Sunday, May 27, 2012

DIET : KERANA DIA BEGITU MEMAHAMI ... KADANGKALA!

Assalamualaikum ...




Hari ini last day Himpunan Jutaan Belia ... :) sukahati aku sebab tak perlu tengok betapa sesaknya Putrajaya. Dan semalam aku sangkut dalam jammed lebih kurang sejam. Gerammnya ... tapi sabaq ajelah dok dalam kereta. Gentel bantal dalam kereta ajelah. Aku nie bukan pesen minat program keramaian camnie. Kalau pergi pun memang nak cari benda penting je .... cuci mata!!


Macam semalam, lepas time kerja ... aku lapaqlah sangat. Yelah, lunch dengan sup ayam je. Itupun kul 12noon dah makan. Awal sangat makan. Kul 5 petang aku dah lapaq sangat. So, memandangkan jalan jammed gile, aku ajak Si MB cari makanan yang sesuai untuk aku hadap sebagai atkiners!


Dia tanya nak makan apa? So, aku pun cakaplah nak daging burger kukus and grill yang dia beli hari Jumaat tuh. Jumaat baru nie dia pi jenjalan ngan kawan dia pi tengok Muay Thai kat HBN tanpa ajak aku. Tinggallah aku sensorang menunggu dia kat office. Sudahnya aku mesej, "saya lapaq nie ... datang jemput nak balik umah!". Sekejap je dah reply, takut aku marahlah tu ... tinggalkan aku sensorang tak datang amik. "Kejap ya ... sekejap lagi makanan sampai!".


Dalam hati, jangan kau beli bukan-bukan udahlah. Aku nie diet ... risau kalau dia salah beli makanan. Aku pun sambung menunggu dekat 15minit gak kot baru datang. Dia belikan aku daging burger ayam kukus and grill letak blackpaper sauce! Kerana dia begitu memahami ... kadangkala!!



Kerana dia begitu memahami ... kadangkala! Alhamdulillah dia tak lupa aku memang tengah atkins diet. So, daging burger ayam nie dia belikan aku 2 keping. Sedap beb daging burger kukus and bakaq nie ... lembut. Dicelup plak dengan blackpaper sauce. Memang yummieeee...



Semalam, aku bantai ajak Si MB beli lagi daging burger nie. 2 hari berturut-turut makan. Bab semalam aku tambah daging oblong sekali. So, aku punya je dah 3 keping daging. Si laki amek burger daging je. Aku tengok dia makan berselera bukan main. Komen : Dia cakap soooooooooooodap!! 


Inilah gerai dia. Sempena Himpunan Jutaan Belia ... hari ini last!! Lepas nie tataulah mana nak cari burger nie. Kalau korang nak pergi hari ini, boleh cari gerai nie dekat Wisma Tani ye ... gerai nie betul-betul depan bangunan Wisma Tani tu!! Kalau pergi, jangan lupa try. Tapi, kalau sedap kat mulut kami tak semestinya sedap dekat mulut korang ye dak?? Mulut lenlain!!


 Teruskan perjalanan semalam, Si laki sibuk nak beli keropok leko ... dekat kios leko-leko. Nampak cam best .. siap ada Black pepper leko dengan leko cheesy mayo!! So, belilah semangkuk yang medium untuk merasa. Merasa beli medium ... kalau tak merasa ... double big kot!!


Tapi aku rasa juga ... he he he ... 2-3 ketul lagi bantai!! Komen : tak sesedap mana pun ... rasa kepok leko nie cam oily semacam, banyak tepung je ... Si laki jelah makan sampai habis. Dia yang nak beli. Aku cuma merasa je. Aku tak sabaq nak pi Terengganu ... nak makan kepok lekor yang lagi best dan banyak ikan!!


Sekian, dipaparkan menu pilihan sempena HBN!! Kalau korang nak merasa menu pilihan aku nie ... terjah hari ye. Hari ini last day!!!







CK : Alhamdulillah, hari ini berat aku dah jadi ngam-ngam 58kg!! Nak pi cari penimbang baru dekat Cosway nanti. Sukeeeeeeeeeeeeeeeeeee



No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!