jenguk! Aku cilok dari blog Kevin Zahri! Korang kenal tak dia sape?? Kalau tak kenal terjahlah blog dia. Aku memang dah bertahun baca blog dia nie ... cuma bertindak je lambat. ha ha ha ha.



10 TIPS KEMPISKAN PERUT ............MU

  1. Penting kualiti daripada kuantiti! Tidak perlu melaku beratus-ratus sit ups setiap hari! 1 ataupun 2 sessi seminggu dengan latihan berkualiti adalah lebih baik. Don’t overtrain.
  2. Untuk merangsangkan otot abs anda setiap sessi, pelbagaikan latihan abs ! Gunakan latihan yang berbeza untuk latih abs daripada sudut yang berbeza. Bahagian abs termasuk, upper, mid, lower dan obliques.
  3. Fokus kepada contraction otot abs semasa latihan! Make sure its your abs that is doing the work dan bukan bahagian otot yang lain (back, leher dll).
  4. Fokus kepada pernafasan. Hembus nafas ketika “exertion” (ataupun ketika melakukan “crunch”). Ini akan membolehkan anda contract otot abs dengan sebaik mungkin
  5. Untuk sessi workout abs, lakukan 2-3 latihan yang berbeza. Sebagai panduan, stick to 3 set bagi setiap exercise dan 15-20 ulangan (reps) bagi setiap set!
  6. Latihan abs yang terbaik tidak akan menolong anda untuk kempiskan perut selagi adanya lapisan lemak antara otot dan kulit!
  7. Penjagaan makanan adalah mustahak untuk memeliki bahagian perut yang cantik! Elakkan makanan berminyak, garam. Minum banyak air dan pastikan anda mengamalkan diet yang seimbang.
  8. Look after your calories. Seperti mana yang saya katakana dahulu, anda harus create calorie deficit untuk membakar lemak berlebihan!
  9. Latihan cardio ataupun bersukan adalah cara yang sesuai untuk membakar calorie berlebihan! It also makes dieting easier as kita tidak perlu jaga pemakanan dengan terlalu rapat!
  10. Jika anda telahpun kurangkan lemak badan tetapi tidak lagi nampak abs yang cantik, kurangkan pengambilan sodium (yang takung air badan) dan make sure semasa latihan, abs are fatigued. Tingkatkan ulangan ataupun beban jika perlu!


 Sit up la tiap-tiap hari .... kenalah konsisten ye dengan cara yang betul. [sumber]



Sendiri baca, sendiri faham ye ... tatau boleh tanya Kevin sendiri hokeh! Rasa macam aku nak beli je e-book Kevin nie ... rasanye tak mahal sangat kot, dalam RM60 kalau tak salah aku!


Hah! apalagi, jom kempiskan perut korang .... opsss perut akulah! he he he




CK : Mood online sekarang dah menurunlah pulak!

3 comments:

  1. 60kg itu sudah terlebih berat ye bg seorang wanita? :)
    Tapi bg lelaki itu adalah berat yg mantain.. HAHA
    dan kurang dari 60KG adlah tidak cukup berat.. -_-

    ReplyDelete
  2. @Aboy93 Yup, memang terlebih berat bagi seorang wanita yg hanya ada ketinggian 147cm mcm saya. Jadi utk dapatkan kesihatan yg lebih bagi ... kena diet dgn konsisten dan sentiasa bersenam. Bukan utk kurus sahaja, tetapi lebih kepada menjaga kesihatan dengan baik.

    ReplyDelete
  3. nk kempiskan perutttt.....!!!!!!!!!!!!1

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!