Tuesday, September 4, 2012

TAK BOLEH TIDUR!

Assalamualaikum ....





Aku ada masalah sket. Sape dapat tolong yek? Haish ... minta tolong kat kengkawan di blog plak la. Masalahnye skang, aku nie tak boleh tidur, start daripada aku balik dari kampung selepas raya hari tu sampailah skang. 


Tidur malam sekejap, lepas tu terjaga 1-2 pagi, kemudian dekat-dekat Subuh baru mata betul-betul mengantuk. Memang time untuk solat sunat hajat ke tahajjud je neh. Ingat dulu time-time belajar ... bangun waktu camnie dok solat sunat. Tapi dah start keje, makin liat plak nak wat solat sunat! Tak baeeeek sungguh perangai macam nie! Sila jangan tiru ye ;=)


Malam kelmarin, aku cuma tidur 2 jam je. Adus bayangkan 2 jam ...  tidur dalam jam 3.30am, 5.30am aku dah bangun. Lepas tu buat apa yang patut ... dah siap-siap nak pergi keje. Time nak makeup bagai (make uplah sangat!) aku perasan mata aku dah lebam semacam. Huk huk ... tak comel dah le ... kui kui kui. Tapi bila aku pergi keje, takdalah plak aku nak tidur kat opis ke hape ke. Okeh je. Macam kononnya aku dah cukup tidur 6-7jam. Hakikatnye tidur 2 jam je pun ;=(


Apa aku nak buat nie, asal tidur je tak nyenyak .... letihlah camnie, dah seminggu lebih dah berlarutan. Erghhh ada sapa yang dapat membantu aku ke? Aku nak tidur nyenyak dan kecukupan tidur ... penting untuk kesihatan yang baik juga!! 


Tolong yek!






CK : Siang dah takda rasa nak tidur lagi macam dulu.

2 comments:

  1. cuba minum susu suam sebelum tido.
    xpun baca pape yang rasa sangat la bosan

    ReplyDelete
  2. @Titisan Hujan Oooo camtu ke? Nantilah CK cuba camne. Kenalah panaskan susu segar dlm fridge tu ;=) Thanks ye

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!