Saturday, September 15, 2012

JALAN, ORDER & MAKAN : SERI MUARA ALAI HJ. NASIR IKAN BAKAR, SUNGAI PUNGGOR MELAKA

Assalamualaikum ...





Terbengkalai sekejap cerita kat Melaka, sesi makan-makan. Hari ini aku ada kelapangan sket. So, jom kita bercerita. Kalau pi Melaka, rasanya tak sah kot kalau tak makan ikan bakar. Di Melaka ada macam-macam tempat ikan bakar. Umbai, Alai, Muara Sungai Duyung dan lain-lain tempat yang aku sendiri tak pasti. 


Orang kata, Umbai adalah antara lokasi ikan bakar yang femes di Melaka. Tapi sejujurnya, aku belum pernah sampai ke sana lagi. Serius! Macam tak lengkapkan travel aku ke Melakakan? Tapi takpe ... next time ada lagi. Melaka pun bukannya jauh sangat dari Putrajaya pun!


Untuk trip yang hari tu, aku pergi makan ikan bakar dekat Alai! Area Sungai Punggor. Repeat ... sebab dekat sini sedap berbanding Muara Sungai Duyung. Kat Muara Sungai Duyung tu pertama kali pergi je memang sedap, kali kedua dan ketiga aku pergi dah out daripada standard aku. hu hu hu


Dari Banda Hilir rasanya tak sampai setengah jam untuk korang sampai ke Medan Ikan Bakar/Asam Pedas Sungai Punggor nie. Korang mesti kena lalu sebelah sungai kalau nak masuk ke kawasan Medan Ikan Bakar nie dan melalui tandop. Restoran ikan bakar yang aku pilih adalah sebelah kanan ya! Sebelah kiri pun ada juga, tapi yang tu belum pernah try lagi kesedapannya.


Masuk kali ini dah 4 kali aku makan di Restoran Seri Muara Alai Hj. Nasir Ikan Bakar. Aku suka kesedapan dan kesegaran makanan laut kat sini dan layanan pun lebih baik dari Muara Sungai Duyung. Dekat Muara Sungai Duyung, tauke restoran tu suka push kita ambil ikan/ udang/ sotong yang besar ... belum kita pilih dah dia plak yang pilih. Sapa yang nak makan sebenarnya ... dan siapa yang nak bayar?? Setakat pergi berdua, perlu ke membazir pilih yang besar-besar je, bukan nak makan ikan je .... makanan laut yang lain pun nak makan juga .... so kena berpada-padalahkan.


Tengok ... segarkan? Masa pilih nie, tauke dia sikit pun tak ganggu kita memilih. Memang dia bagi keselesaan. Pilihlah mana yang kita suka. Sedikit pun tak dipaksa ikut kehendak dia... "amek yang nie besar ... amek yang tu!". Pilihlah apa yang korang suka dan suki! Itu yang aku merasa selesa makan dekat sini.

Hari tu aku dan si teman pilih ketam, ikan pari, jenahak dan sotong! Hah ... masa amik tu si teman siap cakap ... "banyaknye kita makan, kang tak cukup duit nak bayar ... ha ha ha!". Buat lawak plak dia, kang ada yang basuh pinggan kang!


Lepas siap pilih semua, carilah meja. Kami sampai time tu, masih awal. So banyak meja kosong lagi. Boleh pilih sesuka hati nak dok tang mana. Aku punya pilihan mesti nak dok dekat tempat yang nampak sampan tu. Senang nak bertenggek tengok sampan.


Oh, satu lagi .... nasi lemak kat sini pun sedap. Rasa dia yang lemak-lemak dan cukup garam tu serta lembut buat aku tak kisah nak repeat berapa kali pun makan dekat sini. Time tunggu semua makanan sampai asyik posing nasi lemak tu bergambar! Test camera cap ayam aku tuh sebelum ia bertukar menjadi dslr. he he he



Adik nie tengah bakar ikan ... malu-malu plak dia bila aku snap pic dia. Terus tunduk! Ikan bakar kat sini memang enak dan rasa kemanisan pun masih ada sebab dia guna bara  arang yang banyak. Bukan bakar berapi sampai bau asap tu.


