Semalam hari Jumaat, rehat lama. Kalau time rehat lama di hari Jumaat tak keluar pergi mana-mana ... waima Alamanda atau balik rumah, telinga aku kenalah tadah citer-citer mengarut makcik-makcik dan ahkak-ahkak dekat office. Dan aku rela dok kat messy desk sendiri dari bercampur gaul dengan mereka. Rasa nak sumbat kapas kat telinga. Boleh bernanah kalau dengar citer-citer asyik kutuk dan gelakkan orang lain. Benci sungguh!! Aku tak tahu kenapa dorang nie asyik nak membangga diri memanjang pastu buat ketupat secara berjemaah walau bukan time raya! grrrrrrrrrrr ....
Dari aku terus membiarkan telinga aku melayan citer-citer bangang lagi membangang, baik aku check akaun Nuffnang. Sekarang nie cuma satu je CPUV yang masih bertahan dekat belog aku. CPUV yang masih setia itu dari DiGI Iphone 5. Tiada CPUV Februari pun lagi. Harap-harap lepas nie adalah hadiah Chinese New Year dari Nuffnang. Kalau adalah!
Disebabkan takde CPUV baru, aku nak share pencapaian UV aku setakat ini. Alhamdulillah, UV aku dah berjaya cecah angka 700 sehari! Yeeeayyy 700 tu. Sila lihat bagi tarikh 14/2/2013. 734. Sukenya hati. Walaupun korang lebih hebat dari aku dengan beribu-ribu UV, tapi aku baru nak merasa UV sebanyak ini. Weekdays je dapat merasa UV cenggini, kalau weekends .... dan cuti umum, UV pun merudum ;=(
Aku harap suatu masa aku mampu untuk capai 1000 UV sehari. Moga-moga. Walaupun aku tak sebaik blogger lain yang mampu update 3-4 entry sehari. Aku telah cuba untuk up entry sekerap mungkin. Tapi kerana kekangan masa dan idea juga, sekarang nie aku masih maintain dengan 1 entry sehari. 1 entry je ko mampu?? Ye, 1 entry je .... huk huk huk
Dan akhir-akhir ini aku perasan keywords yang dicari orang dalam blog aku adalah perkara yang sama. Resepi Tomyam dah beberapa lama menjadi juara keywords dalam akaun Nuff aku, disusuli dengan menu diet dan diet atkins! Disebabkan belog aku nie bukan pun mesra SEO, so ... susahlah nak UV terlampau banyakkan. Aku nak main SEO pun tak reti.
But, bila tengok UV sedemikian rupe. Hati aku rasa berbaloi aku jadi blogger. Ada belog. Dan menulis belog. Ada juga yang sudi baca. Terima kasih ye ;=)
Aku tak tahu sampai bila aku akan menulis dekat belog nie??
CK : Suatu masa ... yang bermula pasti berakhirkan??
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)
MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!