Tuesday, May 31, 2011

Try Update Melalui Email ...


Assalamualaikum …

CK dapat tutorial dari blog Ardinihumaira (http://www.ardinihumaira.com) pasal update melalui email. Terus CK cuba. Kalau menjadi memang senanglah CK nak update blog lepas nie.

Adakah CK sorang je yang tahu pasal hal ni? Sedang menjakunlah kalau CK baru tahu. Ha ha ha. Nampak sangat ketinggalan ERL. Bloggers lain dah lama guna, CK baru nak terkial-kial nak belajar update dengan email.

Percubaan pertama … berjaya atau tak?? Kalau korang sedang baca entri ini maknanya berjayalah update dengan ini email nie . hahaha


CK : Kalau busy terlampau lepas nie, terpaksalah CK autopublish segala entry untuk korang. Maaf ya! Tapi blogwalking tetap dijalankan ….

Selamat Pagi Kawan! Mulakan Hari Dengan Rasa Yang Positif

Assalamualaikum ...

Selamat pagi friends! Jangan lupa breakfast pagi nie sebab ia sangat penting untuk memulakan hari yang indah. Setiap hari kita kena memikirkan ia indah dan membahagiakan. Kalau kita berfikiran sebaliknya, maka sebaliknya jugalah yang akan berlaku. Kita adalah apa yang kita fikirkan. Lagi satu, jangan lupa senyum kerana ia adalah sedekah tanpa perlu menggunakan duit atau sebarang harta benda. Mudahkan? 

Dalam hidup ini kita melalui bermacam-macam perkara yang kadangkala menyentap seluruh hari kita tanpa kita sedar. Ada juga masanya kita melalui sepanjang hari dengan senyuman dan kegembiraan. Perasan atau tidak kalau kita gembira dan sentiasa senyum ... semua kerja kita pada hari itu akan menjadi mudah! Kalau semuanya mudah pada hari berkenaan jangan lupa berterima kasih kepada Tuhan!

Mulakan hari dengan minda yang positif untuk menjadikan diri kita lebih tenang dan gembira! Dan jangan lupa membaca Surah Al-Insyirah  setiap pagi. Mak saya pesan surah ini akan membantu mempermudahkan urusan hidup kita. Dengan siapa lagi kita nak meminta, tentulah hanya pada Allah bukan?? Kita hamba dan Dia Tuhan. Maka hanya pada Dia kita menadah tangan.



CK : Awal pagi ni datang kerja, harap2 hari ini lebih baik dari semalam.

MAD - Bouquets are too pricey? Learn flower arrangement!

Assalamualaikum ....


MAD Deal of the Day: RM168 instead of RM400 for 135 minutes of Hands-on Flower Arrangement Class using Artificial & Fresh Flowers + Ribbon Techniques at Touch of Eden, Wisma Central Jalan Ampang.

Walk into a house and see a gorgeous fresh bouquet as a centerpiece, complimenting the dinner spread? Getting a little jealous yet?

After dinner, on your way out, the host hands you a bouquet as a token to bring back home. Oh yes, now you officially envy them.

Learn to make your own bouquet and be the envy of others the next time you host.


Nak tahu apa dia .... click gambar di atas!! meh click meh ....

Monday, May 30, 2011

Mana Perginya Mood Memasak ... datanglah...datanglah

Assalamualaikum ....

Seminggu ni balik rumah awal je! Tapi tak masak pun. Balik awal sebab nak layan Nora Elena  kat TV3. Nak tengok Seth Tan yang romantik tu. Sweetnya dia 'ngorat' wife sendiri. Buat CK rasa teruja je! ha ha ha. Dah lama CK tak masak. Nak kata makan kat kedai selalu takdalah pulak. 

Sekali buka folder pic CK, terjumpa pic masak asam pedas ikan kembung dengan timun! Perghhhh terus rasa lapar. Tapi mood masak entah ke mana pergi. Mungkin sebab barang dapur banyak yang belum  beli lagi kot. Tu yang ke laut jer mood masak memasak nie.


Asam pedas ikan kembung nie CK masak awal bulan hari tu! Perghh dah lama. he he he. Ingat nak buat entry Dari Dapur CK, tapi malas. Sorry! Tukang masak separa profesional nie skang belum capai mood nak buat entry masakan yang ala-ala simple!

Tengok asam pedas nie buat perut rasa lapar sangatlah pulak. Esok plan nak puasa sampai hari Jumaat. Tapi tak tahulah menjadi ke idak. Harap-harap jadilah. He he he ...

Eh! korang dah dinner belum? Masak sendiri ke makan kat luar jer??



CK : Nak masak apalah malam nie??

Perceraian selesai banyak masalah wanita

Assalamualaikum....

Incik Babah emailkan sesuatu bagi mendapat pandangan saya. Soal penceraian. Nak jawab tak jawab ada serba salahnya kerana artikel yang diberi bertajuk "Penceraian selesai banyak masalah wanita!". Saya belum berkahwin. Terkebil juga saya ingin memberi pendapat peribadi ...! Artikel seperti di bawah.




KOTA BHARU: Umat Islam tidak harus melihat kadar perceraian yang tinggi di negara ini satu perkara negatif kerana perpisahan suami isteri mengikut lunas undang-undang itu, sebenarnya mampu menyelesaikan banyak masalah dihadapi wanita.

“Saya melihat perkara ini (perceraian) daripada aspek positif iaitu masyarakat Islam kini sudah sedar dan celik undang-undang, boleh menyelesaikannya mengikut lunas yang dibenarkan Islam,” kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Katanya, perceraian pasangan Islam setiap 15 minit di negara ini menggambarkan satu kesedaran bahawa banyak kes yang tidak menemui jalan penyelesaian sebelum ini, sudah diselesaikan melalui lunas undang-undang.


“Kita jangan lihat perceraian itu satu perkara yang teruk sangat kerana ia perkara yang halal, malah perceraian itu sebenarnya mampu menyelesaikan banyak masalah yang dihadapi kaum wanita,” katanya selepas majlis pelancaran Karnival Halal Kelantan 2011, di Kompleks Islam Darulnaim, di sini, semalam, yang disempurnakan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra.

Beliau mengulas mengenai kenyataan yang dibuat Mac lalu ketika merasmikan sambutan Maulidur Rasul di Putrajaya, dengan menyebut perangkaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 2009, menunjukkan purata pasangan Islam yang bercerai mencatatkan rekod mengejutkan iaitu satu pasangan bercerai setiap 15 minit.

Berdasarkan rekod JAKIM pada 2009, menunjukkan perceraian terus meningkat setiap tahun dan ia mencetuskan kebimbangan mengenai keharmonian rumah tangga terutamanya golongan muda.

Ditanya sama ada berlakunya perceraian seperti itu disebabkan kekurangan hakim, Mashitah menafikannya dan menegaskan banyak kes sudah diselesaikan. 

“Memang tidak dinafikan, setakat ini kita memang memerlukan banyak lagi hakim bagi menyelesaikan kes, namun banyak kes dapat diselesaikan dengan mengadakan perbicaraan pada waktu malam atau hari cuti selain ditambah dengan hakim perempuan,” katanya.

Beliau berkata, berlakunya kes perceraian membabitkan pasangan Islam disebabkan suami dan isteri masing-masing tidak memahami tanggungjawab serta ilmu berumahtangga.

“Dalam kajian yang kita lakukan, perceraian berlaku bukan disebabkan ketidakseragaman undang-undang syariah, namun ia membabitkan pasangan berkenaan iaitu tidak memahami tanggungjawab selain kurang ilmu rumah tangga,” katanya.


Apa pandangan anda…(Permintaan Incik Babah)


Dan ini pendapat saya dan telah diemailkan kepada dia. Sampai petang ini masih belum menerima sebarang respon lagi dari dia.

"Ini pendapat peribadi yang diajar oleh mak saya sekian lama. Jadi saya masih memegang pada perkara yang diajar oleh mak. Apapun ia terpulang kepada individu itu sendiri.

Penceraian itu memang halal tapi perkara yg Allah tidak suka. Dan bila isteri minta cerai atas sebab2 yg tak munasabah …bergegar tiang arash!

Bg saya…kalau suami tu tak bertanggungjawab, abai nafkah zahir batin, pukul isteri dia ikut suka sampai menyebabkan kecederaan … itu memang tak patut. Tak ada pun dalam hukum si suami boleh pukul isteri ikut suka hati dan keterlaluan sehingga menyebabkan kecederaan.  Selama mana seorang isteri perlu hidup menderita kalau macam tu. Kahwin hanya untuk dapat sakit, baik tak perlu ada sebuah perkahwinan. Hukum pun cakap kita tak boleh kahwin untuk menyeksa oranglain. Berdosa. Hidup manusia nie sekejap sangat kat dunia nie, takkan hari-hari si isteri perlu menangis dan menanggung derita sampai mati.

Selalu kalau ada ceramah kat mana-mana pun kita selalu dengar….isteri kena taat, kena patuh, kena jaga suami, kena tahu masak dan segala macam benda. Senang cakap,  orang banyak bercakap pasal perempuan atau isteri berbanding lelaki atau suami. Tapi orang tak kisah pun kalau suami … tak tahu pun peranan dia sebagai seorang suami. Tak bimbing, didik isteri dan sebagainya.

