Entry nie dah seminggu terperap dalam draf. Nak cerita tak cerita sama banyak. Idea pasal Mee Ketam Warung Pak Su nie tak mendatang pulak. Mood edit gambar rajinlah pulak. Haritu aku ada cakap pasal makan agak boleh tahan mahal. Hah, inilah dia. Makanan dia sedap jugalah, tapi rege dia pun sedap! ha ha ha
Aku dah story kat korangkan pasal aku pi makan nasi kandar dekat Penang. Nasi Kandar Hameediyah. Lepas makan nasi kandar tu, kami (aku dan si teman) pusing-pusing Penang. Perut dah kenyangkan. So, jenjalanlah. Aku ada bagitahu si teman, kalau boleh nak keluar dari pulau sebelum jam 5.00petang. Sebab apa? Kalau lambat, sure jammed giler. Hari kami pergi Penang tu adalah hari bekerja. Kami je yang syok sambung cuti.
Sebelum balik Alor Star dan hantar si teman balik ke penginapan dia, aku ajak dia pi makan mee ketam. Serius aku dah lama sangat nak repeat mee ketam dekat Warung Pak Su, Bagan Nyior, Kuala Juru Bukit Mertajam, Penang. Dulu, lebih kurang 4-5 tahun lepas aku pi makan mee ketam nie dengan abang aku. Sekali tu ajelah. Lepas tu, takde repeat lagi. Memandangkan aku teringat-ingat akan kesedapan mee ketam tu, aku ajaklah juga si teman pergi. Jalan nak ke sana pun aku ingat-ingat lupa. Nasib baiklah aku ajak si teman yang terror bab jalan sana sini nie. Senang hati aku. Mudah sikit kerja! he he he
Inilah Warung Pak Su Mee Ketam yang aku maksudkan. Masa sampai sini dalam jam 5.30petang. Kami adalah pelanggan ke dua kat situ. Memang tak orang lagi, so boleh la pilih meja sesuka hati.
Keadaan warung. Masih sama macam dulu. Kerusi pun sama je. Warung nie berkembar dengan rumah tauke warung. So, bawah rumah pun ada meja kerusi juga. Rumah kayu.
Nampak? Bawah rumah pun ada meja kerusi. So, korang bolehlah pilih nak duduk dekat mana ... asal tempat tu kosong ye. Mana-mana yang selesa. Kipas angin juga disediakan. Supaya korang tak kepanasan bila makan.
Mai kita tengok mee ketam yang aku order. Ketam dia memang best. Segar. Cuma rasa kuah mee ketam ni bagi aku dah tak kick macam dulu. Aku tak pasti apa yang kurang. Kesegaran ketam ini seolah dapat menutupi kelemahan kuah mee ketam berkenaan. Untuk mee ketam, cuma ada seekor ketam yang dibagi. Ketam saiz besar, isi banyak! Manis isi ketam nie.
Menu si teman. Dia order nasi goreng ketam. Kami ingat nasi digoreng bersekali dengan ketam. Rupanya tidak. Nasi goreng dan ketam adalah berasingan. Macam ketam masak sambal. Untuk nasi goreng ketam nie, ada 2 ekor tahu. Siap aku cilok lagi setengah potong ketam si teman. Yelah, aku punya sekor je. Dia dapat 2 ekor.
Sedapkan?? Terliur tak weh??
Kemudian, up dengan kerang bakar. Ermmm tak berapa kick!!
Air kelapa. Sedap. Cuma isi kelapa agak sedikit keras. Takpelah, janji dapat hilangkan dahaga kami berdua. Gelas besar. Dan memang pure rasa air kelapa. Hilang segala kehausan kat tekak ;=)
Selain daripada mee ketam dan yang berkaitan dengan ketam, terdapat juga mee udang, nasi goreng udang, ikan bakar dan macam-macam. Yang lenlain tak dapatlah nak komen, sebab tak order dan merasakan. Niat aku pun nak makan mee ketam je. Tertunai juga hasrat kat hati nak makan mee ketam nie.
