Thursday, September 20, 2012

FREE SEATS LAGI!!

Assalamualaikum ....







Ada free seats Airasia lagi. Baik buka web skang ... aku sedang usaha untuk book satu lagi trip luar Malaysia!! Trip ke Sabah aku dah dapat dah masa free seats 18 September 2012 hari tu. Insya Allah panjang umur, 2013 aku sampai Sabah!! Orang Sabah tunggu aku datang .. he he he


Skang nie dekat waiting room untuk trip seterusnya ;=)


Sabarlah dok waiting room dengan perut yang start lapaq ... ;=)



Tahun 2013 memang aku ada beberapa trip yang nak disempurnakan. Belum masuk perancangan nak dirikan masjid lagi. Fuuuuuh, lap dahi ... lap dahi ... peluh meleleh. Kena keje keraslah sket. Kerja rerajin. Kumpul duit. Uh, nasib baik hujung tahun nie loan Bank Rakyat dah settle, bolehlah keep saving untuk kahwin dan jenjalan. Bab kahwin nie takleh nak hover sangatlah sebabnya nama pun perancangan melibatkan hati hati manusia kan ...


Tapi pasai trip nie, walaupun melibatkan hati hati manusia juga, tapi hati manusia yang dah sebulat suara dan sepakat kata nak pi dan sanggup keluarkan duit untuk travel!! Apapun bukan bermakna bab rancang kahwin tu tak sebulat suara dan sepakat ... nak cari tarikh bertunang pun dah masing-masing nak ikut kepala memasing. So, how???? Betullah orang cakap, kalau nak buat benda baik nie ... ada sahaja rintangannya, wajib sabar!! Bukan harus lagi dah ... wajib sabar!!




So, concentrate bab trip dulu ... bab wajib kahwin tu, pelan-pelan kayuh. Kena cari titik persamaan dulu!! hu hu


 



#masa entry nie nak end, aku tengah proses payment dah ... hu hu! Alhamdulillah ... so, trip dah confirm akan jadi jika panjang umur dan sihat tubuh badan 1 dalam negara dan 1 luar negara jiran ;=). Kita pi jiran dekat-dekat dulu.










CK : Kena pi buat passport dah ...





2 comments:

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!