Petang tadi, dengar perbentangan bajet 2013 ramai-ramai dekat office. Tak sabar nak tunggu berita yang menarik. Walau pun hati aku sakit dengan perangai anak buah aku kat office. Abaikan! Sebab ia terlalu menyakitkan hati.
Dari perbentangan bajet 2013 tadi, Alhamdulillah .... bila DS Najib mengumumkan bonus sebulan setengah gaji termasuk yang telah dibayar sebanyak setengah bulan masa Aidilfitri yang lepas! Syukur sangat. Ingatkan dapat naik gaji 10% he he he. Takpelah, mana-mana pun tetap syukur seadanya. Baki bonus sebulan nie akan dibayar bulan Disember 2012 setengah bulan gaji dan selebihnya pada Januari 2013 tahun hadapan.
So, aku dah decide ... duit bonus nie memang aku nak simpan untuk prepation masa depan aku ;=) Insya Allah. Betullah orang cakap, kalau kita ada niat membina masjid ... kita akan murah rezeki! Sekarang nie pun aku dah start menyimpan dan berdikit-dikit dalam kehidupan. Nak top up saving yang kurang sekarang nie dan juga saving untuk ke Sabah dan Bandung 2013 nanti. Insya-Allah! Kalau semua perancangan 2013 berjaya, maknanya sebahagian wishlist aku ... terlaksana dengan izinNya! Amin ...
Nak tengok apa wishlist aku, leh check kat sebelah kiri blog nie. Dalam kotak hajat tu. hu hu! Ada tujuh wishlist aku, tapi satu pun belum tercapai. Yang berat ideal tu aku sedang menuju. Samsung galaxy tu .... macam nak kena abaikan dulu je. Naik pangkat naik gaji tu, bergantung pada usaha dan rezeki yang diizinkan Allah Ta'ala. Bab ijabkabul ... Insya Allah, telah merancang! Kalau jodoh aku dan dia, bersatulah kami. Bab melancong ke Bandung dan Sabah .... tiket flight aku dah BOOOOOOOOOOOOOOOK!! Beli rumah sendiri, dah kahwin nanti la baru fikir beli. Join loan beli rumah besar sket. he he he!!
Bila PM umum pasai bonus tadi, memang rasa bersyukur sangat. Bersyukur dengan keadaan sekarang dan berharap banyak perkara yang aku dah rancang akan dipermudahkan oleh Allah Ta'ala. Lagi satu, orang bujang pun boleh mohon BR1M 2.0 tau ... bagi yang berpendapatan RM2K. Dapat RM250 kalau tak salah aku. Eh, rezeki juga tu. Simpan-simpan. Skang nie walau tak dapat bonus memang aku dah up amaun saving aku dalam RM200 ke RM500 sebulan bermula bulan Ogos haritu. hu hu.
Apa lagi yang best pasai bajet 2013 petang tadi selain bonus sebulan gaji dan BR1M 2.0? Ada banyak lagi. Peminjam PTPTN akan dapat diskaun bagi pinjaman mereka jika konsisten membuat bayaran mengikut jadual mulai 1 Okt 2012. Diskaun 10% setahun tu! Banyak la ... untunglah! Hutang tetap kena bayarkan, sebab ia akan dituntut diakhirat kelak. Kalau nak pendidikan percuma belajar rerajin dan bagi dapat cgpa 4.0!! Nasib baik aku dulu loan JPA. Selamatlah ... aku batch akhir untuk loan JPA masa tu.
Pandai pinjam, pandai bayar! Nak tahu lebih lanjut intipati bajet ... kena googlelah ye. he he aku malas plak nak link. Esok pergi keje nak print bajet tu. Senang nak belek ;=)
ALHAMDULILLAH BERSYUKUR PADA MU YA-ALLAH, ATAS REZEKI YANG TIDAK DISANGKA. MOGA SEGALANYA MEMUDAHKAN URUSAN HAMBA-HAMBA MU DI DUNIA INI!!
So, apa komen korang pasal Bajet 2013 nie??????
Terima kasih Datuk Seri Najib .... bentangkan bajet 2013 nie ... |
CK : Tapi masih ada yang mencebik mulut ... "sebulan gaji je ke? ingat 2 bulan!". Patut ke kita cakap camtu???
Alhamdulillah....bonus sebulan gaji bolehlah buat persediaan untuk beli barang yang dihajati. Atau buat simpanan masa depan :)
ReplyDelete