Salam Jumaat!
Sekejap sahaja hari berlalu dah sampai Jumaat. Kejap je! Masa tak berulang, macam air mengalir ... kalau kita tak tadah, membazir macam tu sahaja. Begitu juga masa, kalau kita tak guna sebaik mungkin, ia tetap berlalu tanpa apa-apa yang bermakna berlaku pada diri dan kehidupan kita.
Aku bangun hari ini dalam waktu yang sangat awal. Bangun dalam keadaan masih mengantuk. Rasa tidur memang tak cukup. Semalam balik keje dekat jam 12.00am. Sampai rumah, mandi ... solat dan tidur. TV pun tak sempat nak tengok apa yang best. Lebih rela nak layan diri yang letih dan mengantuk yang amat! Rasanya seminggu nie memang tak cukup rehat. Pagi nie bangun rasa mood malas nak gi keje tu ada sket. Cepat2 aku tepis ... ha ha ha
kena belajaq aksi tidur camnie kalau mengantuk tahap melampau ..... |
Kadang-kadang aku rasa macam nak je layan mata nie supaya pejam untuk tidur. Yelah, dah mengantuk sangatkan. Takkan nak tongkat kelopak mata dengan batang mancis plak. Tapi bila fikirkan, takkan nak ikutkan hati. Tidur nie bila-bila masa pun boleh tidur. Cukup setakat 6jam ... sudah memadai bagi seorang dewasa!
Walaupun kadangkala aku nie tak cukup tidur langsung, tapi bila pergi office tak pula mata nie mengantuk. Cumanya kalau tidur lewat, bangun agak liat. Kalau tak fikirkan soal kerja, memang malaslah nak bangun. he he he. Jangan tiru aksi ini ya ;=)
Dan Alhamdulillah, setelah setahun lebih aku dah berjaya buang tabiat tidur petang hari. Kalau dulu-dulu kat office, lepas je solat Zohor mesti aku nak baring dulu kat surau. Itupun kalau takde keje urgentlah. Dalam seminggu tu adalah sekali dua. Tak boleh buat selalu, kang kena maki dengan boss plak. Time lunch plak, rela tak makan .... suka sangat layan mata mengantuk aku nie. Kepala tu letak kat meja dengan sebiji bantal., terus tidur. Best! Itu tabiat dululah .... pastu entah macam mana tabiat tu bukan dah jadi tabiat aku dah. Mata nie cuma mengantuk nak tidur asal nampak bulan - malamlah tu!
Aku ni kalau penat sangat terus jadi species tidur mati! Takut gak kang gempa bumi ke hape ... lansung tak sedar. Macam kes tsunami tahun 2006 dulu, time tu aku tidur ... housemate aku kejut sebab dia tengok tv kat rumah tu bergegar. Time tu dok tingkat 10, memang terasalah gegarannya. Semua pakat berlari turun. Bila sampai bawah, bomba polis semua ada ... dah tu macam-macam pesen malam yang ada. Yang pakai suar baju tidur, suar pendek ... seksi seksa gak le nengok. he he he
Esok dah Sabtu, leh la aku bangun lewat sket pas Subuh tu. Malam nie kalau dapat balik keje awal .... nak sambung tido dan rehat sebaik mungkin. Penatnye!!
#Tak sabar nak tunggu perbentangan Bajet 2013 petang nie. Jangan lupa layan tau ...
CK : Asal bangun tidur je perut minta makan .... alahai!!
Untuk keperluan kesihatan memang digalakkan tidur 10-20 minit waktu siang (tengahari), kajian saintifik menunjukkan memang baik untuk jantung dll. Apa pun... kata pensyarah saya, tidur yang berkualiti (tanpa sebarang gangguan) walaupun hanya 2 jam sehari, itu sudah mencukupi... he he heh itu pandangan dia yang sibuk bekerja 7 hari seminggu!
ReplyDelete