Thursday, February 21, 2013

'SERONOKNYA' BERKAHWIN ;=)

Assalamualaikum ....




Sekarang nie, asal ada je artikel menarik ... nak je aku share dengan anda dan anda yang baca blog aku. Bak kata, share benda yang boleh jadi manfaatlah. Benda mengarut pun boleh share tapi janganlah selalu sangat.


'Seronoknya' berkahwin aku jumpa dekat FB. Memasing dok share, terus aku copy buat entry belog. Senang, semua boleh baca. Kalau kat FB kan nak kena jadi friend bagai, susah sketlah. Kat belog nie selagi tak private atau diremove oleh google ... In Shaa Allah boleh bacalah. 


Jom baca apa yang seronoknya kahwin nie. Yang dah kahwin bolehlah share keseronokan tu kecuali jangan share cerita 18sx sudahlah ye. hu hu. Pengalaman baik atau tidak, best juga kongsi2 nie ... boleh dijadikan pedoman. Ye dak??



1) Ada teman yang halal untuk melakukan segala-galanya; makan, tidur, berjalan-jalan, tengok wayang, shopping dan sebagainya. Apabila berjalan pegang tangan, terus dapat pahala dari Allah. Kalau tidak berkahwin, dapat dosa pula.



(Bak kata kebanyakan hal yang dilakukan selepas kahwin, sentiasa ada teman ;=) Cuma bab tengok wayang tu aku rasa, sebelum ada anak je .... dah ada anak, langgan Astro First ajelah macam abang aku tu. he he he)


2) Adanya orang yang sentiasa bersama waktu senang, susah, kacak, selekeh (bangun tidur especially), kaya, pokai, gembira, duka dan sebagainya.

(Moga-moga susah senang, suka duka tu dilalui bersamalah hendakNya. Baru nama suami isteri kan kan kan)

3) Ada isteri/suami yang akan mengimbangi kekurangan diri kita, seterusnya melengkapkan diri kita untuk menjadi seorang yang hebat. Suami isteri yang bersikap bertentangan adalah yang terbaik. Contoh, apabila seorang suami mudah marah, selalunya akan dapat isteri yang sabar. Dalam masa yang sama suami juga akan belajar/berjangkit sifat sabar.

(Betul, suami isteri ni ada lemah kuat, lebih dan kurang dalam diri memasing. Kelemahan dan kekurangan itu akan saling lengkap melengkapi. Kalau isteri yang kurang, suami akan ada kelebihan untuk menutup kekurangan berkenaan. Bestkan?)

4) Akan mengalami kebahagiaan yang hanya orang berkahwin sahaja alami. Jika anda rasa bercinta itu bahagia, berkahwin adalah 10 kali ganda bahagia. Percayalah!


(Yang nie belum lalui, so aku tak dapatlah komen. *senyum*)

5) Boleh berjimat duit dan mampu mengumpul harta. Jika bercinta, kos hidup menjadi dua kali ganda (sewa rumah, telefon, bil, makan). Kajian menunjukkan pasangan berkahwin lebih banyak memiliki harta berbanding mereka yang tidak berkahwin.


(Yang nie aku setuju! Lepas nie, aku saving  ajelah .... guna duit mr. suami je. ha ha ha, jahat giler. Eh, kongsi tu wajib kot. Boleh juga kurangkan beban kewangan. Lepas tu, sesama kumpul duit beli rumah ... upgrade kereta yang lebih baik ;=)

6) Dapat zuriat. Jika berkahwin adalah 10 kali ganda bahagia daripada bercinta, memiliki seorang anak pula akan memberi lebih lagi kebahagiaan kepada kita. Hanya orang yang mempunyai anak sahaja yang tahu. (Anak kucing, anak hamster atau anak tekak tidak termasuk ya..)


(Saat dinantikan buat semua pasangan yang dah berumahtangga! Aku nak twin ... ha ha ha dah planning dah)

7) Kita akan dapat kepastian yang tidak berbelah bahagi tentang kasih sayang dan kesetiaan suami/isteri kita. Kalau bercinta, masih tidak pasti dia betul-betul setia selagi dia tidak mengahwini kita.


(In Shaa Allah .... moga2 kasih sayang jujur, ikhlas setia itu hanya untuk diri kita sahaja)

8) Kita akan dapat satu perkara paling best iaitu PELUKAN dan CIUMAN. Dua perkara ini adalah satu anugerah untuk orang yang berkahwin. Melaluinya jiwa kita akan sangat tenang dan gembira, malah jika selalu diamalkan akan menjadi awet muda dan berseri-seri!


(18sx .... ssshhhhhhhhh)

9) Faktor yang terpenting adalah untuk mencari keredaan Allah dan mengelak daripada melakukan maksiat.


(Ya, inilah sebenarnya .....)





Apa lagi, yang bujang-bujang cepatlah berkahwin. Gadis janganlah letak hantaran tinggi sangat ya (^^)

Demikianlah hikmah perkahwinan yang boleh kita dapat manfaatnya.. In Shaa Allah. [SUMBER DI SINI]











CK : Seronokkan??

6 comments:

  1. amin amin..semoga mendpt manfaat buat semua. thanks for sharing!

    ReplyDelete
  2. mcm hubby rara,dye pon kata.sonok nya kawen.sume bini buat.hadoooiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha betul tu....lelaki kan mmg camtu. kitala jadi washing machine....tukang masak. tapi takpe semua tu pahala Rara. Ikhlaskan hati ye...ehehhehehe

      Delete
  3. the best part is apabila dapat dengar suami sendiri berkata, hidupnya seperti sempurna selepas kawen....

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!