Thursday, February 7, 2013

JALAN-JALAN KE WANG KELIAN DAN SATUN, THAILAND - PART 1

Assalamualaikum ...



Hye u'olls!!


Tak sangka akhirnya dapat juga aku jejak kaki ke bumi Thailand. Dapat jejak sket ajelah. Masa aku balik kampung hari tu, aku ... mak ayah, adik and her husband ajak pi Wang Kelian - Satun. Wang Kelian tu dekat Perlis. Dan Satun tu dekat Thailand ye. Tapi dua lokasi nie berjiran rapat.


Aku dah pernah jejak kaki ke Wang Kelian 5-6 tahun lepas. Satun je belum pernah. Masa aku pergi dulu macam tak bestlah, jalan pun sekerat je kan ... sebab panas dan malas dan time tu tak bawa duwet banyak untuk soping. Jadi macam tak syoklah!


Bila adik aku ajak, aku cam ok ajelah sebab mak ayah aku pun pi sama. Kalau tak ikut, aku kena dok rumah sorang-sorang. Eh, cam boring la pulak nanti. Perjalanan dari Alor Star ke Wang Kelian-Satun lebih kurang 70km, ambil masa dalam sejam setengah jugalah. Kami keluar dari rumah dalam 9.00am dan sampai kat sana dalam jam 10.30am. Sejam setengah. 


Okeh, meh kita bercerita dengan gambar sekali. Baru best. Baru korang rasa teruja ... baru rasa, "eh, nak pergilah nanti!". Sebelum tu, aku nak sharelah bahawanye bagi aku harga barang di Satun lebih murah dan pelbagai berbanding Padang Besar dan Bukit Kayu Hitam. Walaupun agak susah tawar menawar ... tapi aku masih rasa harganye berpatutan!! Kawasan perniagaannya luas, antara korang larat dengan tak larat jalan sahaja.



Perjalanan kami bermula dari Jalan Alor Star-Kangar. Kalau dari rumah aku melalui Jalan Putra. So, lebih dekat. Aku nie dengan Perlis biasa-biasa macam tu ajelah. Walaupun Perlis tu dekat, tapi jarang juga aku nak pergi. Tak ada apa yang menarik dekat Bandar Kangar ... kecuali kalau nak makan laksa beras kat Kuala Perlis, atau nak ke Padang Besar aje port yang menarik. Skarang nie tambah pulak port baru iaitu Wang Kelian Perlis dan Satun Thailand ....


Untuk ke Wang Kelian-Satun, sama ajelah macam nak ke Padang Besar ... pasti ada pemeriksaan UPP. Tapi takda ape sangatlah yang nak diperiksa. Korang lalu je macam biasa, sampai je kat UPP ... turunkan cermin kerete sebelah pemandu. Jangan pula bawa laju. Sure kena kejar ... ha ha ha


Bila korang ke Wang Kelian - Satun, akan melalui Bandar Kangar tau ... kemudian korang cari sign board ke Padang Besar. Follow je sign board tu ... kemudian cari plak sign board ke Gua Kelam ... ... Kaki Bukit dan Wang Kelian. Korang akan jumpa simpang ke Gua Kelam dulu (sebelah kiri) untuk ke Wang Kelian - Satun kena jalan terus lagi ke depan. Dekat-dekat nak sampai jalan dia adalah berbukit yang agak tinggi dan mencuram. Lagi dasyat nak pergi ke Balik Pulau. Cuma likuan bukit nie takdelah lama. Sekejap je. Apapun, pastikan kenderaan berada dalam keadan baik.


Okeh, kita dah sampai ke Wang Kelian-Satun. Tempat parking kenderaan disediakan. Tapi kami tak park kereta kat sini. Jauh tau nak menapak kalau korang nak park kat sini. Jadinye kami park dekat-dekat dengan post Imigresen Malaysia. Tepi jalan, so free la tak yah bayar. Kalau nak part dekat dengan post Imigresen Malaysia, silalah datang awal pagi. Pergi hari Ahad, orang memang ramai sangat. Kenderaan penuh kiri kanan jalan .... kebanyakannye kenderaan dengan no. plat sebelah selatan. Selain kemudahan parking, tandas juga turut disediakan.



Haritu kami park dekat sinilah, betrul-betul dekat dengan toilet. Sampai je mak aku terus nak gi toilet. Buang dulu la, kang dia nak beli banyak barang. Dalam kereta, aku dengan adik dok tanya mak ... "mak nak beli apa nanti??". Tahu apa dia jawab, "mak saja je teman adik nak datang .... tengok-tengok je!".


Seroiusly, mak aku nie kalau cakap tak beli pape ... usahlah dipercayai. Dia memang kaki shopping style orang tua-tua. Ada je benda dia nak beli tahu! Belum turun dari kereta semua dia cakap tak nak beli pape. But, bila sampai dia jalan tinggalkan kami semua. hu hu ... mak! oooo maaak!!



Bila sampai sini, kita akan melalui post imigresen Malaysia. Tapi dia tak check papepun ... korang juga boleh masuk dengan kereta terus ke Satun. Cumanye dekat papan tanda ada ditulis, sebarang jenis buah mempelam tidak dibenarkan masuk ke Malaysia. Kenapa?? Aku tak pasti. Maybe sebab Perlis pun pengeluar mempelam harumaniskan ... so, tak nak sainganlah kot. Agaknyelah!




Dan ini pulak post imigresen Thailand. Banyak yang masuk ke sini ... orang kitalah, Malaysia. Masa nak masuk tu, ramai jugak yang dah nak balik. Dorang datang awal pagi kot. Borong macam-macam. Terutamanya mainan kanak-kanak yang besar2, toto, periuk, kuali, kawah .... etc.



