Haaa, mentang-mentang diet ... tajuk menu mesti nak ada juga perkataan slim. Aritu wat sup slim. Recipe aku tak share lagi dengan hangpa semua. Sowwy! he he he. Malam nie aku buat pula tomyam slim sayur versi putih! Aku tak buat tomyam merah sebab tekak nak makan yang putih.
Balik kerja tadi, perut memang lapaq sangat. Tahap gigil aku rasa! Pagi tadi tak sempat breakfast sebab aku dari pagi sampai lunch time dekat Perodua Centre ... lepas habis tugasan dekat Perodua terus pi cari makan. Lapaq punya pasal, cari Mc Donalds je. Sonang! Aku order triple cheeseburger. Tapi cuma makan daging dengan cheese ajalah, roti dia kasi ikan makan. ha ha ha. Atkins diet kan takleh nak makan roti, walau time tu teringin giler! Sabar sambil urut dada. Then belasah air suam!
Itu ajelah lunch aku. Macam tak cukup khasiat. Hari nie dah lah hari yang buat mood aku down. Sebab tu petang tadi balik rumah lapaq terketaq-ketaq dah. he he he. Sampai je rumah dalam 6.30pm, terus pi dapur siap bahan nak buat tomyam slim sayur. Bahan macam kat bawah nie .... jom layan recipe. Aku nak kongsi dengan Atkiners!
Korang boleh tukar sayuran yang ada, ikut selera masing-masing ye! Kalau tak suka sosej, boleh digantikan dengan kepingan ayam or daging lembu. |
RESEPI : TOMYAM SLIM (PUTIH) SAYURAN
SUMBER : CIK KAMOO
Bahan-bahan;
- 1 batang sosej - potong serong or ikut suka je (boleh gantikan dgn dgg ayam kalau suka)
- 1 biji telur ayam
- Brocolli
- Sebiji tomato
- 3 biji cili api - tumbuk kasar
- 3 biji limau kasturi
- Seulas bawang merah dan bawang putih (mayang halus)
- Serbuk perasa
- Garam
- Minyak untuk menumis
- Air secukupnya
Inilah rupa tomyam slim sayuran ... seperiuk, aku sorang je yang makan! |
- Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan putih sampai kuning keemasan.
- Masukkan potongan sosej dan goreng sampai agak-agak garing sket
- Masukkan air ... dan biarkan mendidih sebentar
- Perahkan air limau kasturi dan masukkan cili api
- Masukkan serbuk perasa dan garam dan biarkan mendidih lagi.
- Kemudian boleh masukkan telur ayam, bila masuk je telur tu terus kacau sampai tekstur dia jadi macam dalam gambar. Hancur-hancur gitu
- Bila dah rasa semua okey, barulah masukkan semua sayuran yang ada!
- Renehkan sebentar, tutup api dan boleh dihidangkan!
Mudahkan? Aku tak share yang susah-susah, recipe nie mudah sangat. Korek bahan mentah yang ada je dalam fridge. Janji memenuhi menu atkins kan?? Nanti aku nak ubah menu pulak. Tak sangka rupanya kita kena bijak pelbagaikan menu supaya tak jemu. Aku baru je tahu. So, nanti baru aku nak mulakan dengan menu baru plak. Jom, closed up sket tomyam kita nie ...
Ada macam mengiurkan nafsu makan korang tak?? |
Okeh, aku nak bersenam kaki depan tv kejap. Korang blehlah sambung buat kerja ye takpun blogwalking ke ... selamat mencuba dan semoga maju jaya dalam usaha diet masing-masing!
CK : Hari nie dari pagi sampai ke petang ... mood spoil semacam!
sempoi....tapi sausage letak dlm tomyam mcm tak bagus jer...kerana sausage tu termasuk dlm fastfood.
ReplyDeletefastfood ni kebanyakkan ada trans fat, iaitu lemak yg tepu.
kalau ada lemak tepu mcm mana nak diet dgn betul tu....
@Telor Power heheheh sbb tu letak satu je dlm tu, stok ayam segar da habis.. hu hu
ReplyDeleteyummyy..sedapnya....walaupun menu diet, tapi tetap menyelerakan..
ReplyDeleteok, terliur...T_T
ReplyDelete@nur anis menu simple je nie
ReplyDelete@Mira hehehe
ReplyDelete