Hidup orang bujang nie ada yang best dan ada juga yang tak best. Yang tak bestnya buat apa pun kat rumah takda teman. Kecualilah kalau tinggal dengan mak ayah, kawan ke .... adalah teman. Kalau serumah dengan kawan, kadang ada juga jenis kawan yang buat hal sendiri. Rumah bak hotel! Balik untuk mandi dan tidur.
Macam aku, sejak adik dah kahwin, tinggallah aku terkontang kanting. Huhu. Masa ada adik aku pun rasa terkontang kanting juga. Adik aku tu prefer dok dalam bilik layan internet. Bila time makan aku panggil baru dia keluar. Sudah makan masuk bilik balik. So, aku as kakak nie takdelah kisah sangat. Maybe dia suka bersendirian dalam bilik tu.
Sekarang nie bila dah sorang, aku masak ke tak masak ke di malam hari memang takda hal sangat. Aku sorang je pun. Kalau kurang rajin, aku pilih untuk tidur je. Dasarkan?
Tadi, rasa mood nak masak kurang sikit. Nasib baik aku buat popia crab stick. Frozen. Keluarkan dan nyahbeku dan goreng. Siap! Makan dengan sos cili dan minum secawan old town white coffee! Nyum .... sedapnye!! Aku skang suke sangat buat popia dan karipap frozen. Nak makan bila-bila pun boleh.
Perut rasa selesa sikit terus sambung layan cerekarama "Jangan Ganggu Aku"!
Cara macam nie hanya sesuai dibuat oleh orang bujang. Boleh makan apa sahaja dan ikut suka hati sendiri. Kalau dah kahwin silalah masak sedap-sedap untuk hubby dan anak-anak sendiri ye. Pahala imbuhannya jika ikhlas ;=) Jangan tiru style orang bujang ... he he he
CK : Alhamdulillah, ada juga rezeki malam nie.
simple and yummy...tergoda nih..
ReplyDeleteheheheh...simple sangat :)
Deleteorang dah kahwin pun sama jer..kalau pasangan outstation tu, dok sorg-sorg kat umah, apa pun tak jadik. bangun pagi masak air, konon-konon nak wat air milo ler, tah macam mana, boleh tersambung tido bangun tengahari, air yang masak tu pun dah sejuk balik, hm~...
ReplyDeletetapi takdelah selalu macam orang bujang kan.....sesekali je
Delete