Welcome to Thailand. Tak sempat aku nak ambil gambar dekat sini. Ramai sangat. So, takdelah kenangan bahawa aku dah pernah jejak kaki ke Thailandkan?? Takpe, next time aku nak pergi lagi dengan si teman pulak .... hu hu banyaklah boleh borong kalau bawa tukang angkat barang yang satu nie.


Tengok tu, mustahil la kalau pergi Wang Kelian-Satun korang tak shopping. Barang dia adalah murah dan berpatutan. Berbaloi jugalah. Semua yang aku nampak akan jinjit beg plastik kiri kanan. Kalau korang beli barang banyak ... jangan risau, ada perkhidmatan mengangkut oleh warga Thailand ... dorang akan hantar barang korang ke kereta. Do not worry ye!!


Sekali pandang macam pasar malam pun ada. Panas tak hengat. Aku nasihatkan tolong jangan bawa anak kecil hokeh. Kesian. Kawasan dia sangatlah panas. Kedai/gerai jualan barang nie adalah sepanjang kiri kanan jalan selepas post imigresen Thailand. Korang pilihlah apa yang korang suke. Macam-macam ada ... like Astro! ha ha ha


Kalau bawa anak kecik, sila sediakan topi ... lebih senang dari bawa payung. Kalau payung korang  nak kena pegang. Bagi topi besar sket. Sian kat anak-anak. Kalau lupa bawa, kat sana pun ada jual topi. Tapi kena berpanas dulu la sementara nak jumpa gerai jual topi ....



Okeh, nanti kita sambung part 2 plak  yek ... banyak giler gambar. Aku nie skang dah la tahap pemalas nak letak watermark kat gambaq. Ambil gambar rajin sangat .... sampai part nak edit, mulalah jadi kurang rajin. Untuk part 2 semua gambar aku dah masukkan dalam draft. Tunggu nak karang cerita ajelah ....







CK : Sepatutnya entry nie semalam lagi aku publish ... tapi mood takde, malam tadi sakit perut hamat sangat!!

19 comments:

  1. tingin jugak nak pergi igtkan padang besar paling murahhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh try gi sana ... best. mcam2 ada ... cuma panas la

      Delete
  2. rasa2nya pernah pegi, tapi dah lama dulu2 kot. itupun pak sedara yg bawak. nk harap pegi sendiri, confirm sesat! hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh....ck baca signboard je nk ke sana .... sekalgi boleh membaca in sha allah sampai

      Delete
  3. pernah pergi 2-3 kali dah kat wang kelian ni. asyik memborong toto je. pas tu mak pulak borong periuk belanga... pompuan. cam tu la kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. toto tu dah kira brg wajib beli...biasalah pompuan nie bab shopping laju jew

      Delete
  4. assalam.. hari kita pergi sama la.. dan ada gambo adik n hubby di sini.. hihi.. sgt kebetulan.. saya pun ada tapi gambo belakang je.. yg kat sign welcome to thailand tu.. masa tu kami baru selesai bergambo di situ.. kebetulan saya baru nak start berdiet so follow blog sis yg sgt berinfo.. thanks sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam...ye ke? pic awak yg mana satu .... kebetulan kan. kalau kenal leh la soping sesama kat sana...hehehhehe

      Delete
    2. pic yg kat sign welcome to thailand tu.. pakai topi biru blouse pink adik saya.. sebelah kiri baju merah hubby saya dan nampak montot berbaju merah tu adalah saya.. gumuk.. hihi.. tu yg nak diet tu..

      Delete
    3. oh ye ke.... he he, kalau kite dah kenal time tu dah bleh salam2 dah ar. alah, akk pun masih gumuks lagi ar, diet on off ... he he he nak atkins nie kena kuat semangat. akk skang nie, nk turun ke 55 dulu. dah naik balik 58kg sbb januari tak diet langsung

      Delete
  5. assalam..
    sis, sangat kebetulan..
    saya baru nak berdiet.. cari2 jumpa blog sis yg byk info ni..
    tiba2 ternampak gambar kami dalam gambar akak..
    kami pun gi wang kelian sama hari dgn akak..
    siap ada pic lagi.. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam....selamat berdiet. akk pun start diet balik nie. aritu stop sebulan sbb demam...

      Delete
    2. tq sis.. moga kuat semangat cam akak.. byk cedok menu akak kat blog ni.. tp xleh copy so kena la tulis satu2.. hihi.. ;)

      Delete
    3. ala takpe...copy je, akk pun tgh mula diet balik. nanti ada menu baru boleh la akk share... nk cepat turun kena makan telur hari2 la, air putih 4L dan senaman sket dalam 30minit sehari. pelan2 kayuh...jgn drastik nti perut terkejut kot jatuh sakit.

      Delete
  6. Salam..nak tanya..kalau nak pegi sini sr highway ikut mane eh? Kalau nak masuk sana kene pkai pasport ke?sorry lah byk tanya..sbb mmg plan nak pi pdg besar. Tp bila kata sana lg murah , rase nak try pi plak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dari Alor Star masa tu ... ikut jalan alor star-kangar. kalau nak terus changloon pun boleh pastu lepas changloon sket amek kiri...staright to perlis. Tak perlu pakai passport pun.

      Delete
  7. Salam..nak tanya..kalau nak pegi sini sr highway ikut mane eh? Kalau nak masuk sana kene pkai pasport ke?sorry lah byk tanya..sbb mmg plan nak pi pdg besar. Tp bila kata sana lg murah , rase nak try pi plak.

    ReplyDelete
  8. Salam..nak tanya sikit..nak pi sana dr hgway utara selatan masuk mane erk? Pastu kalau nak masuk wang kelian - satun tu kene pkai pasport ke erk?sorry byk tanya..sbb plan nak pi sana,

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!