Gossip tentang artis/selebriti nie, kadang aku malas nak ambil tahu. Bukannya remaja lagi, jadi mood nak ambil tahu bab retis memang dah tiada dalam diri. Kalau ada terbaca pun kebetulan. Terbaca bukan mengikuti. Tahu pun sikit-sikit je. Tu pun kawang-kawan cerita. Tak pun masa jalan-jalan terbaca cerita muka depan akhbar atau majalah yang tergantung dekat kedai mamak ke ... kat News ke ...
Nak beli majalan hiburan lagilah aku tak de mood. Kalau dulu masa sekolah menengah, URTV ngan Mangga tu memang rujukan harianlah. Even aku nie bab suka artis secara extreme langung takda dalam jiwa. Nak hafal lirik lagu pun malas. Bakat nyanyi pun takda, ko nak suruh aku sukakan artis? Rentikanlah. Dengar lagu pandailah aku nie ... he he he
Sekarang nie, kalau pergi kedai buku .... buku & majalah resepi yang goda aku lebih. Dah boleh start buat koleksi dah. Eh, aku lari dari tajuklah! Actually aku nak cerita pasal selebriti yang satu nie. Yang rumahtangga telah goyah tanpa tahu apa sebab sebenarnya. Aku tahu mereka dalam proses penceraian, tapi aku tak follow pun cerita dorang.
But, tadi aku terbaca satu belog nie. Aku tak pasti adakah ia benar kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang suami. Atau ia sekadar apa yang dicoretkan oleh wartawan semata-mata. Aku tak pasti tentang ini. Jika ia memang benar kenyataan yang dikeluarkan oleh Aidil yang masih suami kepada Rita Rudaini, ia amat menyentap jiwa aku sebagai seorang wanita!! Serius sentap .....
Aidil
menjawab, “saya sudah tidak sayangkan dia. Saya tak ingin lagi hidup
begini sebab dah berlarutan dan tiada jalan penyelesaian”, kata Aidil. Teks penuh korang baca sendiri kat bawah ye.
Dan Rita pula menjawab, dengan waras dan logik aku rasa ...... “Selagi
dia masih sah sebagai suami saya, saya sayangkan dia. Saya hanya mahu
tahu apa kesalahan saya sehingga dia mahu menceraikan saya”, ujar Rita
dengan nada sebak.
Sorang sayang dan sorang lagi tak sayang? Sampai sudah kemelut nie tak habis. Apa yang dilalui oleh kedua selebriti ini pernah dilalui oleh seseorang yang aku rapat dalam kehidupan aku. Seseorang ini pernah cakap dan luahkan pada aku apa yang Rita Rudaini cakap. Walau seseorang ini tak tahu apa salah dia, kenapa orang yang pernah seseorang ini sayang tinggalkan hubungan perkahwinan mereka kerana ada orang lain dalam hidup si peninggal ini. Ada orang lain yang lebih kaya kononnya. Ahirnya mereka berpisah jua, ikatan perkahwinan tak sampai setahun jagung pun.
Bila sayang kita sanggup buat apa saja. Dan bila tak sayang, kita tinggalkan begitu sahaja. Cari yang lebih baik, yang lebih handsome, yang lebih kaya ... yang lebih semua bendalah.
Ermmmm .... menyakitkan kalau keadaan ini berlaku. Memang sakit. Bila sorang sayang dan sorang tak sayang. Sakit kepada yang masih lagi menyayangi. Yang masih lagi menghargai ikatan sebuah perkahwinan. Yang tak sayang, "eh, ada aku kisah ....". Mungkinlah dia cakap camtu. Janji dia bahagia.