Kalau suami bijak mendidik dan membimbing isteri ….Insya-Allah akan ada benefit dunia dan akhirat. Terpulanglah pada nakhoda kapal tu macam mana … kalau kapal tu penuh dengan kejujuran, kepercayaan, kesetiaan, tahu peranan masing2 dan rasa tanggungjawab, Insya-Allah kapal itu akan sampai ke destinasi yang hendak dituju dengan selamat. Kadang2 kita tgk sesetengah perkahwinan itu bahagia, walaupun hidup dia susah … sebab masing2 sedar tanggungjawab dan peranan masing2.

Apapun kita sebagai manusia nie hanya berusaha dan merancang menjadikan sesuatu itu lebih baik … selebihnya ada dalam genggaman Allah dan Dia yg menentukan. Kalau baik yang kita minta, Insya-Allah baik juga yang Allah beri. Doalah perkara yang baik hari-hari….tak dapat hari ini mungkin esok kita akan dapat. Kalau tak dapat apa yg kita minta mungkin Allah gantikan dengan benda lain yg kita tak sedar. Dan jika tidak dapat juga mungkin Allah ingin uji kita sejauh mana keimanan yang kita ada.

Saya tidak tahu perkahwinan itu sebenar-benarnya kerana saya belum menempuhi. Tetapi setakat memandang dan mendengar belum cukup selagi belum lalui dengan diri sendiri. Kalau ada cara baik selamatkan perkahwinan….mungkin penceraian itu tidak perlu!. Kadangkala penceraian tidak menyelesaikan masalah, tetapi menambah masalah. Kerana ego masing-masing kita merasa penceraian jalan terbaik yang ada... mungkin!".




CK : Itu pandangan saya pada dia berkaitan artikel berkenaan. Tak lebih dan tak kurang sebab saya tak berani nak komen lebih jauh jika sesuatu itu melibatkan hukum. Saya ada beli satu buku perihal perkahwinan yang sangat baik dijadikan panduan buat wanita bergelar isteri atau bakal bergelar isteri. Insya-Allah akan dikongsi kemudian.

Jalan, Order dan Makan : Medan Selera Presint 16, Putrajaya

Assalamualaikum ...

Himpunan Sejuta Belia Putrajaya pun dah berakhir! Yes ... aman balik Putrajaya. Pagi-pagi CK nak bawa korang pergi makan. Ini cerita petang semalam selepas penat berjalan di Himpunan Sejuta Belia, kami semua terus lepak kat Medan Selera Presint 16, Putrajaya. Mula tu minum-minum je! Tapi ada pula yang teringin nak isi perut sebab penat berjalan perut pun jadi lapar.

Masing-masing sibuk mengorder! Ada yang makan maggi goreng, roti canai dan mee sup. Best jugak tengok. CK makan maggi goreng je. Tapi Inchik Babah, CK suruh dia order nasi goreng USA. Inchik Babah order nasi goreng nie dari Gerai No. 5 (Signboard dia Zailan).

Bukan nak cakaplah! Mula masuk mulut jer Inchik Babah cakap ... sedap nasi nie! Cer rasa ...cer rasa!  Lembut , wangi dan rasa semua cukup. Daging merah dia pun lembut dan senang nak makan. Terus CK snap gambar. Pastu CK plak yang rasa .... memang sedap!! Dulu-dulu CK suka lepak kat medan nie. Tapi sekarang dah kurang sangat-sangat. Banyak masa kat office dan rumah je.

Inilah rupa NASI GORENG USA tu!


Kalau korang nak datang makan kat Medan Selera Presint 16, Putrajaya nie ... datanglah! Boleh menjamu selera sekali. Bawa kawan-kawan dan family. CK kalau nak order masakan panas mesti order kat Gerai No. 5 nie ... roti canai dia pun sedap. Lagi yang best kat sini adalah nasi kerabu Kelantan dan sup ekor ... perghhh terbaik dari ladang lembu!


Jangan lupa tau pergi makan ... destinasi bajet nie CK bagi kat korang!!


CK :Sepah Putrajaya .... Hari Belia punya hal

Sunday, May 29, 2011

Traffic Meningkat Walau Ditinggalkan Seharian! Terima Kasih Pembaca ...

Assalamualaikum ...

Seharian CK tinggalkan blog ni di hari cuti yang best ni. CK cuma update jam 7.50 pagi. Lepas tu langsung tak jenguk blog dah. Inchik Babah ajak CK temankan kawan dan cik tunang kepada kawan Inchik Babah jalan-jalan kat Himpunan Sejuta Belia. Nak tak nak suka tak suka kenalah CK temankan sebab CK pun kenal cik tunang kawan Inchik Babah tu. Kata tak suka jalan-jalan kat event ramai macam nie, tapi sebab dah jadi penghuni Putrajaya kenalah layan kawan-kawan yang teruja dengan setiap event yang dijalankan di sini. Kerana berjalan-jalan di Himpunan Sejuta Belia terpaksalah abaikan blog dan tak dapatlah nak blogwalking. Dah lama sangat CK tak bw! Rindu seeeeh!

Selalunya blog CK ni kalau ditinggalkan traffic dia tak adalah hebat sangat. Biasa-biasa je. CK akui traffic blog nie memang tak hebat ... sehari ada dalam 40 hingga 60 UV sahaja. Memang ala kadar sahajalah. Macam CK dah bagitahu sebelum ini, memang CK tak mampu nak bagi 50% komitmen terhadap blog. Ada masa terluang ... ada idea baru Ck akan update. 

Untuk hari ini CK tak sangka boleh dapat UV sebanyak 102 sehingga 7.00pm. Tapi UV bloggers lain mesti lagi hebat dari CK kan?? CK dapat UV 3 angka macam ini pun dah seronok! Jadi bersemangat untuk terus berblog. Satu benda dalam kepala ini, "Ada juga yang baca blog picisan macam ini". Apapun CK harap blog ini boleh bagi sesuatu yang pembaca kehendaki. Bukan semata-mata blog kosong dan suka-suka. Setiap apa ilmu baik yang CK ada Insya-Allah akan dikongsi sebab blog ini diwujudkan bukan untuk tujuan personal sepenuhnya. Personal tu ada jugak ... cuma sekadar lalu sahaja. 


Ini buktinya ... UV 102!
Tidak sehebat mana tetapi tetap memberikan semangat untuk terus menulis!


Dengan UV 100 lebih ini, buat CK tersenyum hari ini. CK belum letak target berapa UV akan dapat sehari. Buat masa sekarang nak menulis sesuka hati sahaja dan tak mahu terikat sangat dengan komitmen berblog. Apapun CK akan cuba update sekurang-kurangnya 1 atau 2 entri sehari. Terima kasih kepada yang berkunjung dan meninggalkan komen. Jasa pembaca dan bloggers lain yang singgah di sini amat-amat dihargai. Agaknya yang berkunjung blog CK hari ini tak join Himpunan Sejuta Belia kot ... he he he!



CK : Ada gambar Himpunan Sejuta Belia ... akan diupload kemudian!

Cara-cara Dapat Buffered Earnings a.k.a Pendapatan Terumpuk Dari Mr. Nuffnang

Assalamualaikum ....

Nasihat dari pihak Nuffnang untuk cara-cara dapat buffered earnings (BE). Penjelasan dari Anne Cheah, Blogger Relation. CK try hantar ticket nak tahu macam mana cara untuk dapat BE. Tak tahu kena tanya ye tak? Ticket berkenaan telah direply oleh Anne Cheah. Dan CK nak kongsi sama-sama dengan korang. Moga-moga korang boleh praktikkan apa yang disampaikan oleh pihak Nuffnang nie. Pagi-pagi lagi dah kasi korang mood luarbiasa untuk terus berbloggingkan. Namun, apapun betulkan niat berblog tu dulu ... he he he



"Sebenarnya, apa yang anda cuba maksudkan ialah kempen CPM, bukan "Buffered Earnings". Buffered Earnings, Metered Earnings, etc sebenarnya hanyalah istilah yang digunakan untuk kempen CPM.

Untuk mendapat ruang "Buffered Earning" pada "Earnings" anda, pertama sekali anda haruslah dipilih oleh Pihak Pengiklan (Advertisers) kami untuk membuat kempen CPM bagi pihak mereka. Terdapat beberapa faktor yang menentukan peluang anda untuk dipilih untuk kempen CPM. Pihak Pengiklan (Advertisers) memilih blog yang mereka ingin iklankan berdasarkan beberapa faktor seperti berikut :


Disebabkan Pihak Pengiklan (Advertiser) senantiasa mempunyai pasaran khusus untuk kempen mereka, maka mereka akan memilih blog yang mempunyai pembaca blog yang berpadanan sebagai sasaran mereka. Jika pembaca blog anda termasuk di dalam kategori itu, maka peluang untuk anda dipilih untuk mereka adalah sangat tinggi. Kebanyakan bloggers yang tidak mengisi ruang 'survey' yang disediakan dengan betul berkemungkinan tinggi mendapati blog mereka tidak terpilih untuk mendapat kempen atau iklan daripada Advertisers. Ini kerana, 'survey' tersebut berfungsi untuk Advertisers kami mengenali isi kandungan blog bloggers kami dengan lebih baik. Mana-mana blog yang tidak mengisi ruang 'survey' selalunya tidak akan diendahkan oleh Advertisers kami kerana mereka tidak akan tahu jika kempen mereka bersesuaian atau tidak dengan isi kandungan blog tersebut. Oleh itu, kami amat menggalakkan anda mengemaskini laman 'survey' anda dari masa ke semasa untuk menaikkan peluang blog anda dipilih oleh A
dvertisers kami.

