Dah lama giles babas aku tak update pasal Edisi J.O.M! Dah buat lupa pasal salah satu slot yang menjadi kegemaran aku diblog nie. Ini semua gara-gara mood tengah menguruskan badanlah, jadi no makan-makan walau jenjalan tu masih ada!
So, bila ada je tempat makan menarik yang aku terjah semasa cheat day la konon ... kali ini dengan sukahati aku bawa korang makan-makan jauh dari KL dan Putrajaya. Tempat nie dah femes dan emes sebab dah masuk tv bagai. Sure semua dah tahu, tapi tak sure adakah semua orang dah pernah sampai sana kan? kan?
Kali ini aku bawa korang pi makan mee udang! Kat mana?? Of course dekat Kampung Menteri, Kuala Sepetang Negeri Perak Darul Ridzuan!! Tempat yang dah gah tu ...
Aku dah cakapkan sebelum nie, yang aku pergi Cameron dan balik kampung kat Kedah sana. So, hari ke-3nye on da way balik KL, walaupun dah petang sangat ... kami decide untuk singgah makan mee udang dekat Kuala Sepetang. Rasanya ini dah kali ke-2 or ke-3 singgah makan dekat sini. Time singgah tu dah kul 5pm rasa. Dalam hati nie, surelah sampai KL nanti lewat malam lagi sama cam sampai Kedah aritu. hu hu. Tapi disebabkan ada peneman di sebelah, rasa macam ok kot singgah makan dulu. Sesaja nak datang makan memang tak leerrr!!
Dari highway PLUS menuju ke selatan, kalau tak salah aku ... kami keluar kot Changkat Jering kot .... ha ha ha dah lupalah!! Yang aku ingat lepas tol Changkat Jering (kot) belok ke kanan dan straight je sampai korang jumpa nama tempat bernama SIMPANG! Nanti korang akan nampak bangunan yang dekat bumbung dia tulis MEDAN SIMPANG, haaaa belok ke kiri ye ... dari situ nak ke Kuala Sepetang lebih kurang 11km!
Dah masuk ke Kampung Menteri tu, korang akan lalu depan KOTA NGAH IBRAHIM. Kami singgah juga sekejap tapi tak dapatlah nak masuk sebab dah petang sangat. TUTUP sudah! Then korang teruskan ajelah perjalanan ... lalu kek umah orang kampung, hutan bakau bagai ... sebelum jumpa Warung Mee Udang Mak Jah nie, korang akan jumpa Warung Mee Udang Mak Teh dulu, lepas tu Warung Pak Hashim then barulah jumpa Warung Mee Udang Mak Jah nie. Warung Mee Udang Mak Teh pun kami dah pernah try sebelum nie. Kejap lagi kita compare mana yang lebih sedap dan enak di mulut kami ye.
Haaa, kita dah sampai pun dekat warung mak jah nie. Masa sampai sana, orang tak ramai pun ... dalam kul 5.30 petang kot sampai. Duduk kejap then amik order ... kami tak order mee udang ye. Tapi order mee goreng udang! Berdasarkan pengalaman lalu (cheewaaah) mee goreng lebih sedap dari mee udang yang berkuah tu! he he he. So, aku pulak just oder udang goreng kunyit special katanya. Harga dalam RM12.00!
Bila tanya apa bezanye antara yang biasa dah special?? Yang biasa .... biasa, dan yang special adalah special la!! Eh tak ... dia tak jawab macam tu. Kalau jawab camtu, terbalik meja kot. ha ha ha
Pekerja kat situ cakap, "Yang special nie semua udang besar-besar! Dan yang biasa nie udang saiz sederhana!". Okeh, skrip ko same ye kan dengan pekerja dekat branch mee udang mak jah kek Wangsa Maju tu. Takpe kita tengok apa komen kami tentang special dengan biasa nie!!
Aku lupa pulak nak ambil gambar compare saiz udang berkenaan. Tapi takpelah, cerita aje apa yang aku lalui. Udang kunyit aku special punya, tapi .... cuma ada 2 ekor udang bersaiz besar dan dia campur 6 ekor udang saiz sederhana. Itu realiti. Tadi cakap lainkan, kata semua udang besarkan! Baguslah koooooo ... rasa dia sedap, cuma tang udang tu buat aku sedikit loya kerana kurang masak. Lepas makan sekoq udang, asyik minum air limau tanpa gula!! Kalau masak bebetulkan mesti lagi sedap rasanya. Aku bukan Jepun nak makan mentah bagai nie ... he he he
Dan si MB pulak, order mee goreng udang special. Harga RM11 kot. Eh! Dah lupa jugak, makan kerengga banyak nie! Mee goreng dia sedap dan lebih sedap dari yang cawangan Mak Jah dekat Wangsa Maju tu. Sama macam udang kunyit tadi, udangnye kurang masak juga. Tapi si laki nie dia tak kisah ... telan je namun mulut tetap complaint .... "eh! udang dia cam tak masak sangat kan??!"
Aku pun rasa juga mee goreng tu dalam 2 sudu. Si laki cakap ... "rasa je sikit mee nie, balik kang kempunan ... kita pun taktau bila nak datang sini lagi!".
"Aaaai....aaai chep!!". ha ha ha, makanya aku pun telan jugalah 2 sudu. Tak dinafikan memang sedap mee goreng dia. Mee tu macam mee yang dibuat sendiri bukan dibeli. TAPI .....
Si laki sambung lagi komen dia, "mee goreng udang dekat Warung Mee Udang Mak Teh lagi sedaplah, rasa dia memang kick dan udang dia pun sama saiz dan juga cukup masak!!". Si laki cakap, walaupun warung mak teh tak masuk tv, but rasa dia masih lagi terbaik!! Perbandingan!!!!
Aku pun rasa benda yang sama. Sampai hari ini masih tak lupa kesedapan mee goreng udang dekat warung mak teh tu. That day, pergi warung mak jah sebab nak trylah ... "adakah ia benar2 sedap bagai dikata!!". Bagi aku masih sedap jika nak dibandingkan dengan cawangan di Wangsa Maju tu.
Korang pun kalau sampai ke Kuala Sepetang ... jangan lupa singgah makan mee udang ye! Sesekali kena juga ubah rasa tekak tu. Terpulanglah korang nak pilih warung mana satu. Yang nie korang bleh tepuk dada tanya selera ... mana nak pi!
Sila cuba ... jangan tak cuba!!
CK : Kalaulah udang tu masa sepenuhnya, pasti rakus aku makan!!!
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)
MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!