Kadang kita lupa tentang hukum karma. Macam Almy Nadia cakap dekat Fizz Fairuz berkaitan pertunangan Fizz dengan isteri orang. Seminggu selepas bertunang, Fizz putus tunang kerana baru menyedari tunangannya itu isteri orang. Aku pun tak pasti benda nie betul atau pun tak. Yang melalui dan merasai je yang tahu. Hukum karma. Fizz pernah janji nak bertunang dengan Almy, but janji itu dimungkiri. Hubungan tergantung macam tu je. Almy plak, tak tahu ... dia masih kekasih Fizz atau pun tak that time.
Bila dah tak sayang, macam-macam boleh jadi ..... korang boleh baca teks tentang Aidil dan Rita Rudaini seperti kat bawah nie. Aku dah share .... selebihnya korang nilaikanlah sendiri!
********
Pergolakan rumah yang tercetus sejak setahun lalu, antara pelakon Rita Rudaini dan bintang bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak masih belum menemui jalan penyelesaian.
Sebentar tadi telah berlangsungnya prosiding permohonan perceraian mereka bertempat di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan. Sebelum ini Adil pernah membuat permohonan perceraian di Mahkamah Syariah Petaling Jaya namun permohonannya ditolak.
Aidil, 26, yang diwakili oleh peguam Nor Arif bertegas mahu bercerai malah menyatakan kesediaannya untuk melafaz cerai pada hari ini. Pemain pasukan Johor Darul Takzim (JDT) itu berkata dia sudah tidak mahu lagi meneruskan proses perbicaraan kerana perbincangan sudah banyak kali dibuat dan dilihat tiada jalan penyelesaian.
Sebelum itu Hakim Hamizan Mohd Nor bertanya kepada Aidil adakah dia masih menyayangi isterinya, Aidil menjawab, “saya sudah tidak sayangkan dia. Saya tak ingin lagi hidup begini sebab dah berlarutan dan tiada jalan penyelesaian”, kata Aidil
Bagaimanapun, Rita tidak bersetuju untuk mengakhiri ikatan perkahwinan mereka dengan perceraian.
Rita, 37, yang diwakili peguam Datuk Mohd Zaidi Mdm Zain berkata, pihak anak guamnyanya memohon untuk berbincang semula dan ditubuhkan satu jawatankuasa pendamai.
Kemudian Hamizan bertanya pula kepada Rita adakah dia masih menyayangi suaminya, aktres itu menjawab,
“Selagi dia masih sah sebagai suami saya, saya sayangkan dia. Saya hanya mahu tahu apa kesalahan saya sehingga dia mahu menceraikan saya”, ujar Rita dengan nada sebak.
Justeru pihak mahkamah telah memutuskan agar jawatankuasa pendamai ditubuhkan bagi memberi peluang kedua-dua pihak dapat berbincang dan sekiranya tiada penyelesaian, barulah lafaz cerai boleh dibuat. Proses jawatankuasa pendamai akan diadakan pada 8 Mac 2013 yang akan dipengerusikan oleh pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.
Rita dan Aidil bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 2. – MalaysianDigest
(Aku baca dekat sini <---)
******
Hukum karma??
CK : Buat baik dibalas baik ......
mcm2 hal kan kalau hati dah tak suka. anak2 jadi mangsa. tapi kalau nak berpisah, biarlah dgn cara yg baik. x perlulah main tarik tali. sian kt rita bila digantung x bertali camni
ReplyDeleteItulah, kesian bila ada anak2. Terumbang ambing ... anak2 kecik plak tu
Deletentah ape-ape la diaorg nie..
ReplyDeleteDrama ... mungkin?
Deletebetul tu hanya org yang merasa yang tau mcm mana azabnya.
ReplyDeleteyang jadi mangsa anak anak. meskipun kita tengok anak anak tu normal je mcm anak anak orang lain. sebenarnya emosi dorang terganggu percayalah.
akak tahu le. akak dari broken familly.
Emosi tu yg penting...takut effect pada anak2....
Deleteitulah, kena usaha cari titik persamaan ... inilah dugaan. mungkin ada hikmah semua ini
ReplyDelete