Cuma .... cuma .... rege dia! Mak aih, boleh tahan mahal. Padanlah aku google dorang cakap Warung Pak Su nie dah mahal. Semua menu yang kami makan dan minum di atas dekat RM60.00! Turn aku plak tu belanja. Hu hu, untunglah si teman! Kalau korang nak try makan sini, bolehlah ... tapi preparelah duit lebih ye. Kang tak cukup duit, dinding ATM mana plak nak cucukkan. Area sini kawasan kampung. Non hado ATM ye!
Kot korang terlajak ke Penang, bolehlah cuba mee ketam nie .... sedap ke tidak, bergantung kepada lidah memasing ye! Selamat jalan-jalan cari makan ye ;=)
WARUNG PAK SU MEE KETAM/UDANG
385, MK12, Bagan Nyir Juru, SPT, 14000 Bukit Mertajam, Penang, Malaysia.
Waktu Operasi: 12.00noon-10.30pm (Tutup pada hari Khamis)
Contact: 012-409 0771, 012-493 5771
GPS: 5.326817, 100.414767
CK : Lepas nie nak JJCM kat manalah pulak? Rasanya kena tunggu turun 5kg dulu kot, baru bleh pi JJCM kat tempat sedap-sedap!
semua nmpak sedap...mcm nk banjir dh mee tuh..then ayaq kelapa pulak...sodap2.
ReplyDeleteDah tak sedap mcm dulu, harga pun dah cekik leher, alasanya udang mahaiiii.....ada ker harga mee udang pun rm15 sepinggan, kepada pak su saya harap jgnlah cekik darah sgt...yg datang ni pelanggan yg sama juga yg pernah makan di situ. Kami makan seafood kat bukit tambun pun harga lebih kurang dulu juga.,harap pak su tak lupa sokongan pelanggan kepada pak su selama ni lagi pun tempat makan tempat lain makin byk, fikir2 lah sama pak su oiiiiii
DeleteDah tak sedap mcm dulu, harga pun dah cekik leher, alasanya udang mahaiiii.....ada ker harga mee udang pun rm15 sepinggan, kepada pak su saya harap jgnlah cekik darah sgt...yg datang ni pelanggan yg sama juga yg pernah makan di situ. Kami makan seafood kat bukit tambun pun harga lebih kurang dulu juga.,harap pak su tak lupa sokongan pelanggan kepada pak su selama ni lagi pun tempat makan tempat lain makin byk, fikir2 lah sama pak su oiiiiii
DeleteTak Mahal... Kat Mee Udang Sg Dua... Ketam 1 kilo = RM40 - RM50 Udang 1kilo = RM90 - RM100
ReplyDeleteTak Mahal... Kat Mee Udang Sg Dua... Ketam 1 kilo = RM40 - RM50 Udang 1kilo = RM90 - RM100
ReplyDeleteTak sedap macam dulu dah. Harga tiada masalah kalau sedap. Kedai Mee Udang di Kuala Juru lagi sedap. Masuk lagi sampai ke penghujung jalan, ada sebuah lagi kedai. Saya makan nasi goreng ketam, dulu harga 8.00 sahaja.
ReplyDeleteApa nama kedainye...balik kampung leh la singgah. Alang2 dah lalu....
DeleteAku dh serik nk singgah kedai mee udang paksu.....dh la mahal x sedap pulak d tambah layanan yg cukup terok...pelayan sombong nk mampos...tuggu oder dkt sejam....las sekali balik n mkn kt kedai lain.....
ReplyDeleteTobat dh aku nk pegi warong mee ketam pak su....mahal tu satu pasal...x sedap satu hal...yg paling aku menyampah pelayan nya poyo nk mampus...oder dekat satu jam baru
ReplyDeletenk sampai...time tu bknnya ramai org pn...sudahnya kami belah p mkn kt kuala juru
mee udang....mkn pn x mahal, sedap n
puashati mkn kt situ...rm 100 satu keluarga
mkn puas.....cuba la...pada pak su mee ketam...jgn sombong..n jgn cekik darah...sebab bnyk lg kedai mee ketam yg sedap n harga berpatutan....
Tak la sedap mana pn mee ketam pak su ni...biasa2 ja...harga mahal mcm bagus je bila rasa hampeh.....tu la x terakhir aku p...jgn tertipu.......
ReplyDelete