Tadi bff aku masa kat UUM post dekat wall dia, ngomel pasal anak teruna dia yang baru 3 tahun tu. Minta macam-macam sampai dia jadi risau. Tengok ironman suruh beli, tengok itu suruh beli ... tengok ini suruh beli. Kiranya anak kedua dia ni banyak permintaan. Katanya lagi, anak sulung dia yang lelaki masa berusia 3 tahun dulu tak macam nie pun. Sekarang anak sulung dia dah 5 tahun.
Bukan kata anak bff aku, anak buah aku sendiri pun macam-maca karenah juga. Tambah-tambah anak adik aku. Bila datang rumah aku terus minta iPad. Sedangkan aku nie iPad pun tak mampu beli. Kalau balik kampung asyik dok main iphone mommy dia sahaja. Anak abang aku pun sama juga. Kadang-kadang hp aku yang koman baling anjing tak mati nie pun dia minta juga nak main game. Asal dapat main game....tak kira hp cap ayam pun dia minta juga.
Bila aku pikiaq balik, zaman aku bukan kata hp canggih-canggih nak main ... kereta kontrol pun tak merasa nak pegang. Harap main anak patung yang rega dia 2-3 ringgit ja. Itupun aku rasa dah mahal bagi mak ayah aku time tu.
Anak-anak skang nie, kecik-kecik baru 2-3 tahun dah main tab, iphone ... iPad bagai! Aku dulu ... tingkatan 5 baru kenai komputer yang monitor dia besaq gedabak. Umur 25 tahun baru beli hp ... itu pun yang besar batu asah tajak tuh!!
Bila tengok camtu, risau jugak aku ... manalah tahu kot rezeki aku berjodoh dan beranak esok-esok ... apalah anak-anak aku nak minta kat aku nanti. Risau .... risau ....
CK : Kalau boleh aku tak nak anak-anak aku sibuk dengan hp masing-masing kat meja makan atau pun kat mana saja .... tak beradap dan tak kenai orang depa nanti. Tanda-tanda pada anak buah aku dah ada macam nie, tak kenai orang sangat! Asyik layan hp dengan lappy ja ....
generasi Y katakan
ReplyDelete@Telor Power ha ha ha ... Gen Y lah sangat, kdg2 rasa cam melampau lampau je
ReplyDelete@Telor Power ha ha ha ... Gen Y lah sangat, kdg2 rasa cam melampau lampau je
ReplyDeleteZaman dah moden. Nanti asyik duduk dalam rumah saja ngadap pc. Apa berlaku di depan rumah pun dah tak dipedulikannya.
ReplyDelete