Tuesday, September 25, 2012

BUTTER PRAWN??

Assalamualaikum ...




Aku nak cerita pasal butter prawn yang pelik kat korang .... layan intro dulu yek sebelum sampai ke cerita butter prawn berkenaan ... he he he





Semalam lepas kerja, aku dan si teman sibuk mencari lokasi untuk  makan. Lunch kita orang tak makan, masing-masing sibuk dengan kerja. Jumpa orang lagi. Sempat minum air dan makan roti sket (out atkins dah!). Lepas tu terus sambung kerja.


Habis waktu keje, memasing lapar! Perut dah masuk angin. Teruslah cari lokasi makan. Mulanya plan nak makan ikan bakar dekat Senandung Malam di Bagan Lalang. Makan kat situ best, harga pun berpatutan dan masakan pun boleh dikatakan sedap juga. Tapi si teman cakap jauh sangat, perut pun dah kritikal lapar. Then, kami decide ke Warung D'Dusun, Bangi. Elok sampai sana .... tutuplah pulak! Sedihnya. Then dia kuar lagi idea makan ikan bakar dekat MPI, Bangi jugak. Aku pun on je ... dah lapaq sangat bersuara pun tak mampu time tu.


But, on da way ke Medan Ikan Bakar dekat MPI tu .... si teman berubah fikiran. 


"Jomlah ke Ana Ikan Bakar Petai, saya tak pernah pergi lagi sana ... alang-alang dah lalu Bangi kan?"

"Haaaaaa Ana Ikan Bakar ke??" - gaya tak puashati sebab dah tahu kat sini memang tak best makan.

"Takpelah, ini je yang ada ... saya nak try ok ke tak? Awak dah makan dah kat sana aritu ngan family awak. Bolehlahkan??"

"Ermmmmm okeylah ....." 



Bila sampai dekat Ana Ikan Bakar Petai nie, punyalah ramai orang. Aku terfikir je ... apalah yang sedap sangat makan dekat sini. My parent pun cakap tak sedap. Takpelah, layankan ajelah. Elok sampai kami cari meja dan si teman yang pilih seafood. Aku duduk je then order sengkuang calit plus keropok lekor. Buat alas perutlah katakan.



Si teman amik ikan kerapu untuk dibakar petai, sotong dimasak goreng tepung .... aku order sup ekor dan sayur campur! Nasi order 2 pinggan. Aku suruh order satu dia sibuk nak order 2 pinggan. Risau takut tak cukup. Sekali sampai, punyalah banyak nasi sepinggan tu. Last-last aku kena cover dia makan nasi separuh. Dia suruh cheat gak diet atkins sebab kesilapan dia order sampai 2 pinggan nasi .... ergghhhhh geramnye!!


Nasi, sup ekor ... sotong goreng tepung ... sayur campur semua dah sampai. Nak tunggu kerapu bakar punyalah lambat giler!!! Aku nie dah lapar lah sangat ... pastu si teman tanya nak tambah udang tak. Aku on je ... tapi akulah yang pilih. Sebelum pilih udang tu, aku dah tanya ngan pekerja kat Ana Ikan Bakar Petai nie, "boleh buat butter prawn tak??". Jawapanya boleh. So pilihlah udang!!



Dekat 40minit baru ikan kerapu bakar siap ... pastu datanglah butter prawn yang ditambah tadi. Sekali bila tengok butter prawn yang datang, terkejut aku!! "Inikah rupa butter prawn?? Tak pernah pula aku makan rupa butter prawn cenggini!" Detik hati kecik aku yang mungkin tak berapa kecik sangat ....



Rupa butter prawn nie cam pelik bagi aku. Nak tengok??? Nak tengok .... scroll lagi dan lagi
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Inilah rupa butter prawn yang pekerja dia cakap boleh buat tu. Butter prawn ke cenggini???
 Cer korang explain kat aku sat!!




Dua kali makan dekat Ana Ikan Bakar Petai nie ... memang sangat mengecewakan. Tak berbaloi pada harga yang dibayar. Macam semalam, sotong goreng tepung dia tawar ... butter prawn rupa dia pelik sangat, rasa lagilah pelik .... kerapu dia dah takda kemanisan ikan .... yang ok pun cuma sup ekor dan sayur campur je! Lenlain ... outlah!! Total makan semua RM72 .... baiklah pergi Bagan Lalang. Tapi disebabkan penat ... pasrah ajelah dengan menu camtu!!



Serikdah .... cukuplah dua kali tu. Rasanya tak pi dah kot. Pi semalam pun sebab si teman nak sangat makan kat situ. But lastly, dia pun cakap tak sedap!! Pangkah restoran nie ..... wassalam!!!



#servis lambat bebenor ... cashier tak reti senyum! haissshhhh





CK : Rezeki, makan ajelah. 

6 comments:

  1. tu mcm udang masak ladna je...hehehe..

    *eh..ari tu my fren g mkn kat kedai ana petai ni dorg kate sedap..tp kat tg lumpur kuantan la...sy yg mmg duduk sana dulu pun tak tau kedai tu sedap.

    ReplyDelete
  2. Even di Kuantan pun ada 2 branch Ana Ikan Bakar Petai. Yang betul2 ok, cumalah restoran di tepi laut tu jer. Yang lagi satu tu pun out juga. Tapi yang tepi laut tu akak memang betul2 recommend. Harga sangat berpatutan. Seafood semua fresh sebab nelayan hantar direct dari bot. Cooking semua ok. Servis pun ok.

    If it happenned to be that awak dengan teman sesat di Kuantan (or berhoneymoon ke - Amiiin), try lah branch tepi laut. Jangan order banyak sangat. Sekadar ikan dan sotong goreng tepung jer pun dah boleh buat assessment. Insyaallah.

    ReplyDelete
  3. @MAY itulah ramai ckp kt kuantan sedap. yang kat bangi nie memang gagallah....

    ReplyDelete
  4. @Aziela Insya Allah kak, kalau sampai sana bleh la sy try ... jenjalan or honeymoon he he he ....

    ReplyDelete
  5. teeeediaaaa. macam kelakar ja butter prawn macam itu. kahkahkah.

    ReplyDelete
  6. @izzi ismail bukan setakat kelakar, rasa pun dah ke laut ... he he he

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!