Okeh, makanan dah sampai. Dalam gambar ada ... sotong goreng tepung, jenak bakar sambal dan ikan pari bakar sambal. Kalau korang nak tahu, kat sini paling best bagi aku ikan pari goreng sambal!! Sedap sangat. Cuma hari tu aku tak order ... sebab dah selalu sangat makan. Kali nie ikan pari tu kami suruh bakar plak.


Ketam masak pedas!! Sedap ... isi banyak dan manis. Kuah masak pedas dia memang taklah cair macam setengah tempat tu. Amek 2 ekor ... so, sorang sekorlah makan. Ketam masak pedas nie sangat mengiurkan dan buat aku terkenang akan rasanya yang manis tu! Nyuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuummm ..


Keseluruhan makanan yang diorder ... kecuali sotong goreng tepung non hado dalam gambar kerana dah masuk perut sepenuhnya!! Sotong tu kami ratah je ... Ikan jenak bakar sambal tu sangat sedap, rasa sambal dia yang manis-manis pedas memang kena dengan tekak aku. Isi ikan yang manis dan lembut. Ermmmmm best!


Masa nak balik, sempat lagi tapau 10 ketul otak-otak dengan harga RM6. Otak-otak dia tak berapa kick. Rempah terlalu kuat. Tak pedas sangat. Bolehlah ...


Nak tahu bape harga semua tu termasuk air, cuma RM67.00 sahaja.! Bagi aku harga dia memang berpatutan dan sesuai dengan rasa semua makanan yang lazat tu!!


Kalau makan dekat Bagan Lalang dah cecah RM80++!!  Apakata korang plak cuba terjah makan ikan bakar dekat sini plak. Yang aku cerita nie semuanya rasa tekak dan lidah aku ... so lidah dan tekak korang aku tak pasti camne plak kan ... kan ... kan.



SERI MUARA ALAI NASIR IKAN BAKAR
KM. 8 ALAI, 75460 MELAKA

HP : 016-6331373 / 012 - 2725310 / 06-2634612





CK : Bila dah dok kat rumah, mula mood malas nak pergi kerja weekend nie ... hu hu alasan lah manjang aku nie.

7 comments:

  1. Dah pegi..servis teruk! Dtg dari jauh semata2 nk cuba mkn..request ikan msk stim limau, lambat katanya, udang request masak butter, pun lambat katanya..abis tu ape yg cepat?? Bakar semate2 je ke?? X pernah lg mkn kt restoran customer yg kena ikut kehendak peniaga..sape yg byr??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi yg Alai nie ke? Setakat nie sy pergi dan repeat berkali2 servis dia masih terbaik. masakan dia masih sedap dn tak mengecewakan...

      Delete
  2. Dh pegi, servis teruk! X pernah lg pegi kedai mkn customer yg kena ikut kehendak peniaga,mintak masakkan udang butter prawn dgn ikan masak stim je tu pun xleh buat alasannya lambat..bistu ape yg cepat?? Bakar je ke? Sape yg byr??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat!!! Butter Prawn dia sangat mengejutkan! udang yang di masak dalam kuah mentega!!! seriously? Kedai ni indah khabar dari rupa~~~

      bila kami komen ckp kurang sedap and maybe boleh di improve...cashier bole jawab ' Nanti tak yah datang lagi la ye'..... so rude!

      Delete
  3. dah gi gak.. hehehe.ikan bakar smpi rentung, keras plak tu isinya tua kot. ikan jenahak. nasib baik murah. ramai org paling ramai cina.

    ReplyDelete
  4. We went to this restaurant because it pops out first in google search. When we reached there, there's a lot of people so it might be true then.

    Unfortunately, the service was bad. we waited for almost an hour before we have our first ordered food on the table. and the rest of the food come one at a time.. and the food was not that great! we've tasted way better seafood in other places. we ordered butter prawn and to our surprise, it was not what we used to see all this while. I think they cook literally prawn in butter sauce!! so weird!

    The worst part is, we try to give some comments/feedback to the cashier by saying the food was not that tasty and maybe they can improve it. to our surprise, she replied 'Then, don't need to come back here!' ..... such a rude answer! Definitely, we WILL NEVER COME BACK to this place! they don't know the word HUMBLE I guess!

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!