Wednesday, February 27, 2013

PETUA UNTUK MENGHILANGKAN KULIT MUKA BERMINYAK

Assalamualaikum ....






Dulu, masa sekolah-sekolah muka aku memang spesis berminyak. Macam dah boleh buat minyak goreng lauk dah. Asyik berjemur je. Kecik-kecik manalah reti nak beli facial foam ke hape. Tak reti semua tu, mak aku pun tak ajar. Internet pun takda nak cari info macam mana nak jaga muke. So, guna sabun mandi ketul ajelah sental kat muke. Paling kuat pun petang-petang aku amik pucuk jambu dan kisar-kisar kat tapak tangan dengan sedikit air. Biar berbuih, pastu sapu dekat muka. Itu ajelah yang mampu pun ...



Sekarang nie dah keje, dah pandailah beli pencuci muka, toner, krim siang ke krim malam ke...semua dah pandai. Cuma aku nie jenis setia dengan produk susahlah nak tukar dalam tempoh yang pendek. Dulunya, aku selalu pakai Olay. 4-5 tahun juga setia dengan Olay nie. Produk Safi pun aku pakai juga tapi tak keraplah. Cuma Safi Rania yang Cik Ta pakai tu je aku tak pernah try. Kalau tak sure cantik cam Cik Ta. ha ha ha. Kemudian, aku guna plak Hada Labo. Produk dari Jepun. Produk nie memang sesuai dengan muka aku. Sejak aku pakai, memang muka kurang banyaklah berminyak. Setia untuk 3 tahun je. Sekarang nie aku cuba produk lain plak. Nantilah aku story produk nie.



Selain guna produk yang berlambak dekat pasaran cuma tepuk poket sendirilah kembung ke idak, ada juga petua tradisional yang boleh anda cuba untuk mengurangkan/hilangkan kulit muka yang berminyak. Jimat duit sikit, cuma agak leceh nak menyediakan bagi sesetengah orang. Masa remaja aku, pakai bedak sejuk je malam-malam kalau nak bagi minyak muka kurang. Sekarang nie, nak cari bedak sejuk asli pun susah. Aku dulu tak yah beli bedak sejuk. Mak buat sendiri. Kadang aku tolong jugalah mak titik bedak sejuk. Kalau rajinlah!



Okeh, jom baca petua yang aku dapat nie. Harap anda bolehlah cuba di rumah. If nak jimatkan duit tu, kadang sesetengah barang di dapur boleh digunakan untuk kecantikan. Antara kita rajin dengan tidak aje. Ada sesetengah orang selesa dengan cara tradisional untuk nampak cantik. Tapi kebanyakan orang sekarang dah berduit, so memasing beli je produk yang berlambak kat pasaran tu. Kan??



Pilihan 1: Parut epal hingga halus dan sapukan pada muka. Biarkan selama 15 minit selepas itu cucilah dengan air suam. Lakukan 3 kali seminggu.

Pilihan 2: Rendam beras anggaran ½ gelas, campurkan daun cermai dan ibu kunyit. Kesemuanya bahan ini hendaklah dikisar bersama. Bersihkan muka terlebih dahulu dan sapukan bahan yang telah dikisar itu setiap kali sebelum tidur.

Pilihan 3: Campurkan sedikit madu lebah dengan air perahan asam gelugur, jika tiada, bolehlah digantikan dengan air limau parut. Sapukan campuran bahan tersebut ke seluruh muka dan biarkan kering. Kemudian bilaslah dengan menggunakan air bersih.

Pilihan 4: Ramaskan daun sirih di dalam secawan air. Selepas itu, sapukan air ramasan itu pada seluruh muka dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air suam. Lakukan tiga kali seminggu berturut-turut untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

Pilihan 5: Campurkan tepung dal dengan pati susu dan sapukan pada muka. Biarkan sapuan itu sehingga kering. Selepas itu bilas muka dengan air bersih.

Pilihan 6: Rendam sehelai tuala kecil ke dalam air suam kemudian perah dan tekapkan ke muka. Setelah itu laplah bersih-bersih. Lakukan setiap malam sebelum tidur.

Pilihan 7: Sediakan bahan-bahan seperti berikut:

1 biji telur
1 sudu makan daun pudina
1 sudu makan jus lemon
½ biji timun telah yang dihiris


Sumber petua dari sini <------



Kalau  rajin, cubalah ... manatahu kot sesuai dengan kulit wajah korang! Mesti nanti akan cantik berseri-seri dan manatahu kot lebih cantik dari Rozita Che Wan. He he he he


Sumber gambar : Limauais



#mak aku tak boleh tengok Cik Ta kat tv tahu, dia dok pelik apsal 'aset' Cik Ta besaq semacam ... ha ha ha, mak oh! mak ... apa yang nak pelik sangat. Dah macam tu, terima ajelah. Dia tak kacau kite pun.






CK : Sekarang nie aku rajin menempek tepung ubi kat muka...kadang-kadang jelah, kebanyakan masa aku lupa! ha ha ha

7 comments:

  1. InshaAllah nk try nnt.. tq kak sbb share info petua ini:D

    ReplyDelete
  2. mcm2 cara boleh guna kan utk hilangkan kulit berminyak. bagus ni.

    psstttt..mmg nmpk besar semcm pun. ori ke. hihihi

    ReplyDelete
  3. Kawan saya cakap semua produk menipu. Dia amalkan sebelum tidur basuh muka pakai air suam je. Sampai sekarang licin je muka dia. Hee.

    ReplyDelete
  4. pamela andersonnya aset lagi besaq. hahahah..

    kalau rajin layan diri memang leh lawa. tapi masa tak de. sibuk memanjang.

    BTW suka sangat ngan cik ta

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yang sangat menarik ni. Memang bermanfaat untuk mereka yang ada kulit bermasalah.

    ReplyDelete
  6. Info yang ringkas dan berguna..org kulit berminyak ni leceh sket penjagaannya kan..saya pengamal pil supplemen hampir 3 tahun..alhamdulillah sgt membantu disamping penggunaan pencuci muka yang betul :) kali ni boleh lah cuba petua ni plak

    Thumbs up utk infonya.
    Jemput ke blog saya utk tips kecantikan dan kesihatan ye

    Www.adaa-inspiration.com

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!