Kadang aku rasa cukup bengang, bila berhadapan dengan pemandu yang tak reti nak bagi signal. Kereta mahal, ada signal ... tapi tak reti nak guna. Aku rasa takdalah susah sangat nak jentik signal tu bagi berfungsi. Susah ke? Lagi susah kalau apa-apa terjadi, baik ko guna skang signal tu kalau nak belok ke hape ... harap kereta je mahal, tapi signal tak function pun tak guna! Memang habit orang Malaysia camtu ke?
Selalunya yang pandu kereta mewah! Tahulah kereta mewah tapi fungsi kenderaan lebih kurang hampir sama je kan? Adakah kami yang berkereta kecik ini sahaja perlu guna signal dan sentiasa berhati-hati serta bagi ruang pada si pemandu kereta mewah?? Entahlah ... tapi jauh kat sudut hati nie rasa marah je. Kalau tak jadi pape ... oklah, tapi kalau accident ke hape ke ... tak ke susah! Yang pakai kereta mewah sah-sahlah duit banyak nak repair kereta ... habis yang pakai kereta kecik, poket pun kecik juga tau! Faham dak?

Lagi satu, orang Malaysia nie ... dah tahu benda tu salah, tak sopan, tak beradab ... tak beretika, tapi still buat. Kalau nak buat benda-benda buruk nie buat untuk diri sendiri je ... antara kita dengan Tuhan, senang nak minta maaf. Tapi kalau buat salah dengan manusia nie ... susahlah nak minta maaf sebabnya kalau dia ucap maaf pun, terfikir tak berapa jauh keikhlasan maaf dia tu? Fikir tak??
Masa buat tak fikir ... dah buat baru nak sibuk minta maaf. Orang tak berpelajaran tinggi pun tahu beza baik buruk berkelakuan buruk pada orang lain. Kalau yang berpelajaran tinggi tak reti nak beza semua tu, susahlah esok-esok jadi pemimpin kan kan kan ... Kadang-kadang kita nie mudah terpengaruh ... ada akal dan ilmu serta ajaran dari mak ayah untuk hormat menghormati sesama manusia kenapa kita tak gunakan??
Aku sebenarnya sedih pasai kes tunjuk ponggong kat gambar PM tu ... mana tatasusila kita sebagai rakyat Malaysia?? Mana ... mana ... mana ??? Paling penting mana tatasusila kita sebagai orang Islam dan Melayu. Dalam ajaran kita takdakan semua tu??
CK : Bila makin berilmu, makin mendabik dada kita sebagai hamba Tuhan, sedangkan kita nie alahai ... "keciklah" sangat2!!

Entahlah Sis. Nak kata pandai, buat kerja bodoh. Nak kata bodoh, berpelajaran. Takda pasal, mencari pasal. Dah kantoi, baru nak malu.
ReplyDeletemasalah peradaban yang makin menipis bermula dari rumah sendiri kann?
ReplyDeletepun biasa kena camnie...sakit hti giler...
ReplyDelete