Sekian lama aku pendamkan hasrat nak tukar background dan header blog ... lama sangat tak bertukar! Sampai kadang aku sendiri rasa jemu tengok blog aku. huh! Entah macam mana malam nie aku boleh plak bersengkang mata menyiapkan header yang tak seberapa pun. Oh, aku tahu aku memang tak reti bab design! Jangan gelak dengan header aku yang simple yg amat tuh okeh.
Dan aku tahu juga, blog nie skang macam kanak-kanak dah ... tak sesuai langsung dengan umur aku. Tapi, takkan aku nak nafikan yang aku memang sukakan cartoon yang cute mute walau usia aku nie dah tua dah weh! Ah, peduliklah nak cakap pape pun kan kan kan ... hu hu
Dulu aku pakai header cam kat bawah nie ... header nie LalaDila yang buatkan.
Dan sekarang header aku cam kat bawah nie plak ... Aku buat sendiri ... yeeee, cari gambar cute-cute pastu belajar letak font bagai and transparents kan dia guna GIMP!
Aku study sendiri buat header transparent nie. Google dari blogger hebat-hebat. Thanks korang yek. Dari blog sape aku dah lupa. hu hu. Dekat 2 jam gak le baru dapat seketul header. Salah berkali-kali tau. Blog aku nampak remaja sket, sedangkan cik puan penulis blog nie dah remaja purba! hu hu ... lantaklah labu. Asal bahagia....
Sekian, persembahkan wajah baru blog yang lebih ceria ... ;=)
CK : Nak seribu daya ... setakat yang terdaya!!
Bagi yang first time datang tu, pasti fikir ini blog budak sekolah. Hehehe...
ReplyDelete