Cerita pasai menu dinner malam tadi. Semalam aku melepek kat rumah sensorang ... hati bara sebab si MB asyik balik kampung kerana ada aktiviti kemasyarakatan. Meeting sana sini. Aku rasa dah dekat 3 months dia asyik balik ... hu hu harrruuuuu kepala hotak aku nie memikirkan tapi aku nie kejap je fikir lepas tu dah buat tatau!! Asal ko bahagia ... aku ok je, but esok-esok aku membising kat telinga ko kena layan. ha ha ha.
Disebabkan kebosanan tahap ke-7 rasanya, aku pun apa lagi ... siap-siap dan merempit pergi Pasaraya Darussalam dekat Presint 9. Dalam kepala nie dah plan nak beli apa ... sebab menu dah terpaku rapi dekat kepala nie! Aku nie memang pantang dok sensorang dah tu bila bosan melanda, mulalah fikir nak masak memacam. Nak baking ... tak boleh sebabnya tengah atkins kan. Asyik baking tapi aku tak makan pun tak best jugak. So, dalam kepala memang dah ada menu yang aku boleh makan.
Sebelum pi pasaraya ... aku dah google recipe, then ubahsuai sikit recipe tu ikut kesesuaian tekak aku. Aku cilok dan ubahsuai recipe dari Kak Rose Seripayaku. Sorrylah kak, recipe kak tu saya dah tambah nama sket ... he he he. Maaflah menderhaka kat recipe akak. Meh layan, aku rasa recipe nie sesuai dengan pengamal diet atkins macam aku. Jom check recipe dulu ...
RESEPI : AYAM PANGGANG HALIA CILI API (Asal nama ; ayam bakar halia)
SUMBER : KAK ROSE (SERIPAYAKU)
OLAHAN : CIK KAMOO
Bahan Utama:-
- 1 ekor ayam (saiz sederhana) (aku just guna 2 ketul ayam bghn paha saiz besau)
- 1 sudu besar kicap cair (aku guna 2 titik je - atkins takleh makan kicap banyak!)
- 1 sudu kecil gula (aku guna secubit ... atkins gula tak boleh juga!)
- 1 sudu besar minyak masak
- 1 batang serai
- garam secukup rasa
Bahan Kisar:-
- 4 inci halia
- 3 ulas bawang putih
- 3 ulas bawang merah
- 1 sudu besar lada hitam (*akak letak 2 sudu kecil yg dikisar) - aku pun ikut kak rose
- 1 sudu kecil serbuk kunyit (*akak guna 2 cm kunyit hidup) - aku pun ikut kak rose
- 2 tangkai cili merah - aku kurangkan dari yang asal
- 6 biji cili api kampung - aku tambahkan
Cara Memasak:-
- Ayam dipotong 4 dan dibersihkan. Toskan. (aku guna 2 ketul peha ayam saiz besar).
- Gaulkan kesemua bahan kisar dan bahan utama, perapkan ayam selama beberapa jam (saya perap sejam je).
- Kemudian susun ayam dalam loyang pembakar yang telah disapu minyak masak. (*akak tumis sekejap lebihan bahan perap dan masukkan ayam, masak hingga kuah agak pekat, ni kes nak cepat eh...) - aku follow sebiji mcm kak rose, tumiskan dulu
- Lepas tumis masukkan ayam ... then masukkan serai yang telah dititik.
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200 C selama 30 minit atau sehingga kelihatan garing. (*Akak guna api atas bawah selepas 15 minit pertama dan sambung bakar).
- Hidangkan bersama salad dan timun.- aku hiaskan dengan daun sup dan tomato je
Siap dihias dan siap juga untuk dimakan!
Closed up sket, kasi korang terliur!! Rasa pedas-pedas dia memang sedap. Kalau korang tak suka pedas tak perlu letak cili api ye. Just follow je recipe asal. Seketul nie aku sorang je makan, yang seketul lagi adik aku balik kelas ... dia pulak ngap! Memang makan ayam je semalam. Lepas nie aku nak buat lagi. Sebab sedap sangat recipe dari Kak Rose nie.
Buat Kak Rose, recipe nie sangat sedap ... terima kasih kongsikan di blog akak. Lepas nie boleh godek-godek recipe best dekat blog akak lagi. Thank you so much kak!!
Korang plak ... jangan lupa mencuba, bahan-bahan dia simple je pun. Rugi tak try tau.
CK : Puashati dapat makan ayam ... hehehehehe
boleh la cube lepas ni
ReplyDeleteamboi.nampak sedap.
ReplyDeletesedap la tgk....mcm ala2 western pun ada ni
ReplyDeletesalam ziarah,nampak sedap ayam ni..teruja lak kakpinat nak membuatnya..tunggu!
ReplyDelete