Tuesday, February 5, 2013

LEPAS GAJI KITA MAKAN BESAQ SKET

Assalamualaikum ...




Time lunch cenggini, best citer pasal makan-makan. Buat perut jadi lapaq sangat. Buat ayaq liur meleleh. Slurpppp .... tisu please nak lap mulut jap. he he he. Ini cerita sehari selepas gaji. Hari Maulidur Rasul ... aku join sambutan dekat Masjid Putra. Habis dalam tengahari camtu. Settle majlis tak terus balik. Lepas office siapkan segala SKT bagai ... plus dapat buat OT ga ga ga ga. Triple le, sebab aritu kan cuti umum. ;=)


Bayangkan dari pagi aku dengan baju kurung seayu mungkin ... sampai nak ke senja aku dok office. Bukan dok saja la. Sambil siapkan keje. Habis semua keje dekat kul 7pm. Aku terus roger si teman bawa aku pi makan. Lapaq jangan cakaplah, dengan office aircond bagai ... perut memang suka lapar.


Permintaan perut ni dah macam-macam skang, maklumlah time tu aku dah stop diet. Sebab bulan Januari ... memang bulan sakit untuk aku. And now, start Februari aku dh diet balik. Baru semalam diet. he he he


Memandangkan hari tu adalah cuti umum, risau kot-kot ada kedai makan yang tutup ... kelaparan dah tidak dapat dibendung lagi. Serius melapaq je perut comel aku nie. Akhirnya, aku decide nak ke Tomyam 2000 kat Sg. Jelok Kajang. Dah lama lah tak pergi sana. Sejak-sejak diet, entry jalan, order dan makan dah kurang sangat. Entry masak-masak pun sama ... makin kurang. Kalau masak pun menu goreng ikan je .. takkan nak share, ye dak? Itu ... korang pun dah terror sangat.


Memandangkan aku nak menutup proses cheat day aku yang hampir sebulan tu, wajarlah aku minum air yang sedap-sedap pada tekak aku. Order laicheekang. Memang sedap laicheekang kat Tomyam 2000 nie. Teringat time bulan puasa kat rumah kampung, ayah selalu beli laicheekang kat bazar ramadhan Kuala Sungai. Kat sana laicheekang sedap-sedap ... sejak dok sini, susah nak cari laicheekang yang sedap kat Putrajaya dan KL.


Si teman cam biasalah dia ... order air belimbing suam. Gelas mau besar ye! Air aku pun aku habiskan ... air dia pun aku belasah. Ada aku kesah. he he he .... sedap, dah lama tak minum air manis. Asyik teguk air suam je ... takde rasa tapi menyihatkan!!


Apa yang kami order?? Makan besaq sket la bila dah gaji nie. Biasalah sebulan sekalikan nak makan sedap. Kang tengah bulan makan maggi je ... maggi goreng, maggi kari ... maggi sup. Semua maggi belasah. he he he .... eh, takdelah sampai camtu. Cuma bila dapat gaji nie, sedap sket ajelah dari biasa. Kalau hari lain tu ... makan sekadar hilangkan lapar je. Bila gaji dapat juga memenuhi nafsu serakah makan yang tak henti membuak-buak ... he he he he

Tak cukup weh sekoq puyuh ... tak terasa!!

Puyuh pedas nie antara peberet kami berdua. Kat sini masakan puyuh pedas dia boleh tahan sedap. Tapi, biasalah puyuhkan kecik je. Sekoq nie setakat sorang je makan sebenarnya .... sekoq potong 4. Kalau nak diikutkan dapatlah sorang 2 ketul. Tapi, si temankan kadang terlebih penyayang ... bila tengok bakal isteri solehah makan dengan pelahap dan rakus, mulalah dia kesian. Akhirnya dia makan satu, aku belasah 3. Baguskan bakal isteri!! ha ha ha ha


Dah nama pun makan besaqkan. Ikan pun besaq juga .... up lagi dengan ikan siakap sweet sour. Ikan yang sedap ... rangup, isi lembut dan rasa kemanisan ikannye. Bak kata ... licinlah makan. Sedaplah sangat. Makan ikan tengah panas-panas .... perut pulak lapaq tak hengat, semua sedap.

Ikan dia sedap sangat .... i loike!!

Ini semua menu yang kami pilih haritu. Menu yang kami jumpa 3-4 bulan sekali baru teringin nak makan bila time gaji. Siakap sweet sour, puyuh masak pedas, sup seafood dan kailan ikan masin. Cheat day yang hebat .... aku siap tambah nasi lagi. Mula makan separuh je, sebab nafsukan .... terus tambah lagi separuh. Terus jadi sepinggan nasi. Hebat la kau .... nampak sangat lama tak makan nasi kan kan kan ....


Kalau mampu, kuah nie pun aku nak bedal kasi licin .... rakus!!!

Habis licin! Kau mampu ...??? Makan licin gayak macam nie. he he he ... rupa orang kebulur je. Now u see terus jadi now u dont. ha ha ha. Apapun Alhamdulillah, rezeki petang tu dapat juga aku makan sedap, alang-alang dah cheatkan ... apa salah makan besaq sket sekali sekala.


Masakan kat Tomyam 2000 nie memang boleh dikatakan sedap. Memenuhi selera. Cuma petang tu kami makan harga dia mahal dari biasa. Selalunya kami makan menu camni dalam RM40++ je. Tapi petang tu semua menu nie dalam RM62.00!! Kalau tambah duwet sket lagi dalam RM20 dah boleh makan ikan bakaq kat Senandung Malam, Bagan Lalang. Boleh order ketam! Sekang nie bulan penuh, ketam bertelur banyak orang kata. Sebut pasai ketam, nanti aku cerita kat hangpa semua pasal mee ketam dekat Kuala Juru Penang.



Walaupun agak mahal, dah rezeki ... dan rezeki si teman juga sebab aku sudikan hati berbelanja. Dah gaji bolehla belanja buah hati. Asyik-asyik dia je ... sian kat bakal laki. 



Tengah-tengah update entry nie .... perut aku jadi lapaq la plak. Eh, aku pi lunch dulu ye!! Till then ...






CK : Tak tahu kenapa hari nie tangan semua sengal-sengal. Mata mengantuk sebab aku dok layan Setia Hujung Nyawa sampai lebam. AKU DAH JATUH CINTA DENGAN ZAIN HAKIMI dalam cerita tu la .... dia sweet je dengan si EL!! Suke nye aku ngan dia


4 comments:

  1. wah! ini memang betul-betul lapar ni...

    ReplyDelete
  2. walaweih... mkn puyuh.. sedap woo puyuh. nyum nyum nyum...


    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh memang sedapkan....tp tu lah susah gak nk dapat nie

      Delete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!