Sunday, September 9, 2012

JALAN, ORDER & MAKAN : KLEBANG ORIGINAL COCONUT SHAKE YANG SANGAT YUMMIE! YEAHHHH

Assalamualaikum ...




Jalan makan angin dekat pantai plak ... dah lama juga tak pergi pantai kan? Aku baru je balik dari Melaka last week. Jenjalan di Banda Hilir dan Pantai Klebang. Walaupun Pantai Klebang tidaklah seindah pantai di Port Dickson Negeri Sembilan, tapi aku tetap sukakan Melaka kerana kebersihannya, kekemasannya, ketersusunannya dan kecantikkannya! Yang paling penting bagi aku, Melaka tak pernah jemu untuk dilawati. Tetap menarik ... tetap happening! Love Melaka so much! Setahun 4-5 kali ke sana, tidak pernah jemu bagi aku.


Kali ini aku ke Melaka dengan niat yang satu .... Jalan, Order dan Makan! Senang cerita, jalan-jalan cari makan. One day before ke sana, aku dah google tempat menarik untuk aku mencari menu yang special di Melaka.  Dan misi kali ini adalah MAKAN!! Aku kena memenuhi misi kali ini dengan makan sebabnya aku masih lagi dalam cheat day untuk atkins sempena raya. Macam penat je, ko diet pagi petang dah ada open house. Orang makan, takkan ko nak tengok. Menu raya rasa dia lain sket dari hari-hari biasa ;=) Alasankan aku nie nak cheat diet .. hu hu


Okeh, berbalik kepada JOM nie, lokasi pertama yang aku terjah bila sampai Melaka weekend hari tu adalah KLEBANG ORIGINAL COCONUT SHAKE! Coconut shake nie memang hangat diperkatakan oleh bloggers. So, aku pun tak nak terkecuali untuk review tentang coconut shake nie. Sedap ke idak?? Kata jadi blogger kan ... kan ...


Gerai coconut shake berkenaan. Ada 2 tau ... kalau nak bungkus, sila beli yang dekat tepi jalan. Tapi kalau nak makan dekat situ ... sila masuk ke sket ada satu lagi gerai yang siap dengan tempat duduk bagai. Kena melalui lorong tepi Solok Kg. Bahagia tu. Kalau tengok kat gambar, lorong yang Exora tu nak keluar. Ada tempat khas untuk makan di situ.


Masa aku sampai sini, orang tak meramai lagi. Yang beratur pun cuma 4-5 orang je. Masa tu dah kul 3.00pm rasanya. Tengok abang tu yang tengah senduk aiskrim vanilla tu, aiskrim Wall lagi tu ... asal si teman pegang camera je dia pandang dan senyum, siap control macho tu bang ;=) Macam tau tau je bang kami nak masukkan kat blog kan!



Dorang angkut kelapa guna basikal tua nie. Hah, penuh 2 basikal tu. Mesti lumayan hasilnya ... hu hu. Aku rasa 2 basikal nie macam tak cukup sebabnya pelanggan dia adalah meramai. Kalau habis mesti dorang pergi ambil dekat gerai yang dekat dalam tu .... agaknyelahkan ... he he he


Dah beratur, masa aku sampai ini je yang ada. Tapi bila aku dah start beratur, pelanggan dah meramai beratur belakang aku. Bukan setakat ada coconut shake je kat sini, nasi lemak bungkus daun pisang pun ada. Boleh cuba kalau nak, aku tak cuba pun ... perut dah kenyang makan masak lomak cili api dekat Nelayan Seafood, Rahang Square sebelum sampai Melaka.


Tengok, aku dah cakap ... nak Bungkus Di Luar, Makan & Minum Sila ke dalam. Sila rujuk arrow ye kengkawan ;=). Untuk hari tu aku beli coconut shake original .... dengan aiskrim vanilla di atasnya!


Rupa bentuk coconut shake berkenaan sebelum disedut. Rasanya memang amat enak. Si teman cakap, "betullah cakap blogger tu, sedap sangat coconut shake nie ... kat Putrajaya pun takda yang best camnie!". Rasa dia memang sedap, ais dia terasa halus, lemak dan manis coconut shake nie memang cukuplah. Mungkin gak sedap kerana guna aiskrim vanilla Wall kot. Bak kata, 2 cup cocnut shake nie untuk sorang tak cukup! Aku rasa rugi beli 2 cup je aritu, last-last aku belasah yang si teman punya. Nasiblah yang oooooi!!


Ha, untung tau ada blogger nie ... boleh review kat korang makanan mana sedap ke idak ... lokasi tang mana, cumanya korang kena rajin google sket. Tempat makan tu pun leh dapat promosi percuma. Tapi, pastikan sedaplah ... layanan tip top! Kalau tak sedap, layan cam hampas kelapa, review pun macam tu lah jugak. Jangan nak marah plak kalau blogger review bukan-bukan ye!!


Untuk korang yang nak ke sana, Klebang Original Coconut Shake ini terletak di area jalan Pantan Klebang, sebelum masuk ke simpang Solok Kampung Bahagia. Nak senang lagi cari, bersebelahan stesyen minyak Caltex!! Tepi jalan je, slow-slow sket bawa kereta tu .... sure perasan ada satu khemah sebelah  Caltex tuh!



Selamat mencari dan selamat mencuba .... nanti aku update lokasi makan best yang lain di Melaka ya! Tungguuuuuuuuuuuuu.....






CK : Masa balik naklah repeat, tapi dah habis ... sedih aku!!

1 comment:

  1. Anda boleh dapatkan senarai homestay di kawasan Klebang yang murah di Melaka berhampiran lokasi pelancongan di Bandar Hilir dan Klebang sila lawati;
    http://www.homestaymelaka.com.my atau http://homestaymelaka.worldheritage.com.my

    Begitu juga bagi INDAH Kembara Apartment & Hostel Klebang merupakan penginapan apartment dan hostel murah untuk rombongan di kawasan Klebang dan Bandar Hilir, Melaka boleh lawati http://www.indahkembara.com

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!