Kadang, cuti berkembar bagi aku menimbulkan masalah dalam diri sendiri. Orang yang berfamily mesti suka dengan cuti berkembar. Contohnya macam hari ini. Hari ni kan Hari Malaysia ... cuti umum. Bila cuti umum jatuh hari Ahad, maka Isnin akan jadi cuti ganti. Dapatlah 3 hari cuti ... Sabtu, Ahad dan Isnin.
Apa yang jadi masalah pada aku adalah bila cuti macam nie, orang lain sume balik kampung dan aku tidak! Pastu lonely. Bila lonely kepala aku dah fikir macam-macam benda yang menjadikan aku cukup bosan. Macam hari ini. Semalam petang aku datang kerja sekejap, pastu sms ex-housemate aku ... ingat nak pergi rumah dia. Tapi, dia balik kampung dekat Perak. Baru ingat nak pergi beraya dan jumpa anak kembar dia tu. Lama sangat tak pergi, rindu!
Adik aku pun balik kampung time nie. Dua-dua adik aku balik. Yang sorang tu balik kampung sebab adik ipar dia bertunang. Komitmen orang yang dah ada family, bila sebelah pasangan ada kenduri ke hape ke ... kenalah tolong. Takkan kau nak buat dek je kan. Kang kena pulau plak. hu hu. Adik aku yang sorang lagi plak balik sebab nak pergi fitting baju kahwin. Okeh, mesti sibukkan dah tinggal 3 bulan je lagi nak kahwin. Tapi kalau adik aku yang nie ada pun, asyik terperuk je dalam bilik ... tak pun pergi kelas, so sama juga ... aku still lonely gak. erghhhh
Si teman plak balik kampung jua sebab nak settlekan projek yang dia dapat. Murahlah rezeki awak hendakNya. Bolehlah tambah-tambah bajet tahun depan dan melancarkan perancangan 2013. Amin. Bila dah jauh camnie, mulalah aku mesej bukan ... "bosanlah ... takda kawanlah ... tak tahu apa nak buatlah!". Sedangkan pagi tadi aku bangun, dah siap buat kerja ... kemas dapur, gulung popia untuk buat snack ... tengok tv, basuh baju ... cuma rumah je belum kemaskan lagi. Bosan melanda. Terus aku decide datang office. Fine, orang lain seronok bercuti kat kampung dan aku plak ... menghegehkan diri siapkan minit mesyuarat di office. GOOD!!!!
Bila si teman call, mulalah touching-touching semacam ... bercakap, tapi suara tak keluar! ha ha ha ... yang dengar sok sek sok sek je. Okeh, aku nangis bai sebab kena tinggal. Ermmmm itulah kelemahan aku kot. Kahwin cepat ... Mak, nak kahwinlah camnie!!!!
But, bila cuti berkembar nie aku dah ada kat kampung ... hati happy je! Tak de pun nak hengat masalah ke hape ke. Cuma bila aku tak balik kampung je cuti berkembar nie cam jadi masalah sketlah kat aku. hu hu. Kawan-kawan sume dah kahwin, so masing-masing dah ada projek yang dorang plan dan unplanned kan?? Jadi, cuti camnie aku jadi sunyi sangat-sangat. No activities!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Nak balik kampung pun, bulan depan dah raya haji aku akan balik ... November nie balik lagi. Semua tu duit. Pergi balik untuk tol dan minyak je dah RM300 termasuk duit belanja RM200. Total sume dah RM500!! Kalau bulan depan aku tak balik, sure skang aku dah ada kat kampung ... huk huk huk. Serius rasa sedih dan bosan sangat.
Nasib baik ada blog nie dan ada korang yang leh baca luahan hati aku nie ... he he he ;=) SELAMAT HARI MALAYSIA!!
CK : cara motivate diri bila lonely, "esok-esok mati, dalam kubur sorang-sorang gak. kat dunia sorang-sorang apa nak heran bai .... chill laaaaaaaaaaaa!"
Kalau banyak kerja kat office cuti lama2 pun tak best jugak. Hehe.
ReplyDelete@pizli tapi klu cuti ngadap keje lagilah tak best ... he he he
ReplyDelete