Kebersanan penempatan iklan juga sangat penting dalam industri pengiklanan. Pengiklan kami telah menghabiskan banyak wang untuk mencorakkan iklan mereka dan membeli ruang iklan. Mereka perlu memastikan mesej yang ingin mereka sampaikan kepada pasaran khusus mereka sampai dengan efektifnya. Oleh itu, mereka senantiasa akan membeli ruang iklan yang hanya telah dioptimumkan sepenuhnya dan diletakkan pada tempat yang berkesan. Kesimpulannya, anda hanya perlu meletakkan unit iklan anda pada tempat yang sepatutnya dan faktor ini akan memuaskan Pihak Pengiklan.


Sebagai contoh, sesuatu unit iklan "Skyscraper" seharusnya menjadi elemen pertama di sidebar dan bukan di tempat lain. Hal yang sama juga bagi unik iklan "Leaderboard" yang seharusnya menjadi elemen pertama yang dapat dilihat di saat pengunjung masuk ke laman web anda. Manakala, unit iklan "Large Rectangle" pula seharusnya ditempatkan betul-betul di bawah entri pertama anda. Jika unit iklan blog anda tidak mengikut garis panduan yang telah dinyatakan seperti di atas, hal ini akan banar-benar mempengaruhi keputusan Pengiklan untuk memilih blog anda dan berkemungkinan tinggi menyebabkan mereka memilih blog lain.


Selain itu, ruang unit iklan juga memainkan peranan penting bagi Blogger untuk dipilih dalam sesuatu kempen. Semua Pihak Pengiklan kami membuat pembahagian yang sama rata pada ketiga-tiga unit iklan kami iaitu, Leaderboard, Skyscraper, dan Large Rectangle setiap kali mereka beriklan dengan kami. Jika blog anda mempunyai kesemua 3 unit iklan di dalamnya, maka peluang anda untuk terpilih bagi sesuatu kempen adalah amat cerah.


Keahlian eksklusif memainkan peranan dalam kempen iklan kerana Pihak Pengiklan kami lebih cenderung untuk meletakkan iklan mereka pada blog-blog berstatus Glitterati kerana ini merupakan sebahagian daripada program hadiah kami untuk Bloggers kami yang paling setia dengan kami. Ahli biasa masih akan dipilih untuk kempen tetapi dalam angka yang lebih rendah berbanding dengan ahli Glitterati.


Oleh itu, anda perlulah mengambil semua inisiatif untuk meningkatkan peluang blog anda untuk mendapat perhatian daripada Pihak Pengiklan, dengan selalu mengemas kini blog anda, menempatkan unit iklan anda di tempat yang betul, dll. Jika nasib menyebelahi anda, dan Pihak Pengiklan memilih anda untuk kempen CPM mereka, maka peluang untuk anda mendapat beberapa angka di ruang "Buffered Earning" adalah sangat cerah!

Good luck dan selamat berblogging!"


Harap boleh dimanfaatkan oleh bloggers semua. Sekarang ni bila CK blogwalking, banyak blog yang CK jumpa dulunya pakai Nuffnang dan sekarang telah bertukar. Katanya income Nuffnang tak seberapa dan lambat naik pastu susah dapat BE. CK ni pulak malas nak bertukar, so setakat nie walaupun BE tak melambung hebat ... ada jugaklah. Walaupun kadang-kadang kempen pun dapat RM2 atau RM3 je seminggu. Syukur daripada tak ada langsung. Sikit-sikit lama jadi bukit ye tak?



CK : Hari ini hari terakhir Himpunan Sejuta Belia Putrajaya 2011. Semalam tengok dalam TV macam best ... tapi realitinya sesak sangat-sangat! Sampai CK kena pergi office naik motor ... merempit sudahnya!

Cerekarama : Tasbih Cinta Qadijah

Assalamualaikum ...

"Qadijah seorang isteri yang baik (lakonan Jue Aziz). Taat pada suami, Afiq (lakonan Aqasha) serta taat pada perintah Allah s.wt. Sentiasa menyabarkan suaminya bila si suami diberi ujian dengan diberhentikan kerja kerana fitnah orang. Pada masa si suami berbulan mencari kerja tapi masih belum diterima, si suami menyalahkah Tuhan! Anggap Tuhan tidak adil. Anggap Tuhan tidak tolong semasa dia susah. Dan si suami anggap segala apa perintah Tuhan yang dituruti adalah sia-sia. Qadijah sentiasa menyabarkan Afiq dan memberikan Afiq semangat.  Afiq berubah dah menuruti nasihat isterinya. Qadijah menghadiahkan Afiq seutas tasbih dan minta tasbih berkenaan dijaga dengan baik. Akhirnya setelah berbulan berusaha, berdoa dan bertawakal maka Afiq mendapat kerja.

Dalam masa yang sama seekor syaitan bertopengkan manusia Ray ... cuba menghasut dan menghancurkan hidup Afiq. Tak tahu kenapa dan atas sebab apa. Mungkin ini ujian Tuhan untuk melihat sejauh mana Qadijah benar-benar mampu dan tabah hadapi ujian yang dikenakan ke atas suami kesayangannya!

Afiq akhirnya terpedaya dengan umpan Ray dan dia menjadi gigolo. Ray ini adalah syaitan yang berjanji kepada Allah untuk menyesatkan anak cucu Adam. Dan Afiq adalah mangsanya. Afiq menyebabkan isterinya yang baik dan taat itu terbunuh selepas dia menceraikan isterinya. Semuanya gara-gara cinta dia pada seorang wanita yang merupakan isteri orang yang kaya dan cantik (lakonan Rebecca Nur Islam)".


Menarik juga cerekarama nie! Lagu latar dia pun best. Semestinya dari Opick. Ini lagu last dia ... tajuk TAKDIR! Memang takdir sungguh cerita nie ... perempuan yang Afiq tergila nak kahwin tu sebenarnya isteri orang dan merupakan orang Ray jugak. Akhirnya Afiq menyesal tapi dah terlambat sebab Qadijah dah meninggal ... yang tinggal hanya Tasbih! Mungkin sebab tu tajuk cerekarama nie TASBIH CINTA QADIJAH! Cinta yang dibawa sampai mati .... hukhukhuk!


[Opick : Takdir]

Dihempas gelombang
Dilemparkan angin
Terkisah ku bersedih  ku bahagia
Di indah dunia
Yang berakhir sunyi
Langkah kaki di dalam rencana-Nya
Semua berjalan dalam kehendak-Nya
Nafas hidup cinta dan segalanya

Dan tertakdir menjalani
segala kehendak-Mu ya Rabbi
Ku berserah ku berpasrah
Hanya pada-Mu ya Rabbi
Dan tertakdir menjalani
segala kehendak-Mu ya Rabbi
Kuberserah kuberpasrah
Hanya pada-Mu ya Rabbi 

Bila mungkin ada luka Coba tersenyumlah
Bila mungkin tawa Coba bersabarlah
Karena air mata tak abadi
Akan hilang dan berganti
Bila mungkin hidup hampa dirasa
Mungkinkah hati merindukan Dia
Karena hanya dengan-Nya hati tenang
Damai jiwa dan raga


CK : Aqasha tu handsome lah pulak ... he he he

Saturday, May 28, 2011

Penulis Senja Cari Blog Simple Dan Kemas

Assalamualaikum...

Sambil-sambil layan Cerekarama Tasbih Cinta Qadijah, CK blogwalking then terjumpa blog Penulis Senja. Penulis Senja ni bermurah hati nak review blog sapa-sapa yang berminat. PS nak review blog yang simple dan kemas. Kalau rasa berminat nak join dan nak tahu syarat-syaratnya ... terjah blog PS ye!

Agak-agak blog korang simple dan kemas ... bolehlah sama2 join! he he he. CK dan mula perasan blog nie kemas ape ... ha ha ha! Masuk lift tekan sendiri ....

CK teruja nak join gak! Harap-harap PS review blog CK ... fuh! fuh! Amin . Untuk mematuhi syarat, mula-mula tempek header blog PS! Dah tempek dah kat bawah nie ...



Pastu PS suruh komen blog dia. Ish! apa nak komen nie ... baik ke? best ke? Bagi CK blog PS kemas ... tulisan jelas senang nak baca. Itu penting bagi CK.Tapi yang CK suka dan menyebabkan CK follow blog PS nie kerana kata-kata puitis dia. Best! CK kan memang minat dan teruja bab-bab 'ayat-ayat cinta' atau kata-kata puitis nie. Sikit sudahlah komen blog PS. Tak pandai bab mengomen nie ... ha ha ha

Dan lagi 3 blog yang CK suka beserta header dorang! Uh ... payah nie, banyak blog  yang CK suka. Tapi PS suruh pilih 3 jer. So, jom tengok sapa yang kena ...


Blog Satu : 
(kamihidup tak ada header bergambar... tak dapat CK nak copy.).  Blog Kami banyak info. Lagi satu ... Kami suka bagi komen kat blog CK! Dia pemberi semangat selalu ...

Blog Dua : 
Blog Rara kemas dan simple juga. Tulisan besar. Senang CK baca! Rara pun tak ada header gambar juga. Cuma tulis safura.online.diary

Blog Tiga :
Ini dah macam belog wajib masuk je! Cilok resepi best dari Kak Ayu. Hari-hari mau jenguk.




Done! Cukup tiga ... tapi sorrylah PS semua yang CK suka dan bertuah kali ini tak ada header gambar-gambar! Moga cukup syarat-syarat ... he he he




CK : Geram pulak tengok cerekarama nie. Sian kat Qadijah. Jahat betul Si Ray nie ... hancurkan orang Islam. Jahat sangat! Siap suruh si Qadijah tanggal tudung dia lagi. Memang syaitanlah Ray nie!

