Sekarang nie aku dah ada kerja sampingan masa lapang. Kerja yang boleh jadi rezeki sket-sket (Alhamdulillah) dan masa aku tak terbuang begitu sahaja. Kerja yang aku buat nie bukanlah untuk jadi kaya pun ... setakat suka-suka dan memenuhi hobi aku sahaja! Hobi yang suke masaklah kononnya ;=)
Haaa inilah yang aku buat .... roti jala! Tak banyak pun tempahan yang aku ambil. Hidup jangan nak tamak. Setakat yang mampu sahaja. Tempahan kecik-kecik je pun. Biasanya aku ambil tempahan dari 50 ke 200 pieces roti jala sahaja. Ini je yang aku mampu buat pun. Itu pun rasa nak tercabut kaki berdiri menjala! Letih ...
Ini tempahan roti jala untuk hari ini 100 pieces oleh BFF aku! Repeat order. Dulu dia request color macam-macam ... kali nie dia amek color natural roti jala! Kalau aku busy, sape-sape pun yang order terpaksalah aku tolak walaupun kuantitinye sedikit. Tak berani nak berjanji. Lagipun aku bukan serius berbisnes sampai lupa diri, setakat suka-suka sahaja buat masa sekarang. At least ... ada benda berfaedah yang aku buat!
Order roti jala ni pun aku amek dari kengkawan je setakat nie, yang dekat dengan aku ... yang senang dorang nak ambil dan yang senang aku nak hantar bila dorang minta tolong dan aku boleh tolong time tu.
Roti jala aku buat nie guna susu segar dan juga telur ... so, harga dia pun ikut bahan mentah yang aku guna gak le.
#elok-elok siapkan roti jala, gas pun habis ....
CK : Kadang-kadang penat itu boleh bagi senyuman jika kita ikhlas ;=)
perrgghh..rajin!
ReplyDeletehi dtg sni jenguk kamu..dr segmen mak dara
ReplyDelete@:: Mrs.Eady :: rajin la jugak sket...ghahahhahaha
ReplyDelete@Mrs Velentine tq dtg jenguk
ReplyDelete