Tuesday, May 1, 2012

KALAU JODOH SEMEMANGNYA KUAT!

Assalamualaikum ...




Credit : OHBULAN!
Fasha cantik sangat!



Firstly, aku nak ucap Selamat Hari Pekerja, 1 Mei 2012 buat semua warga pekerja di Malaysia. Lepas nie kerja kena lebih komited, bertanggungjawab dan amanah! Dan juga aku nak ucap Selamat Pengantin Baru buat pelakon kita Puan Fasha Sanda dan Jejai! Well, macam nak tuju ucapan dekat radio je aku rasa. keh keh keh!


Alhamdulillah, Fasha akhirnya bersatu dengan Jejai, walaupun sebelum ini mereka pernah menafikan hubungan yang punya perasaan kasih dan sayang nie. Kalau dah jodoh tak ke mana kan? Bak kata BFF aku Si June, kalau sememangnya jodoh tu dah kuat, akhirnya bersatu juga!


Yup, aku setuju dengan June! Jodoh yang kuat tetap akan bersatu. Terpisah dengan 7 lautan dan 7 langit sekalipun, kalau Allah sudah menetapkan jodoh kita dengan seseorang, perkara itu pasti akan berlaku! Kita cuma hamba, segala Maha Kuasa ada pada Yang Maha Esa. Dia yang menetapkan segalanya. Jodoh, rezeki dan ajal nie semuanya ketentuan dari Allah Ta'ala. Untuk bab jodoh dan rezeki, hak kita sebagai hamba untuk berusaha tanpa putus asa dan berserah kepada dia. Tawakal!


Taknaklah bercerita wujudnya isu siapa rampas siapa sebab Jejai pun dah menduda dalam satu tempoh tertentu dan kemudian bernikah dengan Fasha. Positif! Sememangnya jodoh mereka memang kuat. Sudah ketentuan Allah begitu. Ada hikmah di sebalik yang berlaku. Kadang menjadi isu, bila si anak dara berkahwin dengan si duda dan masyarakat yang tidak tahu cerita sebenar di sebaliknya. Masyarakat kitakan suka sangat bercerita (membawa mulut) dan suka sangat menjatuh hukum padahal hanya dengar cerita dari mulut org lain dan bukannya dari tuan badan. Mengumpat dosa okeh!


Kadang, dalam perkahwinan pertama bagi sesetengah individu terputus di pertengahan jalan. Di pukul gelombang tatkala bahtera perkahwinan meredah lautan  kehidupan berumahtangga. Siapa yang  inginkan perpisahan, kalau boleh semua orang nak hidup bersama insan yang disayangi dan dicintai. Bahagia. Gembira. Senyum ketawa. Kongsi suka duka bersama! Namun, ada masanya berusaha menyelamat macam mana pun, bahtera perkahwinan tetap karam. 


Kadang, salah hanya datang dari satu pihak dan tiada perbincangan dan permuafakatan yang menyebabkan ikatan itu putus! Kadang, bila seseorang telah memiliki apa yang dihajatkan sebelum ini, kemudian dia rasa tidak selesa atau tidak sempurna apa yang dimiliki dia memilih untuk pergi dan mencari yang lain yang lebih baik. Kadang, ada yang sengaja melarikan diri dari perkahwinan dan membabitkan orang lain menjadi orang ketiga! Sedangkan diri sendiri ingin mencari yang terbaik kononnya kerana merasai apa yang sudah dimiliki tidak sesempurna zaman bercinta! Kejam .... bertambah kejam bila membabitkan orang lain yang tiada salah. Mudahnya mengalihkan kesalahan sendiri pada hidup orang lain.


Namun, itulah kehidupan! Manusia ada masanya tidak bersyukur dengan apa yang mereka ada ... Kadangkala, memandang yang bukan milik sendiri lebih indah, sedangkan yang ada depan mata sudah cukup baik dan sempurna.



Hidup ini, apa yang berlaku tidak seperti yang dijangka. Jadi, hadapilah hidup ini dengan tenang dan sentiasa bersiap sedia pada kemungkinan di luar jangka! 




Kalau jodoh sememangnya kuat, yang jauh akan jadi dekat!






CK : Kalau kita rampas hak orang lain, suatu masa nanti orang akan rampas semula hak kita. Kalau kita lukai hati insan lain, suatu masa ... hati kita akan dilukai jua! Masa itu, baru kita tahu betapa derita dan sakitnya hati insan yang pernah kita lukai!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!