Sayang Mr Nuffnang Erat-Erat!

Assalamualaikum ...

Putrajaya sesak dengan Himpunan Sejuta Belia! Memang sesak! Memang panas. CK tak jalan-jalan pun sangat. Jalan pun setakat kat Presint 2 dan 3. Kata tak berapa suka kan. So, tak adalah beria sangat nak pergi. Setakat jenguk-jenguk dari office sahaja yang lebih. Malas benor nak jalan. he he he.

Perihal Himpunan Sejuta Belia, nanti CK akan publishkan gambar-gambar sambil lalu. Sekarang CK nak ceirta pasal Mr. Nuffnang. CK happy dengan Mr. Nuff! Nampak gayanya Mr. Nuff masih sayangkan CK. Alhamdulillah. Saja-saja log in akaun Nuffnang. Tengok-tengok CK dapat PENDAPATAN TERUMPUK a.k.a Buffered Earnings! Yeaaah ... suka dan sayang Mr. Nuff erat2! 


CK dapat BE dari DiGi WWWOW Awards!! Best woooooo


Sebelum ini CK dah dapat 5 BE tapi semuanya dah jadi PENDAPATAN METER a.k.a meter eanings.  Tapi eanings  CK tak adalah hebat, namun ia tetap menjadi satu semangat jugak! Tak sangka hari ini Mr. Nuff nak bagi BE lagi dan harap ada lagi lepas nie. hu hu. Bermakna berblog ni memang berbaloilah. Cuma CK nie sahaja tak kesempatan nak update 3-4 entry satu hari. CK belum mampu lagi nak bagi sekurangnya 50% tumpuan pada blog dalam sehari. Selama lebih kurang 6 bulan aktif berblog, CK cuma boleh bagi tumpuan dalam 20% sehari untuk blog. Kalau Sabtu Ahad, CK tak pergi office bolehlah CK update banyak-banyak. Kadang-kadang CK buat autopublish ...

CK tak pernah nak paksa diri untuk layan blog. Bila ada masa dan ada idea nak menulis baru CK akan update. Dan CK memang salute pada blogger-blogger hebat yang mampu update 4-5 entry satu hari! Memang konsistenlah korang. Moga terus maju jaya hendakNya!




CK : Sedang layan Majalah 3 dengan cerita "Goldman"! Kalau pergi KL kat Bukit Bintang ... adalah "goldman" ni ... Lepas nie nak sambung tengok cerekarama pulak!

Friday, May 27, 2011

Cucur Peneram vs Cucur Telinga Keling

Assalamualaikum ....

Hari ini ada Pasar Tani Putrajaya kat Presint 2. Mulalah rasa ngidam nak makan macam-macam. Seronok pergi Pasar Tani di sini. Meriah dengan macam-macam makanan. Ikan dan sayur-sayuran segar-segar ... cuma agak mahal! 

Makanan yang datang dari pelbagai pelosok Malaysia inilah yang buat nafsu makan membuak-buak. Kadang-kadang tu sampai pantangkan kaki ke Pasar Tani. Takut borong macam-macam. Nafsu sungguh!

Petang nie pulak CK ngidam nak makan cucur peneram (org utara panggil cenggini) tapi bila CK dok KL ngan Putrajaya semua kawan-kawan panggil cucur telinga keling! Apapun nama CK tak kisah. Yang pasti CK suka. Sedap tau! Sekarang pun tengah belajar-belajar dengan mak camne nk buat cucur nie.


Inilah rupa cucur yang CK idam nak beli kat Pasar Tani. Tapi ... mesti jammed teramat sebab ada Hari Belia ni. Ish tak sukalah! Kempunanlah nak makan cucur nie ...


Mak CK panggil cucur peneram ... Ini mak CK buat! Ada 4 lubang. Sedap tau makan panas-panas. Ish mulalah rindu nak balik kampung pula. Untung-untung boleh manja ngan mak nanti mak boleh buat  cucur peneram aka cucur telinga keling!



CK : Nafsu makan sungguh hari ini. Baru jer pagi tadi makan rendang dengan nasi impit....

Oh! Himpunan Sejuta Belia Putrajaya Mei 2011

Assalamualaikum ....

Saya memang tak suka kesesakan. Mungkin kerana tak suka itulah Tuhan menempatkan saya untuk bekerja dan tinggal di Putrajaya. Putrajaya aman, tenang, nyaman ... cuma kurang hiburan. Tak kisah bab hiburan sebab saya pun kurang berminat sangat.

Putrajaya akan dibanjiri oleh SEJUTA BELIA selama 3 hari dari 27 Mei hingga 29 Mei 2011. Sesak bermula pagi tadi lagi. Dengan pemasangan khemah sana sini. Jalan ditutup. Nak pergi ke tempat lain di Putrajaya pun dah jadi susah. Buat acara tak salah ... cuma event besar macam Hari Belia nie rasa macam "errrrmmmmm" skit bagi saya.

Mungkin orang lain suka dengan acara macam nie. Saya? Kurang suka. Mungkin acara sebesar ini menguntungkan dan mengembirakan sesetengah pihak tapi dalam masa yang sama ... ada juga akan menyusahkan pihak lain.

Redha ajelah bila tengok Putrajaya terlalu happening macam nie. Kalau boleh biarlah ia damai dan tenteram macam biasa ... tak ada hiburan pun tak apa, sebab sesuai dengan kewujudan Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Saya lebih suka acara yang ditempatkan di Laman 1Malaysia di Presint 2 tu macam Hot Air Balloon, Floria, Karnival WOW! Putrajaya ... setempat sahaja. Lebih senang mengurus dan tak adalah jalan tutup terlampau banyak sana sini. Tengok pun tak rasa semak. Lebih sistematik  dan cantik dipandang ... Tahniah untuk Perbadanan Putrajaya sebab buat acara yang lebih terurus di Laman 1Malaysia. Suka tau ... sebab nampak kemas, lebih tersusun dan diurus dengan baik!



CK : Kejap lagi nak balik office pulak ... pastinya sesak sana sini dengan orang yang berniaga di tepi jalan dan rupa macam pasar sehari dah!

Thursday, May 26, 2011

Hari Yang Macam-Macam

Assalamualaikum...

Online dari office. Bukan takda kerja nak buat. Tapi ramai yang tak ada di office sekarang nie. Ada yang meeting, ada yang pergi taklimat, ada yang cuti, ada yang pergi site ... so, tinggallah CK dan beberapa orang penghuni jer kat office nie. 

Kerja CK pun dah separuh siap. Sebab tu nak alih mata dan kepala nie untuk blogging pulak.  Kepala pulak sakit sejak 2-3 hari nie. Malam tadi tidur sambil 'jelum' kepala dengan air asam jawa. Siap membengkak tengkuk CK sebab menahan sakit. Hari ini pun masih sakit-sakit lagi. Malas nak ambil MC sebab malas nak makan ubat lagi. hu hu hu.

Tengah sakit-sakit kepala nie kalau dapat makan nasi putih dengan sotong benggala Kak Ayu Singapore pun sedap jugak! Lepas tu petang dapat pula layan kuih serimuka gula merah dengan kopi 'o'. Perghh pasti layan punya!. Tak pun dapat american cheese cake ni pun ok jugak apa! Ermm mesti yummie nie! Sambil tu bolehlah layan TV Online kat sini ... mesti bestkan! KAMIHIDUP...terima kasihlah share info bermakna nie.

Seronoknya ... tak sabar nak tunggu petang! he he he. Sebelum petang tu bolehlah kita jenguk kawan kita yang dah tukar pintu baru. Kan Maya kan?! Cantik pintu rumah Maya! Sebelum tu jangan lupa ada cerita hot dan sensasi pasal mereka yang letak otak kat lutut dengan menukar jantina kat SINI. Ish! Tak bersyukur ke dengan anugerah Allah?? Apa kenalah dengan Mohd Ashraf bin Abdul Aziz ni yang beria sangat nak tukar nama dia kat Mykad kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz.

Bersyukurlah dengan anugerah Allah ... cuba jenguk SINI! Sedih cerita pasal Mohd Raqid yang dibaham anjing bapa saudaranya ...

Macam-macam yang berlaku hari ini. Dari yang gembira hingga yang sedih! Jangan lupa korang klik dan jenguk di sana ... 



CK : Kalau ada yang nak CK promote blog sila tinggalkan link ya! CK akan berbuat demikian sebagai tanda terima kasih kalian kerana selalu melawat blog CK! Harap maklum.

Wednesday, May 25, 2011

Risau ...

Assalamualaikum ...

Luahan hati ini buat mereka yang amat saya sayangi!


Saya mahu hulurkan terima kasih atas tanda kerisauan kalian buat saya. Terima kasih yang tidak terhingga. Kalian berjaya membuat hati kecil saya teruja dan tersentuh hingga tanpa sedar mengalirnya titis jernih di pipi saya. Setelah sekian lama saya tidak menangis dalam esakan yang amat sangat. 

