Sunday, May 13, 2012

PAMERAN RAJA KITA - ISTANA NEGARA LAMA, KUALA LUMPUR

Assalamualaikum ....





Sebelum nak cerita panjang-panjang dekat korang, aku nak betulkan fakta pada entry aku sebelum nie! Pameran Raja Kita bukan berakhir pada 15 Mei 2012 ye, tapi akan berakhir pada 15 June 2012! So, sesape yang belum melawat lagi, anda ada tempoh sebulan dari sekarang!


Keputusan untuk melawat ISTANA NEGARA LAMA nie diputuskan bila memasing tak pernah masuk Istana Negara. Lalu depan istana tu adalah! Sebagai rakyat biasa, of course la teringin nak masuk istana negara kan kan. Kalau kahwin dengan anak raja sonanglah, ari-ari den masuk istana ar, tapi bukan istana negaralah... keh keh keh! Okeh yang tu gurau je. Takde anak raja pun yang sudi masuk minang ai!


Hari nie, aku melawat Istana Negara Lama dengan Si MB dan juga family adik dia. Aku nie leka je melayan anak buah si MB yang suka berlari sana sini. Nasib baik adik dia yang nie ada anak sorang je. Bukan main ligat lagi dia ke sana ke mari. Lagipun si kecik nie duduk rumah je sebab mama dia surirumah, sesekali dapat kuar .... memang rancaklah dia berlari!!


Aku pada mulanya memang excited nak melawat masuk Istana Negara nie. Memang excited terlampau aku rasa. But ... bila pergi, aku ingat boleh melawat keseluruhan istana, rupanya tak! Melawat dekat Balairong Seri je. Alah, tempat yang korang boleh tengok dekat TV bila ada majlis penganugerah yang Agong setiap kali Hari Keputeraan. Ermmmm ada perasan kecewa di situ sebab hanya boleh melawat satu bahagian je dalam Istana Negara. Yelah, dulu pi Istana Seri Menanti .... semua boleh tengok ... tempat tidur, ruang tamu, balairong .... macam-macamlah! 


Sebelum aku share segala gambaq, aku nak bagitahu sket bahawa Pameran Raja Kita nie hanya menunjukkan alat-alatan kebesaran diraja, pakaian dan gambar-gambar Agong sekarang ... yang berasal dari negeri den, Kedah! Okeh, aku bagi info sket kot korang nak pi melawat juga.


PAMERAN RAJA KITA
16 APRIL HINGGA 15 JUNE 2012
9.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG
MASUK PERCUMA
CAMERA : RM3.00
CAMERA VIDEO : RM5.00/RM10.00 (ADA 2 JENIS VIDEO)


 Jom layan gambar ...




Ramai budak tadika dan budak sekolah pergi pameran nie ... bukan main suka lagi depa semua nie
 

Perkarangan Istana Negara .. tak seluas mana pun. Tapi depan dia ada 2 air pancur ...


Main entrance balairong seri ...semua beriya nak ambik gambar. Kena tunggu turn!!


Isi buku tetamu dulu sebagai kenangan .... penting nie! Setiap kali pergi muzium ke hape ke mesti nak tulis nama dekat buku pelawat! 


Antara ruang pameran ...


Lampu yang cantik nie pun aku snap juga. Terujalah katakan .... ngeh ngeh


Antara ruang pameran


Haaaa inilah lokasi yang aku tunggu, kat kerusi diraja tu! Selalu tengok dalam TV je, sekali nie tengok live ye anak-anak. Aku ingat ruang nie luas macam dalam TV tu, rupanya ruang dia tak luas mana pun.



Ada lagi gambaq, nanti aku sambung. Mata aku dah mengantuk. Aku nak pack baju aku sat pastu nak iron baju untuk esok then nak pi tidoq. Serius sangat mengantuk dan penat. Cerita jenjalan istana nie kalau ada masa aku sambung esoklah. Kalau tak sempat esok, 2 hari lagi baru aku update. Aku akan berada di luar kawasan untuk tempoh 2 hari nie.



Okeylah ... thanks for reading this entry ya ...




CK : Letih sangat sebab seharian berjalan sana sini.


 




6 comments:

  1. sorry,xprsn entry ni..yeay!!!dh dpt tgk dh..tq kak..:)

    ReplyDelete
  2. salam akak, kalau nak salinan copy picture yg tak de tulis nama blog akak blh tak??? nak buat untuk project laaa, kalau blh, email ke kinhaifa_89@yahoo.com ok???

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Boleh je, nti akk kena cari folder lama tu dulu ya. If ada, akk akan emailkan.

      Delete
  3. slm Cik Kamoo, sy nk mintak copy pic kak blh tak??? tp tak nak yg ade tulisan nama akak, nak buat project...lawa akak amik,blh ke??? kalau blh email ke kinhaifa_89@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. salam akak, kalau nak salinan copy picture yg tak de tulis nama blog akak blh tak??? nak buat untuk project laaa, kalau blh, email ke kinhaifa_89@yahoo.com ok???

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!