Boleh tak aku tak nak ulas pape. Tak rajinlah pulak. he he he. Korang layankan ajelah petua untuk hilangkan jeragat yang aku share nie. Sumber dari sini <-----
Petua 1 : Sapukan kulit pisang berangan ke jeragat. Biarkannya selama 5 minit dan bersihkan muka anda dengan air bersih.
Petua 2 : Ambil putih telur, rendam tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka sehingga tisu menjadi kering. Buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air bersih.
Petua 3 : Kutip beberapa helai sireh muda dan simpan dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai dan terus gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.
Petua 4 : Ambil 2 inci daun betik, 1 genggam beras, air dan 1 inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman. Setelah ia kembang, kisar ataupun tumbuk dengan sedikit air agak-agak boleh dikisar (jangan terlalu banyak) bersama daun betik dan kulit kayu manis. Setelah siap, sapukan di seluruh muka anda dan biarkan ia kering lebih kurang 15-20 minit. Kemudian lembabkan muka, gosok (seperti scrub) dan cuci. Bagi mendapatkan kesegaran, cuci muka anda dengan air suam.
Petua 5 : Ambil hampas kelapa dan gosokkan di seluruh muka anda.Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu. Jeragat anda dapat dihindarkan dan kulit muka menjadi halus dan gebu.
Pilihan 6: Ambil sedikit kunyit hidup, sedikit tepung ubi, sebiji telur (ambil putih telur sahaja) dan 1 biji limau purut atau limau nipis. Tumbuk kunyit hidup lumat-lumat dan campurkan dengan tepung ubi dan putih telur. Kacau sehingga sebati bersama perahan air limau. Sapukan pada kulit muka yang berjeragat selama 25 minit sebelum mandi.

Happy reading ;=)
CK : Tgh rajin nk siapkan keje
wow!! mcm2 petua ye. boleh cuba nnt :)
ReplyDeletesilalah cuba
Deletepernah buat masa zaman sekolah dulu.
ReplyDeletetime sekolah dulu bajet kurang, so try petua lelama ajelah
DeletePetua no 6 tu, dah siap lumur, boleh lah panaskan minyak, dan goreng sehingga perang. =p
ReplyDeletetok aku cakap, bila time nasi masak, pergi letak muka kena wap nasi tu, tak termasuk dalam senarai ker? huhu...
ReplyDelete