Saya tahu kalian ingin memujuk hati kecil saya dengan  kata-kata yang dianggap satu pujukan. Sedangkan kalian sendiri tahu saya tidak pernah kisah dan tidak mahu kisah tentang 'ruang' dan 'laluan untuk kebahagiaan' orang lain. Ambillah ruang itu. Ambillah laluan itu. Itu bukan hak saya. Jalan bahagia kalian telah ditentukan Tuhan ... tidak perlu bertanyakan kepada saya malah jua tidak perlu mendoakan agar hati saya terbuka menjadi manusia yang positif dan berminda terbuka. Kerana saya telah mengucapkannya berkali-kali bahawa saya tidak kisah malah saya redha. Siapa saya untuk menyekat kebahagiaan hidup orang lain. Saya terlalu lemah untuk melawan ketentuan Tuhan Yang Esa! Lemah! Mungkin kalian terlupa, saya sememangnya positif dan mempunyai minda terbuka sekian lama tentang perkara ini sejak sekian lama.

Tak perlu lagi diulang dan diulang hingga buat hati saya tersentuh hingga saya berfikiran saya ini tidak mampu beri apa yang kalian inginkan. Hidup ini sudah ditentukan Tuhan. Kita cuma manusia dan sejelasnya kita hanyalah hamba Dia dan berada di dalam genggamannya! Sehebat manapun usaha kita ... seluas mana pun doa kita ... seikhlas manapun kita bertawakal kepada Tuhan Yang Esa, jika ditentukan sesuatu itu bukan untuk kita, bukan rezki kita dan bukan milik kita ... maka tiada siapa yang dapat menghalang ketentuan itu. 

Semua berlaku dengan sebab. Ada sebab kerana doa kita tidak dimakbulkan Tuhan. Dan mungkin permintaan kita digantikan dengan nikmat-nikmat lain yang tidak kita sedari atau mungkin Tuhan Yang Satu memilih kita untu diberi ujian dan dugaan ... untuk melihat sehebat mana kita hadapi dan mengingati diriNya.

Kalian jangan risau tentang saya. Jangan cuba pujuk hati saya dengan kata-kata yang bakal buat saya menangis lagi. Cukuplah. Selagi saya cakap tidak kisah ... bermakna saya benar-benar tidak kisah. Ambil laluan ini beserta ruangnya sekali ... kerana laluan dan ruang ini bukan hak saya. Kita sudah cukup dewasa untuk memilih dan menetap jalan kebahagiaan sendiri ... aturlah dan coraklah kebahagiaan dalam hidup kalian sepertimana kalian kehendaki. Saya tidak pernah dan tidak akan menghalang kebahagiaan sesiapa. Saya menerima segalanya dengan hati redha. Kebahagiaan kalian jua senyuman untuk saya. 

Jangan risau tentang saya ... dan saya mohon tolong jangan pujuk hati saya! Saya mohon hormati permintaan dan pendirian saya. Itu sahaja ...



CK : Tiap senyum saya ada tersulam suka dan duka ...

PUTRAJAYA : BENGKEL KEYAKINAN DAN PENAMPILAN DIRI

Assalamualaikum ....






Jom sertai BENGKEL KEYAKINAN DAN PENAMPILAN DIRI!!

Tarikh
: 18 Jun 2011 (Sabtu)

Tempat 
: Bilik Serbaguna, Kompleks Kejiranan Presint 9, Putrajaya

Masa
: 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Yuran Penyertaan
: RM30.00 (Ahli Pusat Pembelajaran Kejiranan)
: RM 50.00 (Bukan Ahli Pusat Pembelajaran Kejiranan)

Kategori Umur
: 18 tahun dan ke atas


Kalau mahu lagi info terlebih lanjut korang boleh klik DI SINI dan juga DI SITU! Ala...sama jer dua-dua pun! Tempat CK selalu korek info pasal Putrajaya. 




CK : Sayang Putrajaya nie ... banyak cerita dalam senyum dan tawa. Echeeeh ... sudah mengarut! Ha ha ha

Tuesday, May 24, 2011

Hati Berbelah Bagi ...

Assalamualaikum ....

Selamat pagi! Awal CK bangun pagi nie sebab semalam lepas balik kerja pergi makan dan sampai rumah terus tidur. Sakit kepala tiba-tiba. Selalu sangat sakit kepala masa tengah tidur. Risau betul!

Sebelum naik ke rumah masa balik kerja tu, sempat CK jenguk peti surat. Pastinya ada surat dah nama pun peti surat. ha ha ha. Jenguk-jenguk ada surat yang lain dari yang lain. Bila amati betul-betul, tertera "URUSAN KERAJAAN - Sulit dan Persendirin - Surat Panggilan Temuduga".

Temuduga apa pulak nie? Dah lama sangat CK tak diinterview. Naik jer ke rumah terus buka surat tu. Temuduga untuk jawatan yang sama dengan CK sekarang nie. Terus rasa hati berbelah bagi. Yelah ... CK sayang kerja CK sekarang nie walaupun pernah ada niat nak tinggalkan tempat kerja sekarang kerana tak tahan dengan karenah politik pejabat yang menghancurkan manusia-manusia yang jujur bekerja. CK juga tak tahan dengan pemegang-pemegang jawatan dalam perkhidmatan "PENGURUSAN & PROFESIONAL" tapi tak bijak mengurus serta tidak profesional langsung. Abaikan. Itu yang CK buat sekarang. Buat kerja sendiri itu lagi penting. Lagipun, mereka rasa mereka cukup bijak dan tidak boleh ditegur serta cukup susah untuk diperbetulkan.

Temuduga yang CK dapat 2 minggu dari sekarang. Perlulah bersedia apa yang patut. CK masih berbelah bagi untuk pergi. CK masih sayangkan Putrajaya dan kerja CK sekarang. Namun, dalam masa yang sama CK kecewa dengan sikap pengurusan yang ada. CK tak nak fikir CK tak dapat jawatan tu, tapi CK fikir CK akan dapat dan perlu buat persediaan sekiranya dapat. Kita sepatutnya positif bukan!

Sekadar luahan rasa yang berbelah bagi. Bila pandang surat temuduga itu, cuma CK cakap pada diri ... "INILAH PELUANG .... ". Pisau dan timun telah di tangan ... jadi potonglah macam mana bentuk pun timun tu! Lonjong ... bulat ... pipih ... terpulang pada diri sendiri!



CK : Kadang-kadang kita perlu melepaskan apa yang kita suka dan sayang .... untuk kebaikan!

Monday, May 23, 2011

SEGMEN KREATIF BEN ASHAARI KEMBALI

Assalamualaikum ....



Meh join ramai-ramai! Picit skit kat SINI!



CK : Mood kerja yang ala-ala ... ha ha ha ha

SUATU MASA

 Assalamualaikum ....


Ada satu masa, kita perlu bersendiri. Baru kita tahu menghargai saat ada orang bersama kita. Dan bila tiba masanya dia hilang entah ke mana, baru kita tahu sejauh mana berharganya dia untuk kita.

Ada satu masa, kita perlu menangis. Baru kita sedar betapa indahnya saat ketawa. Menangis bukan tandanya kita lemah. Menangis bukan tandanya kita putus asa dan tak bahagia. Anggap saja tangisan itu satu cara kita carik kekuatan, kita carik semangat. Kalau rasa nk nangis, nangis je. U will be ok.

Ada satu masa, kita perlu bergelak tawa. Baru kita tahu nilai setitis air mata. Dunia ni indah sangat. Jadi ada kalanya kita perlu buka mata, lihat orang- orang sekeliling kita, hargai mereka, hargai masa- masa yang ada, just enjoy. Sebab bila tiba saat kita bersendiri, kita pasti rindu saat untuk bergelak ketawa.

Ada satu masa, kita perlu senyum. .walaupun dalam hati tak siapa tahu, jgn masamkan muka. Biarkan senyuman meniti di bibir. Tanda kita syukur dengan apa ada..tanda kita menghargai peluang yang Tuhan bagi kerana kita masih boleh melihat dunia. Masih boleh mendengar, bercakap, berjalan, berlari..cukup sempurna!

Ada satu masa, kita ada rasa lemah. Bila ada orang-orang yang menguji kesabaran hati, bila mana dugaan datang bertimpa-timpa. Bila saat dan masa itu tiba, selalu katakan pada diri, ini semua dugaan. Tuhan tidak akan uji kita kalau kita tak mampu hadapinya. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. 

Ada fadhilatnya. Bila rasa lemah, jangan cepat nak mengalah. Sesudah kesulitan pasti ada kemudahan. Bukankah itu janji Tuhan untuk kita? Jadi percayalah, bila sesekali diri diuji, itu tandanya Tuhan sayangkan kita. Secara halus Dia ingatkan kita, untuk dekatkan diri padaNya.. tadahlah tangan pohon kepadaNya, semoga terus diberi kekuatan dan semangat untuk jalani apa saja ujian dan dugaan. Sesungguhnya Allah sentiasa ada dengan kita dan mendengar doa hamba-hambaNya.

Ada satu masa, kita mahu disayangi dan dicintai. Kita mahukan perhatian dari orang-orang yang kita sayang. Kita mahu cinta kita dibalas. Itu lumrah. Kerana sememangnya Tuhan ciptakan manusia dengan rasa cinta. Wanita dicipta dari tulang rusuk lelaki, bukan dekat di kepala untuk dijunjung, bukan dekat di kaki untuk dialasi,tapi dekatnya di hati, untuk dicintai dan disayangi. Bila sesekali cinta tak disahut, sayang tak terbalas, jangan mudah melatah. Jangan katakan dunia ini tak adil. Mungkin dia bukan untuk kita dan pastinya ada yang lebih baik yang Allah takdirkan untuk kita. Jangan putus harapan. Teruskan berdoa supaya dipertemukan dengan jodoh yang baik.

