Saturday, May 5, 2012

SCHA SELAMAT MENJADI ISTERI AWAL ASHARI

Assalamulaikum ...





Semalam, ASTRO dikatakan akan buat siaran live mengenai pernikahan Awal Ashari dan Scha. But, aku tunggu takde pun! Dah 1Malaysia kena tipu dek Astro nie. Mentang-mentanglah dia kongker semua, senang-senang je tipu menipu rakyat 1Malaysia. Haish ... geram aku. Aku benarnya tak pueh hati ngan Astro nie, member aku yang sorang dekat office pun dah boikot Astro. Dah potong line dah pun. Katanya buat apa nak bazir duit bayar ke Astro lagi, balik-balik ulang citer yang sama lepas tu service tax dia kenakan kepada kita sebagai customer, sedangkan Kerajaan kenakan tax tu dekat dia untuk dia bayar bukan customer yang bayar! Tengok ... cerdik tak cerdik Astro nie!! 


Service Astro pun dah tak bagus, baik tengok siaran free je bak kata kawan aku. Duit yang bayar Astro tetiap bulan tu masukkan dalam ASB, tunggulah 20 tahun lagi apa akan jadi. he he he, orang kaya selalu berjimat cermat bak kata Tuan Mydin (Di Sebalik Tabir Mydin), so ... perlu ke aku buang Astro untuk jadi kaya! ha ha ha ... cam sengal plak ayat nie.


Okeylah, sambung pasal pernikahan Scha dan Awal, Alhamdulillah dorang dah selamat dinikahkan malam tadi. Scha pun dah jadi isteri orang dan Awal jadi suami orang. Eloklah tu, bercinta lelama pun kadang bermacam ranjau dan duri perlu dihadapi. Kalau dah nikahkahwin, ranjau dan duri boleh dilalui bersama bila ada ikatan sah serta halal tu lebih kukuhlah hubungan serta komitmen menghadapi apa sahaja tu lebih tinggi! Kalau orang tanya aku, aku sebenarnya tak suka prinsip bercinta lelama dan makan tahun nie ... bagi aku suatu benda yang buang masa dan memenatkan! But, semua itu bergantung kepada ketentuan Allah jua. Kadang, ada yang jumpa 3-4 bulan terus nikah, kadang ada yang bercinta bagai nak rak 7-8 tahun baru nak sampai seru nikah. Maybe tengah kumpul duitlah tu. 


Macam aku pernah bercinta sampai 3-4 tahun, last-last orang kebas! Aku pun dah blurr kejap time tu. Aku taknak cinta lelama tapi fikir plak takkan aku nak pi meminang dia kan kan kan!! Itu cerita lama, memasing dah dapat balasan Allah, moga ada yang ambil iktibarlah hendakNya. Aku pun dah lama tutup cerita tuh walaupun tak tutup rapat sangat sebab nk jadikan peringatan buat diri sendiri pada masa akan datang. Putus cinta tu benda biasa, tapi akan jadi luar biasa kalau kita tak dapat kawal emosi dan rasa kecewa. Macam-macam boleh kita buat tanpa sedar! So, sesape yang putus cinta tu ... banyak-banyaklah bersabar serta tabahkan hati. Percayalah, jika Allah sememangnya tentukan dia buat kita sebagai jodoh, orang ambil macam mana pun dan terpisah macam mana pun Allah tetap akan kembalikan dia pada kita. Mungkin perpisahan sementara itu adalah ujian untuk melihat diri kita kuat atau tidak untuk menghadapinya!


Tapi kalau dah dapat yang lebih baik dari sebelum nie, tak payahlah terhegeh-hegeh nak terima pada yang blah dari hidup korang sebelum nie plak. Korang boleh je lantun dia bila-bila masa .... ha ha ha jahat giler aku! Cinta, kasih dan sayang nie benda subjektif ... susah nak ulas lebih lanjut sebab masing-masing ada pemahaman sendiri. So, dah besar nie ... bijak-bijaklah fikir sendiri ya!!


Aku pula, seronok bila dengar cerita orang sana nikahkahwin dan orang sini pun nikahkahwin! Semoga semuanya berkekalan bukan sahaja sehingga anak cucu tetapi sehingga ke syurga sana! Amin ...


Aku?? Tunggulah, dah sampai seru nanti dan bertemu jodoh adalah. Usaha-usaha dah, skang doa dan tawakal ajelah. Kalau Allah nak beri, Dia tetap akan beri. Relax-relax sudah. Aku sibuk berdiet nie pun orang dah syak wasangka aku nak kahwin .... eh! orang kahwin je ke sibuk berdiet?? Cer habaq mai kat aku sket .... Tapi kalau aku nak kahwin pun apa salahnye kan ... benda baik la beb!




Tahniah Scha n Awal! (Bila aku tengok pic Scha nie, tak nampak seri pengantin dia. Cam biasa-biasa je muka dia cam selalu berlakon. Selalu kalau pengantin akan naik serinya!)







Gambaq yang nie ... Scha nampak berseri!! Baru ada seri pengantin. Memang sepadan dorang ni. Semoga Bahagia Scha dan Awal!







CK : Hidup perlu merancang, tapi tak semua perancangan itu berjalan sebaik yang kita harapkan.

1 comment:

  1. lepas ni jgn lupa ltk gmbr sy kawin lak ye...hehehehe..:)

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!