Monday, September 17, 2012

JALAN, ORDER & MAKAN : MI SUP TENGKERA, MELAKA

Assalamualaikum ...



Meh, citer makan-makan laie ..


Kalau pergi bercuti or jenjalan, tak sahlah kalau tak makan-makan kan? Makan dikira slot wajib. Tak makan kang, larat ke ko nak jenjalan weh ... sure tak laratkan? he he he Itu aku lah, kalau tak makan ... nak menapak pun malas bebenor rasanya. Dah makan baru terang bijik mata!!


Sambung pasai makan-makan dekat Melaka lagi. Banyak tempat aku ngan si teman pi. Ni pun ada lagi yang tak cerita. Yang lenlain kendian la ... ikut turn! Arini cerita pasal mi sup yang sedap sangat!! Okeh, memang sedap pada lidah dan tekak kami berdua. Kalau tengok rupa mi sup nie ... alahai, sesimple sesangat bai! Tapi rasa dia perghhhh ... sedap! 



Aku sebenarnya terpengaruh dengan blog Mya. Dialah dok cerita pasai Mi Sup Tengkera yang sedap nie. So, aku pun alang-alang dah dok Melaka ... memang pulun carilah kat mana lokasi kedai makan nie. Dah ramai bloggers cakap sedap, rugi kot kalau tak try and review!! Sharing is caringlah katakan ... he he he


Rupa Mi Sup Tengkera berkenaan. Simplekan? Hiasan nye cuma carikan ayam goreng, cili merah, daun sup ... itu je. Aritu aku order bihun sup dan si teman order mi sup!! Yang ada cuma ayam je tau. Kot korang terorder mi sup daging ... memang yeeeleeek le!!


Sambil makan sambil dok tengok abang nie isi mi sup dalam mangkuk. Punya cepat dia buat kerja!! Masa kita orang sampai dekat kedai makan nie ... rasanya dah 6.00pm kot. Nasib baik ada lagi mi supnye. Ada gak menu lain ... popia. Tapi takde rezeki aritu. Popia dah habis .... next timelah datang lagi!


Kedai makan nie biasa-biasa je, tapi ... pelanggan dia punyalah ramai weh!! Memang penuh jugaklah. Nasib baiklah kami nie dapat tempat. Masing-masing datang bawa family. Maklumlah time tu weekendkan. Sume nak minum petang cara santai!!


Untuk korang yang nak try Mi Sup Tengkera, agak senang jugaklah nak cari kedainya. Yang penting cari Bangunan Dewan MBMB Tengkera. Bersebelahan je pun. So, korang boleh je park kereta tepi-tepi jalan tu.


Semangkuk tak cukup tau!! Sebelum balik, kami siap tapau mi sup sebungkus ... request ayam lebih lagi. Hu hu ... nak datang bukannya selalu. Sesekali apa salahnye tapau kan ... melantak dalam kete!! Rasa cam perut stokin la time tu ... maklumlah cheat day!! Esok aku dah start diet atkins dah. Selamat tinggal karbo. he he he



Nak info sket dengan korang, kedai Mi Sup Tengkera nie dibuka jam 3.00 petang hingga 7.00 malam (atau hingga mi tu habis!). Hari Khamis tutup tau. So tak yah dok gatai-gatai pi noooooo!! Harga semangkuk kalau tak salah aku RM4.00 kot ... lupa nak tanya, main bayar je!! Rasanya takdelah mahai sangat, berbaloi dengan rasa dan kuantiti mi berkenaan.



Pi Melaka jangan lupa try ya!! Mana tahu kot sesuai dengan tekak korang ;=)






CK : Jap lagi nak pi open house, makan lagi ... esok kita diet reramai ;=)

6 comments:

  1. nampak mcm sup cina. di melaka eh. mesti jejak ni

    ReplyDelete
  2. Family bisness sup nie. Kalau pagi, diorang bukak warung jual mee goreng. Sama juga..orang beratur sikit punya panjang. Orang Melaka panggil Mee Bodo. Mee Sup nie sebenarnya macam soothing menu petang2. Tak heavy sangat, tapi bila makan rasa macam fresh jer lepas letih seharian kan.

    ReplyDelete
  3. @Telor Power wajib pergi nie .... simple tapi bestlah sangat

    ReplyDelete
  4. @Aziela ye ke? tak tahu pun pasal mee goreng tu...next time pi mesti terjah punyala

    ReplyDelete
  5. Makan mee ni memang xleh semangkuk... Haha.. Mesti kene mkn 2 mangkuk... Osemmmmm

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!