Ada satu masa kita rasa rindu sangat. Kalau boleh mahu jumpa orang tu sekarang jugak! Tapi Tuhan kata belum masanya.. Aku latih kamu untuk bersabar. Supaya kamu tahu menghargai bila saat bersama itu tiba nanti. Aku latih kamu dengan rasa susah. Supaya kamu tahu rasa bersyukur bila Aku kurniakan kamu nikmat. Aku biarkan kamu berjauhan supaya kamu terpelihara dari hasutan syaitan, yang pastinya menyesatkan.
TAPI...

Dalam satu masa tu..SETIAP MASA..

Kita perlu rasa syukur. Sebab Tuhan hadiahkan kita dengan bermacam-macam rasa. Tuhan hadirkan kita dengan bermacam- macam orang. Yang ada keistimewaannya yang tersendiri. Yang penting, selalu syukur sebab Tuhan masih pinjamkan kita nyawa. Untuk kita bernafas. Untuk kita nikmati nikmatnya hidup. Berbahagialah dengan apa ada. Dalam masa yang sama, hargailah orang-orang yang masih bersama kita. Sayangi mereka seadanya!



CK : Dah lupa dari mana sumber tulisan ini sebab terlalu lama tersimpan dalam folder lappy CK. So, sharing is caring ya! Ambil iktibar dari tulisan hamba Allah ini yang CK tidak tahu siapa ....

Sunday, May 22, 2011

Adakah Ini Satu Kebetulan ??

Assalamualaikum ...

Satu kebetulan? Atau ada pengajaran yang tertentu perlu diambil melalui jalan ceritanya? Mungkin kebetulan bagi saya bila menimbulkan isu ini pagi tadi, "KALAU ADA ... TAPI DAH TAK ADA NAK BUAT MACAM MANA?". Pastinya ada pengajaran yang perlu saya ambil darinya. Sesuatu yang Allah rancang buat seseorang, ada sebabnya. Terpulanglah pada kita sebagai hamba berakal untuk menerima ia sebagai sesuatu yang positif atau sebaliknya.

Masa tu sedang sibuk masak. Sambil layan Astro Prima 105. Terpanggil untu terus layan drama lakonan hebat Ogy Ahmad Daud, Nasir Bilal Khan dan Mia (budak kecil lagi comel dan bijak). Jalan cerita dia memang menyentuh hati. Dan dari drama ini saya mendapat jawapan (mungkin) kenapa Allah kadangkala tidak memakbulkan doa kita dan tidak memberikan apa yang kita inginkan. Perasan atau tak ... atau kita sedar atau pun tidak, Allah lebih memberikan pada kita APA YANG KITA PERLUKAN dan bukannya apa yang kita inginkan.

Perlu itu penting! Tapi inginkan tak seberapa dan tidak sepenting mana. Namun, sebagai manusia bernafsu serta berakal (pesanan untuk diri) seringkala kita cuba dan terus cuba memenuhi apa yang kita inginkan. Yang benar-benar kita perlu ... terabai dengan sendirinya! Bila tidak dapat sesuatu yang diingini, mulakan kita berburuk sangka pada Tuhan. Pernah? Jangan cakap tak pernah ... mungkin kita tak sedar yang kita memang tanpa sedar berburuk sangka pada Tuhan Yang Satu lagi Esa.

Berbalik kepada drama dan entri pagi tadi. Cerita entri saya berkaitan keinginan dan impian untuk mempunyai harta bernyawa ... ANAK. Dan drama pagi tadi BERPALING DARI JANNAH-MU juga menceritakan perihal yang hampir sama dengan entri saya pagi tadi. Adakah ini satu kebetulan?? Allah yang lebih tahu jawapannya kenapa saya tiba-tiba digerakkan hati menulis tentang anak serta diberi kemampuan untuk menonton drama Berpaling Dari Jannah-Mu hingga hampir tamat (tak tamat sepenuhnya sebab takut apa yang saya masak hangus, tapi kesudahan cerita terakhir yang 15 minit itu telah diceritakan oleh adik saya!)

*******

Berpaling dari Jannah-Mu!

"Sepasang suami isteri (lakonan Nasir Bilal Khan dan Ogy) yang telah berkahwin selama hampir 10 tahun tetapi tidak dianugerahkan cahayamata. Doa dititip saban siang dan malam tatkala akhiri solat. Si isteri TERLALU permbersih dan pengemas serta suka membebel jika sesuatu di dalam rumah sendiri dipandang seakan kotor dan tidak kemas.Si isteri suka berleter jika ada tempat yang kotor dan tak kemas. Hari-hari sapu dan mop lantai rumah. Anak-anak saudara datang rumah dan lari berkejaran pun dia akan marah kalau ada yang bersepah sana sini.

Nak dijadikan cerita, si isteri amat kepingin anak. Lalu dia berdoa pada Allah. Hingga akhirnya dia mengandung dan dianugerahkan seorang anak perempuan yang comel lagi cerdik. Tapi perangai si isteri tetap sama. Berleter dan berleter jika memandang sesuatu yang menyakitkan matanya. Kotor dan bersepah. Pantang katanya! Si suami sangat baik dan penyabar. Menasihati isteri dengan cara berlembut, malangnya nasihat itu tak berhasil.

Budak-budak kalau sepah menyepah rumah biasalah. Kalau melukis dan mewarna ada sahaja yang nak disepahkan. Dan anak mereka hidup dalam keadaan takut. Nak buat itu salah, nak buat ini salah. Takut kena marah dengan mamanya! Sedangkan anak itu baru berusia 5 tahun. Sepah sikit dah kena tengking. Hari-hari kena marah. Nasib baik punya ayah yang berhati mulia dan cukup baik. Si mama nak tengok semua keadaan dalam rumah itu sentiasa teratur dan kemas. Tapi dia lupa, kanak-kanak memang suka sepah-sepahkan barang. Mereka belum cukup cerdik untuk berfikir. Bagusnya si anak ini setiap kali dia melakukan kesilapan dia akan minta maaf. Tapi si mama seolah tidak faham erti kata maaf si kecil itu!

Kemarahan si mama sehingga pernah terlanjur mengucapkan, "tak ada anak salah, ada anak lagi salah! sepah sana sini"

Si mama lupa ... yang mereka suami isteri menanti untuk mendapatkan cahaya mata selama hampir 10 tahun! Lebih taksub dengan sikap keterlaluan untuk sentiasa nampak bersih dan kemas. [Hidup perlu sederhana dalam segala hal, keterlaluan menjalani hidup hanya akan menyeksakan jiwa! ...Kenyataan!]

Si mama seolah tidak menghargai si anak yang berusia baru 5 tahun. Bila anak bawa kawan-kawan bermain dalam rumah ... melukis dan mewarna, tentulah akan bersepah sana sini. 5 tahun .. apalah yang dipandai sangat nak kemaskan. Kita yang dewasa inilah kena kemaskan bila dia SUDAH main. Bukan kemas masa dia TENGAH main. Bila kawan-kawan sudah pulang. Tinggallah segala barang dengan bersepah. Dan si anak menjadi takut ..."maafkan saya mama!". Itulah yang dicakap sebelum mamanya sampai.

Terkejut bila mamanya melihat barang-barang bersepah di ruang tamu. Terus dijerit. Dimarah. Diherdik. Tanpa belas. Cuma tidak dipukul sahaja. 5 tahun apa yang dia tahu? Yang dia tahu .."maafkan saya mama ... maafkan saya mama ... saya janji tidak buat lagi!". Ya memang si anak tidak buat lagi selepas itu.

Kerana si anak telah diambil Tuhan bila dia dimarahi mamanya ... dia terus berlari keluar rumah dan dilanggar kereta yang sedang laju di hadapan rumah! Dia tidak buat lagi. Pastinya selepas itu rumah mamanya akan sentiasa kemas dan bersih!"

*******

Allah akan ambil sesuatu daripada kita, bila kita tidak tahu menjaganya dengan baik, malah kita tidak hargainya sesempurna mungkin. Dan Allah lebih tahu kenapa dia melambat-lambatkan sesuatu apa yang kita inginkan dan tidak memakbulkan permintaan kita.

Sedar atau tidak kadangkala kita tidak pernah bersyukur dan berterima kasih kepada Allah dengan apa yang Dia izin untuk kita miliki??

Fikir-fikirkanlah ... hanya drama tetapi terlalu menyentuh hati kecil ini.


CK : Tak terkata ... menangis masa itu juga!

Kalau Ada ... Tapi Dah Tak Ada Nak Buat Macam Mana?

Assalamualaikum ...

Selamat hari Ahad! Mesti ada yang belum bangun lagi ni ....

Sambil-sambil jelajah blog pagi-pagi. Layan blues sekali. Pagi nie Putrajaya nyaman sangat. Tengok kebanyakan orang yang ada 'harta itu' buat hati ni tersentuh sahaja. Sedang bermain-main mereka dengan 'harta' yang ada. Seronoknya. Bahagianya. Pandang dengan perasaan kasih sayang. Rasa teringin dan nak sangat. Tapi apakan daya, tiada keupayaan dan kemampuan. Mampu sentuh yang kepunyaan orang. Syukur masih ada keupayaan dan kemampuan untuk menyentuh walaupun bukan hak milik sendiri.

Selalu jalan-jalan dengan Inchik Babah dan selalu persoalkan perkara yang 'tiada' ini. Tiada selagi tiada penyatuan. Memang takkan adalah sampai bila-bila. Tapi kalau ada penyatuan halal dan kerjasama yang baik, Insya-Allah yang tiada boleh diadakan. Itu Allah punya kuasa jika berlaku sebaliknya.

