Wahai para suami sekalian, adakah kalian salah seorang seperti di dalam cerita di bawah ini? Berapa ramai yang sanggup puji masakan isteri yg berkerja dalam masa yg sama menjadi suri rumah sedangkan masakan isteri tak sedap? Atau ramai yang melenting dan complaint sana sini, tak pun langsung tak makan?
Mak saya suka memasak tapi mak bukan seorang suri rumah, mak seorang engineer. Ada satu malam, mak balik sangat kepenatan tapi masih perlu memasak untuk saya dan abah.
Mak hanya mampu masak ayam kunyit, sayur kailan ikan masin dan nasi. 3 hidangan itu diletakkan di meja makan di mana ayah duduk goyang kaki menunggu makan.
Ayah meminta diri untuk solat Maghrib dulu sebelum makan. Ketika itu saya mencuba hidangan mak. Alamak, ayam kuncit terlalu masin, kailan separuh masak dan nasi hanyit.
Namun saya diam.
Selepas Isyak, ayah menjamu makanan masakan mak. Sambil makan, ayah bertanya bagaimana sekolah hari ini.
Saya tidak berapa ingat apa jawapan saya.
Ketika makan, mak mohon maaf pada ayah atas masakannya. Tapi ayah menjawab, “Sangat sedap sayang. Abang suka semua hidangan ini.”
Malam itu, sebelum tidur, saya pergi bersalam dengan ayah yang masih di ruang tamu dan bertanya betul ke ayah suka masakan mak tadi yang saya sendiri terasa susah nak telan.
“Anakku, mak dah penat sepanjang hari kerja. Mak dah penat. Hidangan kurang enak tak melukakan Mie dan ayah tapi kata-kata kasar akan menghiris perasaan,” kata ayah.
Mendengar kata-kata ayah, saya tersentak.
Lalu saya masuk bilik untuk bersalam dengan mak dan bertanya…
“Mak rasa ayah tadi kata suka masakan mak hari ini, mak percaya ke?”
“Anakku. Itu tak penting. Yang penting ayah jaga hati mak dan selepas makan, ayah tolong mak cuci pinggan. Ayah kamu itu orang besar, tapi benda-benda kecil sebegini yang buat mak sentiasa rasa bahagia kerana terasa ayah betul-betul sayang kat mak,” jawab mak.
Itulah perkara yang berlaku ketika kecil dan saya mengingati sehingga hari ini.
Kini saya sudah berkahwin, anak sudah tiga – dan melihat kembali kenangan manis ayah dan emak, saya semakin memahami fikiran mereka pada masa itu.
Mak dan ayah dan tindak-tanduk mereka menunjukkan mereka menerima segala kelemahan antara satu-sama lain dan meraikan perbezaan tersebut supaya hubungan erat dan kukuh sentiasa berkekalan. Mereka meraikan segalanya antara mereka, dan berusaha bersama untuk memastikan pasangan mereka sentiasa gembira dan bahagia.
Hidup ini terlalu singkat untuk sebarang kekesalan. Sayangi mereka yang melayan kita dengan baik dan kasihanlah pada mereka yang tidak.
Sebuah tulisan untuk renungan.
Senyum

[SUMBER : FACEBOOK]
Bila baca kisah nie, teringat pada arwah wan aku sebelah mak (datuk). Dia meninggal semasa usia aku 12 tahun. Aku cuma kenal wan sebelah mak je, wan sebelah ayah meninggal sebelum mak dan ayah kahwin lagi. Mak aku pun tak kenal sape bapa mertua dia.
Dibandingkan wan dengan tok (nenek), wan memang mempunyai budi pekerti yang tinggi. Hidup dia pernah dengan rasa syukur. Dia juga bukan seorang yang pilih kasih terhadap anak-anak dan cucu-cucunya. Serta dia juga mempunyai kesabaran yang cukup tinggi. Arwah tidak pernah complaint pada hidangan yang tidak sedap, demi menjaga hati sesiapa sahaja yang memasak juadah berkenaan.
Menurut mak aku, arwah selalu berpesan ... kalau pergi ke rumah orang, dan apa yang dijamu orang itu tidak sedap, makan je dan diam. Jangan bersuara apa-apa. Kita wajib menjaga hati tuan rumah. Kerana tuan rumah sudah penat menyediakan hidangan buat kita. Aku sendiri pun tidak pernah dengar arwah complaint masakan tok aku. Tak pernah. Sebab itulah wan aku amat disenangi oleh ramai orang walaupun dia cacat. Wan aku cuma ada sebelah je kaki. Dia tidak pernah mengeluh akan kekurangan diri dia. Kalau sakit pun dia akan diam.
Tapi itulah, wan aku pergi meninggalkan kami semua pada usia aku 12 tahun. Sampai sekarang aku masih ingat arwah. Aku memang sangat senang dengan peribadi dia. Bila ingat-ingat balik, aku selalu gosok pangkal paha arwah yang tiada kaki tu bila time hujan. Sebab pangkal paha dia akan sejuk tersangat, selalu tolong arwah pakaikan kaki palsu ... dan selalu main-main dengan kaki palsu arwah! Al-Fatihah ...
CK : Hargai semasa ada, kirim doa bila tiada
best ayat tu. hidup ini terlalu singkat untuk di kesalkan.
ReplyDeletebetul pasangan harus saling menerima kelebihan dan kelemahan masing masing