Assalamualaikum ....
Apa lagi kau cari ...
Apa lagi yang mahu kau tuding kepada diriku ini?
Salah mu tidak ku ungkit
Silap mu tidak ku jerit
Pergimu tidak ku kejar
Bahagiamu tidak ku cuit
Ku sedar
Masa menjadi penawar
Ku telan
Segala keresahan
Segalanya reda dalam perjalanan masa
KU BAHAGIA KINI
Dengan dia yang buat ku senyum dan tangis bersama
Kini
Kau hadir semula
Buka cerita lama
Ungkit segalanya
Walau kau sedar
Salah itu pada dirimu
Pergilah
Tiada ruang untukmu
Tiada peluang kedua
Tak semua yang putus akan bersambung
Nyatanya, kau bukan di hati ku!
Terima kasih meninggalkan sepi diriku dulu!
Cuma satu pintaku
Doakan bahagia aku bersama si dia
Seperti aku doakan kamu bahagia setelah bertahun-tahun sepi tanpa berita!
Antara kita tiada lagi cerita ...
Jua kenangan telah terpadam sekian lama !!
CK : Yes, keep moving! Jangan tenggelam dalam tangisan yang sia sia ;=)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)
MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!