Selalu bercakap, "Kalaulah ada, boleh kita beli ini!", "Kalaulah ada, boleh bawa pergi sini!". "Kalaulah ada, tak adanya kita hari-hari kerja bila orang lain cuti!".

Siapa yang tak mahukan? Semua orang yang mempunyai naluri yang sama akan mahu. Manusia! Keinginan dan nafsu itu macam-macam. Cemburu tengok orang lain bergelak ketawa dengan 'harta ini'. Bilalah agaknya? Kalau rindu dan rasa kepingin sangat, mesti balik rumah Abang. Dekat sana ada apa yang saya tiada. Dapat sejam dua bermain pun dah cukup puas. Dah buat hati kecil saya terhibur. Bolehlah buat hilang rindu dan rasa kepingin untuk sebulan? 2 bulan? Entah tak pasti ... kadang tu rindu yang teramat sangat.

Kadangkala saya ego. Eh! bukan. Cuma tidak mahu kerinduan saya di bawa hingga ke tidur. Tidak mahu keinginan saya terus membuak. Seolah tiada rasa syukur pada Tuhan Yang Esa. Jadi ada masanya saya akan pandang sahaja dan jangan harap untuk saya menyentuh! Kerana hati saya lebih dahulu tersentuh bila memandang. Kadangkala saya rasa orang lain memandang sinis bila saya menyentuh kepunyaan mereka. Ya! saya tiada apa yang mereka ada. Ya! ini kekurangan saya. Mungkin ada hikmah kerana setiap yang berlaku adalah dengan sebab yang hanya Tuhan Yang Esa sahaja tahu segalanya.

Jauh di sudut hati saya ... inilah yang amat saya rindu sejak kebelakangan ini! 


ANAK SENDIRI!



Tak semua perkara kita akan miliki. Bersyukurlah saya masih punya kenikmatan dan kemampuan untuk menyentuh dan membelai hak milik orang lain. Saya tersenyum ... tapi di lubuk hati yang kecil rasa ingin menyentuh dan mengusap hak sendiri. Kerana saya adalah manusia yang normal jadi keinginan saya tentang harta ini tetap ada .... ANAK!


Bila setiap kali saya balik kerja, penuh playground dengan anak-anak comel. Main sambil terjerit-jerit dan bergelak ketawa. Ada yang menangis sebab jatuh dan terluka. Saya? Hanya mampu memandang. Alhamdulillah masih diberi keupayaan untuk memandang ...


Selagi tiada ijab dan kabul, maka saya tidak akan miliki harta yang satu ini sampai bila-bila! Kesempatan dan masa saya makin terhad ... makin kurang. Dan rindu saya pada harta bernyawa ini akan jadi mimpi yang menganggu tidur saya selama hayat ini. Tapi saya tahu setiap perkara yang Allah berikan pada hambaNya ada sebab disebaliknya. Mungkin belum masanya. Atau mungkin Allah mengatakan sesuatu itu tidak sesuai dengan kita. Sesuatu yang kita fikir baik bagi kita, tetapi Allah tidak mengatakan begitu. HambaNya ... pastilah DIA lebih tahu kerana DIA Maha Mengetahui.

Orang senang cakap, "Kalau kau nak ... nikahlah!". Nikah bukan hanya semata-mata untuk dapatkan harta bernyawa ini .... ada bermacam-macam perkara di sebalik nikah yang perlu kita tahu. Terutama TANGGUNGJAWAB dan peranan sebagai SUAMI DAN ISTERI ... IBU DAN AYAH! Nikah kahwin bukan sesenang yang diucap. Dan jodoh bukan turun dari langit ... ada masanya kau berusaha untuk jodoh sendiri, tapi jangan lupa segalanya tetap milik Allah dan berada di dalam ketentuanNya. Hanya usaha dan doa milik manusia. Selebihnya milik Allah. Sampai masa Allah akan beri ... cuma jangan berhenti berusaha, berdoa dan terus berharap. Jika benar hak kita, tiada tangan yang dapat menghalang jika Allah ingin memberikan kepada kita! Percayalah ....

Saya menulis entry ini dengan linangan airmata. Bukan sedih kerana saya tidak miliki apa yang orang lain ada. Tapi sedih kerana ada sesetengah dari kita tidak menghargai apa yang Allah anugerahkan buat kita!

Saya berdoa dan berharap, bila Allah berikan harta yang satu ini pada saya nanti, moga-moga saya dapat menjaganya dengan baik dan sempurna! Amin ...



CK : Ahad yang nyaman, rindu yang tiada tepian. Airmata yang tak terusap. Hingga tidak tercorak dengan kata-kata. Kerana semuanya Allah punya kuasa. Kita hamba ... hanya mampu berusaha, berdoa dan menerima. TERIMA KASIH TUHAN YANG SATU!

Saturday, May 21, 2011

Kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa Tertimbus

Assalamualaikum ....



KAJANG 21 Mei – Seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat dekat sini hari ini.

Setakat pukul 7 petang ini, tiga mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun dikeluarkan dari runtuhan itu manakala tujuh lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa, kata polis. Penghuni yang cedera berusia antara 11 dan 17 tahun manakala lelaki dewasa itu dipercayai pekerja di rumah anak yatim berkenaan.

“Kesemua yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui,” kata Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja. Kesemua penghuni rumah itu adalah lelaki.

Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang kesemua penghuni rumah anak yatim itu berada di dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada pukul 5 petang ini.

Runtuhan tanah dari bukit itu dikatakan menimbus dewan serbaguna yang terletak di lereng bukit itu menyebabkan bangunan setingkat itu musnah sama sekali. Turut terkena runtuhan tanah itu ialah sebuah surau.
"Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri,” kata Tun Hisan pada sidang akhbar di tempat kejadian.

Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengeluarkan mayat pertama pada pukul 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada pukul 6.10 petang.

Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Putrajaya Morni Mamat berkata sehingga pukul 7 petang ini operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam keadaan hujan lebat. - Bernama



CK : Terkini : Seorang lagi mangsa tanah runtuh Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat meninggal dunia di Hospital Ampang malam ini.(10.30pm)

Dah Bertukar STATUS! sweeet dowh ...

Assalamualaikum ...


Alhamdulillah ... dah bertukar status pun! Dari in a relationship kepada engaged! Tahniah ye. Bertuah empunya badan sebab akhirnya cinta yang disemai dan bersemi sekian lama menuju ke jalan-jalan bahagia yang sah! Bestnya ... tumpang gembira walaupun kenal sebab mereka ini fofular.

Status yang bertukar ini bukan CK ye. CK still single pringles lagi. CK bercerita pasal  penjaga gol no. 1 negara, KHAIRUL FAHMI CHE MAT dan AIMIE HARMELIA (tuan punya belog jejariruncing) yang dah pun selamat bertunang pada 17 Mei yang lalu. Sweet je tengok dorang berdua nie. Dengan majlis pertunangan yang berkonsepkan Arabian Theme.



Purple color lagi! Doa semoga mereka bahagia hendaknya hingga ke hujung nyawa. Tiba-tiba tergoda dengan color purple tu. Shomel pulak tengok jejariruncing nie. Sweet sangat!

Mulalah berangan nak .... kahwin sama! ha ha ha ...



CK : Tak dapat pi berfoya-foya di FUN@PPj Square ... huh! tension jer

Wajah Baru .... pheeeewit!

Assalamualaikum....

Suka-suka! Hari ini heaven sangat sebab sepetang dok rumah. Sudahnya layan blog, tapi tak update dan tak blogwalking pun. Ha ha ha .... habis tu wat apa sepetang??

Jeng..jeng...sapa yang selalu sangat dan setia jenguk belog kedaung CK ni mesti perasan yang belog CK dah berwajah baru! Sweet dengan warna yang ala-ala girl. Walaupun hakikatnya CK lebih suka biru. Godek punya godek tiba-tiba CK tersuka color ala-ala pink!

Mesti si Tina ingat CK nak jadi geng dia...ha ha ha! Sebabnya si Tina nie awek pinky. Takda ... CK tak terfikir nak jadi awek pinky lagi. Tetap suka biru, color lain pun suka juga. Suka gitu-gitu jerlah. Oh! apa yang CK sedang merepek. Bukan nk cerita pasal color ... nak cerita pasal belog CK yang dah berwajah baru. Lebih SIMPLE! SWEET mcm tuan belog juga! Lebih JELAS! Lebih SEDAP mata memandang dan lebih buat CK rasa tenang. Cheh ... apa kena mengena dengan ketenangan plak?

CK dah lama idam nak layout dan template belog sesimple dan sejelas ini. Biasalah awek buta IT tapi still terhegeh-hegeh nak kasi belog mantop macam orang lain. ha ha ha ... tak salahkan. Berejam-rejam CK dok ngadap lappy nie ... akhirnya berjaya. Itupun dapat yang simple bagi orang baru belajar nie. Alhamdulillah la kan ... boleh lagi usaha sendiri.

Apa takda header?? ??

Header tu kemudian ya anak-anak. Belum pandai nak design header. Pelan-pelan kayuh. Ini pun dah cukup ok bagi CK. Takda header pun boleh update jugakkan. Janji Encik Nuffnang bagi BE tiap-tiap bulan! he he he ...

Komen korang dengan wajah baru belog CK nie?? Lawoooo ke idak?? kuang ... kuang ... kuang ... 


