Makan ... makan ... dan makan! Bestkan?
Pastu gemuk ... gemuk dan gemuk! Best ke?
ha ha ha
Dah lama aku mengidam nak makan Willy Satay dekat Foodcourt Ramal Junction, Sungai Ramal, Kajang Selangor. Sampai dah masuk Jalan Jalan Cari Makan dekat TV3, aku masih tak sampai-sampai lagi kat situ. Asyik lalu dan pandang. Lalu dan pandang. Pastu telan air liur. Kali pertama aku makan Willy Satay masa jamuan raya dekat office aku. Orang office order satay nie. Masa tu ia belum terkenal macam sekarang nie. Belum pun masuk JJCM TV3!
Nak dijadikan cerita, tauke Willy Satay nie dulu kenalan kepada si teman. Tauke dia yang masuk TV3 tu, Ain kalau tak salah aku nama dia. Aku pun kenal. Cuma takdelah berbaik sangat. Kenal cenggitu-gitu je. Walaupun kenalan takdelah nak minta makan satay freekan. Orang berniaga, so kita beli ajelah. Boleh beli bebanyak kalau guna duit sendiri. But, kalau ada yang nak belanja, Alhamdulillah. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Walau orang anggap kita musuh, itu terpulang kepada dia. Bukan masalah kita untuk difikirkan! heeeee
Berbalik kepada cerita Willy Satay, last
2 week hari Ahad kot tak salah aku, kami (aku dan si teman) pergi ke
Ramal Junction. Nak mengisi perut setelah seharian tak makan. Aku kat
rumah pun makan biasa-biasa je. Sekarang nie dah tak rajin nak keje di
hari minggu. Hari minggu adalah waktu bersama keluarga dan orang
tersayang. heeee
Tambahan
pula akhir-akhir nie si teman asyik merungut dan sms, "kita dah lama tak
dating!". Oh, dating? Bukan ke kita selalu makan sama-sama ke? Dia
cakap itu bukan dating, pergi makan dan balik. Okeh, aku sedari semua
tu. Tak dating tak semestinya tak sayang. Buat masa sekarang kena
saving duit, selalu dating banyak juga duit keluar. Bila duit keluar simpanan
tak akan mencapai target! Banyak perkara yang aku bekukan buat
sementara ini. Demi kebaikan bersama!
Adus termengarutlah pula. Aku nie memang kuat sket mengarut kalau cerita kat blog. Langsung tak boleh straight to the point. Ntah nape ntah! Okeh, citer pasal satay balik. Gambar kat atas adalah suasana di Foodcourt Ramal Junction. Masa kami sampai, tengah hujan gerimis. Meja yang dekat gerai-gerai semua penuh. Tinggal meja kat luar je kosong. Hujan, sapa nak duduk dalam hujankan?
Walaupun hujan gerimis dan takda meja, kami tetap beratur untuk order willy satay nie. Aku beratur dan order untuk satay dan si teman pusing cari meja yang berteduh dari hujan. Nasib baik masa kami sampai dekat willy satay nie, orang yang beratur tak ramai sangat. Aku orang ke-5. Sekejap ajelah menunggu. Korang kena beratur, bagitahu berapa sate yang korang nak, bagi no. meja kalau nak makan di situ dan terus buat payment. Kalau makan dekat situ, petugas willy satay akan hantar terus ke meja korang. Do not worry ye!
Satay yang diorder. 10 ayam dan 5 daging. Cukuplahkan ... nak makan berdua je. Aku paling kuat makan pun satay nie dalam 8-10 cucuk. Banyak ke? Nampak macam sedapkan? Mengiurkan. Buat aku tak sabar nak rasa best ke tidak willy sate nie? Percubaan rasa buat kali kedua.
Close up sikit rupa willy satay ni. Komen kami, satay daging lebih sedap dari satay ayam. Kedua-dua jenis satay nie boleh dikatakan tidak mengecewakan. Tak rasa halia ke ... serai terlebih ke ... bak kata ngam-ngamlah rasa dia. Juicy dan satay daging tu sedap. he he he .... rugi pulak order 5 je.
Satay ayam terlalu lembut sehingga hilang teksturnya. Lembut sangat. But still ok dari segi rasa. Tidak mengecewakan. Makan satay sahaja tak cukup. Kita up lagi menu lain ... bukan selalu pun sekarang nie nak makan dekat luar. Sesekali. Sekarang nie rasanya sebulan sekali ajelah makan banyak-banyak dan sedap macam nie. Dah tak kerap macam dulu lagi dah. Takpa memahami!
Kita tambah order ye! Yong tau foo. Segala bahan dia sedap dan segar, cuma kuah dia je kurang sikit. Tak berapa nak kicklah. Tapi tetap licin. Nampak sangat perut kami nie ... boleh isi sana sini. Kembang macam stokin kot gamaknya!
Aku dah makan satay dan yong tau foo, kemudian si teman tanya, "nak char kuew teow tak?". Hah, ape? Eh, tak kenyang lagi ke? Dia kata nak rasa char kuew teow kat sini boleh tak lawan kesedapan char kuew teow Pak Mat dekat Selera Laman Perdana, Putrajaya tu. Akulah tolong pi order. Char kuew teow special, no taugeh, ada kerang plus udang.
Indah khabar dari rupa. Nampak menarik tapi tidak pada rasa. Langsung tak sedap. Lagi bertambah tak sedap bila pekerja lelaki yang hantar char kuew teow nie berlagak sombong ya ampun. Bila kita tanya berapa rm? Boleh plak dia jawab dengan kasar dah tu, langsung tak pandang muke kita sebagai customer dia. Dah la cakap kasar, pastu tak jelas pulak tu. Sampai aku kena tanya si teman, "eh, dia cakap berapa tadi?". Geram aku! Padanlah char kuew teow hang tak sedap langsung, muka tak ikhlas je ngantar makanan!
Dok lepak-lepak terpandang pula gerai yang satu seperti di atas. Aku nie pantang nampak buah berangan goreng. Dan dan terliur. Wajib beli. RM7.00 untuk 200gm. Kalau kat Pekan Rabu, Alor Star tak salah aku, 200gm RM5.00 kot. Dah lupalah walau selalu sangat beli. he he he
Serius la buah berangan yang abang nie jual memang sedap. Buah baru. Lemak. Takda satu pun yang buruk. Murahlah rezeki abang nie hendakNya jual barang yang baik camnie. "Ya-Allah permurahkanlah rezeki penjual buah berangan ini. Amin".
Kalau korang nak ke Ramal Junction nie, memang aku rekemenlah. Macam-macam ada. Bukan setakat makan willy satay tapi jua Nasi Ayam Sempoi, Burger Bakar Abang Burn, Rasa Tomyam Seafood, Ikan Bakar, Mee Udang Portweld Salleh Stall, Takoboy, Deen Udang World Char Kuew Teow dan yong tau foo.
Selamat menjamu seleralah nanti kalau korang pergi ye!!
CK : Seminggu sekali makan tanpa diet. 6 hari selebihnye ... atkinslah ye!
glup!!terliurrr habissss tgk yong tau fu!
ReplyDeletetgk buah berangan tu nampak sedap je. fresh!
ReplyDeletebuah berangan dan yong tau fu tu memang kegemaran beta...
ReplyDeletemcm.mane ye nk reserve.ntuk.brbuka.puase kt cni?
ReplyDeletewalk in je rasanya ....
Delete