Friday, September 7, 2012

JALAN, ORDER & MAKAN : RESTORAN NELAYAN SEAFOOD, RAHANG SQUARE NEGERI SEMBILAN

Assalamualaikum ...




Wah, rasanya dah lama aku tak buat entry makan-makan kan? Kali nie dah start balik makan-makan sebelum aku memulakan semula atkins diet bagi fasa yang seterusnya. Lokasi makan yang aku bawa kali nie memang dah femes kat Nogori Sembilan dan mungkin seantero Malaysia. Aku je baru nak bawa korang jenjalan sini. Okehlah, anggap ia sbg info kepada mereka yang belum pernah sampai sini, boleh gitu?? 


Actually, dah setahun aku tak datang makan sini. Hari Khamis baru-baru nie ada kesempatan ke Negeri Sembilan. Time lunch dah sampai sana ... perut dah lapar, so lokasi inilah yang aku repeat! Tak rugi walaupun mahal ...


Lokasi kali ini adalah Restoran Nelayan Seafood yang terletak di Rahang Square! Menu speacial dia adalah masak lomak cili api. Macam-macam jenis masak lomak yang ada kat sini. Dari yang biasa dan mungkin ada yang luar biasa bagi sesetengah orang. Ada masak lomak pelanduk, rusa, landak, ikan keli, ayam kampung, tembusu, daging salai, telur itik dan macam-macam lagilah!


Ini menu yang aku ambil. Nasi separuh, ikan keli masak lomak cili api, ayam kampung goreng (kecik sangat saiz dia ... rege RM5) dan segala sambal iaitu cencalok, budu, tempoyak ... semua aku campur! Selalunya kalau aku datang makan dekat restoran nie, mesti aku campur semua kuah masak lemak yang ada. Makan sampai berpeluhlah hidung. Memang sedaplah makan kat sini, sesedap harga dia juga ;=)


Ikan talapia salai masak lomak cili api. Sedap, tak bau tanah pun. Seketul nie harga dia RM8. Aku share dengan si teman. Si reman yang ambil, aku plak rasa nak perabihkan. hu hu! Bertambah sedap sebab masak lemak nie dicampur dengan pegaga. Owh, i like pegaga so much.



Yang nie plak nasi yang si teman ambil. Nasi sah-sah lebih. Dia nie suka makan sayur banyak-banyak tau. Good good, cuma aku je kurang makan sayur. ha ha ha. Lauk dia ikan talapia tu ajelah. Aku nie kalau ambil lauk pauk ... kalau boleh semua lauk aku nak ambil.


Buat korang yang nak try masakan masak lemak cili api yang terbaik dan sedap ... bolehlah cuba makan dekat restoran nie. Nak cari dia sonang je ... klu dia SK Rahang tak pun Pusat Gimnasium Rakyat Negeri Sembilan. Kalau korang dah jumpa SK Rahang cam gambar kat bawah nie, dah sonanglah nak cari Restoran Nelayan Seafood nie.

 

Sorrylah, aku lupa nak dapatkan info hari apa dia  tutup. Yang pasti restoran nie memang ramai orang datang. Kadang sampai takda tempat nak parking kereta tau. Kalau nak datang, better datang sebelum jam 12.00pm. Tambahlah hari bekerja, tetap ramai orang! 


Harga makanan kat sini boleh dikatakan agak mahal, tapi mahal-mahal pun orang tetap datang sebab rasa makanan dia memang sedap. Macam menu yang aku ambil dekat atas tu, total semua termasuk air limau ais dalam RM24.00!! Kalau hari-hari lunch dengan harga camnie, boleh bengkooook bai .... kempis wallet. Sesekali kalau nak try makan, bolehlah ;=)



Untuk sape yang nak pergi dan cuba ... manalah tahu kot-kot nak makan daging rusa ke ...landak ke ... boleh ke restoran ini seperti alamat di bawah ;


RESTORAN NELAYAN SEAFOOD
WISMA PBNS, P/3 102, RAHANG SQUARE
JALAN ZA'BA SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN





Selamatlah korang menjamu selera yooooo!





CK : Makan sampai kenyang biar berbaloi dengan bayaran ;=)
 

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!