CK : Usaha tangga kejayaan. Tak tahu tanya, tak pandai belajar! Bodoh bukan selamanya, ada kemahuan adalah jalannya! peace ....

Friday, May 20, 2011

21 Mei 2011 ... jom kita layan Fun @ PPj Square 2011 !!

Assalamualaikum ...

Kalau tak ada idea best jangan merepeklah nak update! Puas sudah perah otak tapi masih tak keluar idea. Ergh. Tension je! Sudahnya nak war-warkan info menarik berkaitan event secara kecil-kecilan di Putrajaya yang akan berlangsung esok - SABTU 21 MEI 2011!

Event apa? FUN @ PPj SQUARE 2011 ... khas untuk warga Putrajaya, Bangi, Kajang, Dengkil, Salak Tinggi, Puchong, Seri Kembangan ... dan kawasan berhampiran dengan Putrajaya. Dah 5 hari bekerja mesti korang nak relax santaikan otakkan? Apa kata bawa family dan kawan-kawan  bersantai di Dataran Putrajaya Presint 3, berhadapan Gerbang Kompleks Perbadanan Putrajaya ... untuk menyaksikan Fun @ PPj Square 2011.

Ada artis ok! Last week ada Tauke (JAMBU) dan Nubhan. Esok malam ada Kumpulan Jambu, Upin Ipin dan MILA AF. Anak-anak korang mesti suka dengan Upin dan Ipin. Butiran lanjut ... sila jenguk poster kat bawah nie!!


[Untuk info lanjut, sila klik poster di atas!]

FUN@ PPj SQUARE
21 MEI 2011 (SABTU) - 9.00 MALAM
VENUE : DATARAN PUTRAJAYA PRESINT 3, PUTRAJAYA
Untuk event di Putrajaya, sila klik DI SINI!


Kalau korang berdekatan dengan Putrajaya .... DATANG! JANGAN TAK DATANG! FREE JER. Takdanye kena bayar. Bawa anak-anak ... boleh lari-lari kat padang depan gerbang tu!Siap boleh lari berkejaran lagi. Last week CK pergi, menarik jugak! Takdalah bersesak-sesakan ... memang relax. Tauke tu best jew. Kiut miut jer dia. Nubhan? CK tak berapa minat. So, takmo komen pape ... he he he

CK tak sabar nak tunggu ... HIMPUNAN SEJUTA BELIA di Putrajaya pada 27 Mei hingga 29 Mei 2011. Agak-agak meriah dari tahun lepas ke idak? Nak tengok jualan barangan elektronik ... CK nak beli TV baru yang murah. Harap-harap adalah nanti ... he he he. Boleh tukau TV baru. yeehaaa



CK : Esok malam pasti lepak kat Fun@Square ...

Thursday, May 19, 2011

Cuti-cuti Malaysia Siri 2 - Sarawak Part 4, Pasar Serikin dan Pasar Satok

Assalamualaikum ...




CCM bersambung lagi dan dalam usaha untuk habiskan secepat mungkin. Bagi yang belum jenguk CCM CK ke Sarawak bolehlah dengan senyuman klik di situ : PART 1 ... PART 2 ... DAN PART 3! Letih juga nak update. Tapi kerana semangat gigih nak share ngan korang CK buat pelan-pelanlah  CCM nie kan. Janji habis.  


HARI KE-2 CK di Kuching! Bangun awal pagi lebih kurang 6.30am. Kira awallahkan. Kat Sarawak cepat betul cerah. 6.30 am dah macam dekat kul 8.00am Semenanjung. Sebab itu kebanyakan urusniaga mereka bermula awal pagi ... 5.00am dah start dah berniaga.



Sebelum keluar jalan-jalan ke Pasar Serikin, kita makan dulu. Kalau korang nak pergi Pasar Serikin ni, sila pergi awal pagi. Dekat sana panaslah sangat. Lepas tu tutup pulak lebih kurang jam 2.00pm. Pasar Satok pulak kat bandar Kuching. Cuma dibuka Sabtu dan Ahad sahaja. Jom cerita pasal menu sarapan pagi di Hotel Grand Margherita sebelum kita jalan-jalan ke Pasar Serikin.


Mentang-mentang breakfast termasuk dalam bayaran penginapan ... melantak tak ingat! Hancur segala diet CK. Makan pun bukan main berlagak lagi. Western segala. Perghhh ... terbaik kau! Masing-masing ambil makanan macam esok tu dah tak jumpa dah ... padahal ada 3 pagi lagi boleh makan preeee ... hua hua hua

Tengok nie! Dengan nasi lemak, telur dadar, mee goreng ... ish bawa mengucap la! Mee goreng dia sedap, tapi rupa macam pelik skit. Macam gemuk2 la pulak mee goreng tu CK tengok ... ha ha ha


Nasi lemak dan rendang. Rendang ayamnya tak berapa best! ha ha ha tapi melantak habis juga. Telan je bila rezeki dah depan mata. Masa tu tak ingat nak pi jalan-jalan. Asyik-asyik ulang angkut makanan.

Pelbagai jenis telur! Telur hancur, telur mata dua ... lanyak telur jelah 3 pagi tu! Semua dibedal tanpa rasa bersalah sikit pun! Ini semua nak cari tenaga berjalan-jalan kat Pasar Serikin lah nie ...


Usai sarapan pagi, kami semua bergerak ke Pasar Serikin. Perjalanan dari Kuching ke Pasar Serikin lebih kurang 45 minit ke sejam. Jauh jugak. Alhamdulillah tak sesat. Berpandukan kepada arah-arah yang telah ditunjukkan oleh tuan punya kereta sewa. Kita bijak jugalah kawan CK yang jadi supir hari tu, walaupun pertama kali jejak kaki ke Kuching dan nak ke Serikin ... tapi tak sesat!

 

Sampai Pasar Serikin. Panas tak terkata. Sungguh terik. Terbakar kulit tangan CK nie. Baru panas dunia. Oh! insaf. Inilah rupa Pasar Serikin. Berdasarkan cerita orang-orang di sini, Pasar Serikin sekarang tidak semeriah dulu. Maknanya dulu lagi meriah ....



Pakcik dan makcik nie jual buah mempelam dan buah yang bijinya seperti kacang soya. Ada yang telah direbus dan ada yang mentah. Yang rebus tu korang boleh makan terus. CK perasan hanya pakcik ni sahaja yang jual kacang pelik tu ...


Tengok tu ... bukan main terik. Macam-macam ada dijual di sini. Sekali imbas ... macam Padang Besar yang dekat Perlis tu pun ada. Lebih kuranglah ...


Deretan kedai yang ada. Ada jual baju, t-shirt, beg, kasut dan macam-macam lagi. Kena pandai tawar menawarlah. Lebih baik bawa orang tempatan. Senang sikit nak buat urusan jual beli. Macam CK tak ada beli apa sangat pun ... Sekadar cuci mata kasi cerah je!


Sayur-sayuran pun ada jual. Tapi tak banyaklah. Disebabkan Pasar Serikin ini berdekatan sempadan Malaysia-Indonesia ... so orang Indon pun ada kat sini.

Abang Macho nie jual bakso. CK tak beli pun. Makan kat hotel dah kenyang. Lagipun space yang ada simpan untuk makan laksa Sarawak. ha ha ha


Ada jualan barangan antik. Cantik-cantik. Harga CK tak pasti. Takda pula nak tanya. Sebab CK belum meminati barangan antik lagi.


Kulit kayu manis antara yang paling banyak dijual. CK beli juga seikat. RM4.00 sahaja. Wangi. Balik masukkan dalam gelas biar jer kat dapur ... kasi wangi sikit dapur tu. Selain untuk masakan dan hiasan dapat juga sekaligus buat halau serangga.




Pemandangan dari jauh Pasar Serikin. Jauh tau nak kena berjalan. Cungap jugalah. Kalau korang nak pi, CK nasihatkan pergilah awal-awal pagi. Tak adalah panas sangat. Kalau pergi lambat dalam 10.30 pagi tu ... dah mula panas berbahang.



Korang tahu apa budak nie buat? Budak ni sedang main dengan ulat sagu sambil nyanyi lagu hantu kak limah tu. Nyet..nyet semut sapa sakit naik atas ... perghhh seram jew! Dorang jual tau ulat sagu nie ... sebagai hidangan. Lalu dan terdaya ke nak makan??


Dah habis pusing dan berpanas di Pasar Serikin ... start kereta balik Kuching. Nak pi Pasar Satok pulak. Malangnya tak sempat sebab pasar mula nak tutup. Masa sampai dalam kul 1.30pm. Peniaga dah berkemas barang untuk balik. Siannya kat kami ...


Tengok dah kosong dah Pasar Satok nie ...

 Sibuk berkemas!

Nyonya nie aje yang masih jual buah!

Sudahnya masing-masing lapar. Nak shopping kat Pasar Satok pun dah nak tutup. Sempat beli t-shirt untuk anak buah je. Jadilah ... kurang-kurangnya tahu kat mana Pasar Satok. Boleh datang lagi nanti kalau ada rezki. Lunch kami selepas hampa dengan Pasar Satok adalah ....

  

Sudahnya makan MC DONALDS jer! Masing-masing dah lapar sangat.

Oklah sampai kat sini part 4! Mata CK dah mengantuk sangat. Esok nak kerja satu hari lagi. Adus kembang bijik mata. Selamat malam korang ... muah...muah...muah!! Nanti sambung lagi CCM kita....peace!






CK : Harap bangun awallah pagi nanti ...